All About Love

Sunday, July 23, 2017

Saturday, July 22, 2017

Beli Novel Pre Loved

7:30 AM
Beli Novel Pre Loved


Assalammualaikum

Beli novel preloved dari blogger Sha.. beli novel Piano dan Guy Next door...beli dengan harga RM21 termasuk postage..murahlah..puas hati dengan buku..kemas berbalut..macam baru....pandai sha jaga buku..

Lepas nak beli lagi...sebab ada yang dah book kat sha.,,
Read More

Friday, July 21, 2017

Majlis hari Raya Aidilfitri Penjawat Awan Persekutuan Sabah

2:55 PM
Majlis hari Raya Aidilfitri Penjawat Awan Persekutuan Sabah
Assalammualaikum 

Image may contain: 6 people, people sitting
Majlis hari Raya Aidilfitri Penjawat Awan Persekutuan Sabah 2017 sekali majlis perhimpunan bulanan penjawat awam persekutuan  dan badan berkanun di Sabah

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting

Mcm biasa mv jadi Urusetia pendaftaran dan penyambut tetamu.. Mv juga urus budak-budak 
Tabika Yg dipilih menjadi penyambut tetamu 
Image may contain: 5 people, people smiling
Majlis raya kali ni disambut bersama-sama ketua menteri sabah.. So mv sebagai Pengerusi Tabika kemas ni terlibat lah urus anak2 
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Alhamdulillah  walaupun penat tapi happy
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing


Read More

Thursday, July 20, 2017

Menang Segment July-August Bloglist By Sii Nurul

4:22 PM
Menang Segment July-August Bloglist By Sii Nurul
Assalammualaikum...


Alhamdulillah Menang Segment July-August Bloglist By Sii Nurul ....baru ada masa jenguk blog..baru selesai sambutan hari raya penjawat awam persekutuan Sabah..MV menjadi urusetia untuk majlis ni...




Read More

Wednesday, July 19, 2017

Perubahan Cuaca

11:00 AM
Perubahan Cuaca

Assalammualaikum...

menunggu giliran at hospital likas
Perubahan cuaca yang berlaku sekarang sekejap hujan sekejap panas..membuatkan badan kita terkejut...MV pun turut merasai kesan daripada perubahan itu..malam jumaat lepas ...balik sekolah wani terus tidur..

bila abang dia pergi bilik terus cakap "ma wani demam..panas badan"..so dalam jam 11..MV suru dia bangun mandi bagi hilang panas..masa tu syamimi baru mau tidur..kebetulan time ni tengah baking kek untuk majlis raya sekolah agama dorang...
sekali demam dua orang 
bila siap MV ajak lah wani dan syamimi naik ke bilik..sekali pegang badan syamimi..alamak..panas juga...dua2 panas..masa tue sudah jam 1.pagi lebih...MV berjaga..lapkan badan dorang dengan kain basah bagi turun suhu..

dalam jam 5.00 suhu bdan syamimi makin naik...MV kejutkan suami cakap jom pegi hospital likas...tapi tiba-tiba hujan lebat pula..so tunggu hujan redah sikit baru jalan..sampai hospital dalam jam 5.50 pagi..

kami terima rawatan 7.30 pagi sebab tunggu doktor sampai..pertukaran shift...tapi masa menunggu 1 jam 30 minit tu..syamimi termuntah..wani pula asyik mengomel..mana ni..kenapa belum kena panggil...

Syukur lepas makan ubat..suhu dorang menurun..walaupun lepas tue naik balik..sekarang ni dua2 ni pun masih demam...semoga cepat sembuh anak-anak mama
Read More

Rm10 Time Challenge

8:30 AM
Rm10 Time Challenge


Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki menang RM 10 untuk mission Rm10 Time Challenge july 2017 kat 8share...bukan hanya dengan share iklan satu klik rm0.20 tapi boleh dapat tambahan earning mudah dengan join mission...

Siapa2 yang belum daftar ..mari lah daftar kat sini
Read More

Tuesday, July 18, 2017

Aku Negaraku Menjadi Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah

12:06 PM
Aku Negaraku Menjadi Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah
Assalammualaikum

Ku sedar Tanah Air Aku Bertuah
Disini Tempatku Berjasa
Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini
Malaysia ku Terhutang Budi

**chorus**

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku Maju
Negaraku Tanah Tumpah Darahku

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Selamanya Aku Negaraku

Satu

Kita Bersama Membina Masa Depan
Semangat Setinggi Angkasa
Kita Bersama Bersyukur Pada Tuhan
KepadaNya kita Berserah

Ulang **Chorus x1

Ku laungkan Namamu Keseluruh dunia
Malaysia Aku Bahagia

Ulang **Chorus x 1
Aku Negaraku(sumber dari sini)


**Haikalayu minta MV cari lagu ni sebab sekarang lagu ni menjadi lagu wajib semasa perhimpunan di sekolah.So ada 4 Lagu yang wajib :-

  1. NEGARAKU 
  2. LAGU RASMI NEGERI 
  3. LAGU RASMI SEKOLAH 
  4. AKU NEGARAKU 
Read More