All About Love

Friday, November 4, 2016

Mr.Donut Karamel dan Lengloi

8:50 AM
Mr.Donut Karamel dan Lengloi
2  lagi tambahan koleksi novel

Assalammualaikum...

Menambah Koleksi Novel... Mr. Donut Karamel menjadi pilihan bersama LengLoi...takpa MV siapkan dulu buku-buku yang mau dikatalog..lepas ni baru fokus baca novel dengan aman hihi...

Oh ya Mr donut Karamel ni tengah main kat TV...Slot lestary TV3 jam 9 Malam.... Ni Mv kongsikan Sinopsis dari belakang novel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.”

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Nampak menarik kan..nanti MV review yea.... dan MV bagi juga sinopsis novel lengloi 

Seorang demi seorang cuba membuka perniagaan di Lot 55, sayangnya semua berhadapan dengan gangguan yang menakutkan. Seorang demi seorang mati dalam keadaan tragis menjadikan kedai di Lot 55 itu semakin digeruni dan dikatakan berpuaka. Semuanya tewas di tangan Lengloi. Kehilangan Suzy juga langsung tidak dapat dikesan. Siapakah yang dipanggil Lengloi? Dari mana asalnya dan kenapa dia menghuni Lot 55? Apa yang dimahunya? Ke mana Suzy menghilang?

“Kematian seseorang manusia itu tak dapat dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat. Apabila sampai masanya, tercabutlah roh dari jasad. Cara sahaja yang berbeza.” –PAK CIK KASIM

“Saya akan cari jalan. Saya mahu bomoh bunuh itu hantu.” LIM 

“Gua cinta lu sampei gua mati.” – SUZY


Nda sabar mau baca.....hihi...lepas habis satu novel baru baca 2 novel ni....




Read More

Throwback #spent time with family#

7:30 AM
Throwback #spent time with family#

Assalammualaikum...

Ni gambar masa bawa anak2 jalan masa hujung minggu ...tak ingat bila..tapi saja bawa dorang jalan2 pegi 1b dan belikan dorang barang...

Anak-anak ni kadang2 kita belikan barang yang murah pun dah puas hati ,

Read More

Thursday, November 3, 2016

IKLAN CPUV NUFFNANG

1:00 PM
IKLAN CPUV NUFFNANG
ada 8 iklan 
Assalammualaikum...

Alhamdulillah ada 8 iklan yang MV dapat...tapi kan yang selalu munculkan diri KFC Cheesy onion crunch jer...yang astro dan citra body lotion tue tak pernah nampak pun...

CPUV ni adalah CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) ..so ianya dikira by UV blog...mcm blog MV ni ....tak semasyuk mana... tapi kalau yg UV dia 1K keatas memang boleh dapat banyak dari iklan macam ni...

Kalau dulu MV boleh dapat banyak sekarang ni...hihi tak banyak tapi bersyukur apa adanya ....
Read More

Kenaikan Harga Minyak

7:00 AM
Kenaikan Harga Minyak
Assalammualaikum...

01. November 2016...heboh kita dengan kenaikan harga minyak. Rungutan dari rakyat mengenai harga minyak.Bukan setakat minyak petrol tapi juga minyak masak .. Belum pun naik harga minyak..Sehari sebelum tue sudah viral harga minyak masak naik..maka orang ramai berebut   lah membuat pembelian panik...

KPDNKK cakap itu hanya khabar angin..tapi bila tengok kat supermarket minyak masak sekarang dah takda..habis!! habis dibeli atau habis di sorok. sebab mau dapat keuntungan lebih..Macam kes gula lah suatu ketika dahulu...

harga gula naik sekian haribulan..tapi sehari atau seminggu sebelum gula sudah habis.Habis disorok bukan habis dibeli..Kadang2 bila situasi macam ni..yang menanggung bebnnya kita rakyat golongan bawahan...

yang mana gaji kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebab tue ramai yang buat 2 3 pekerjaan dalam satu masa...MV pun termasuk dalam kategori ini. Berbisnes untuk mendapat sedikit pendapatan sampingan..

Selain blog dan sumber pendapatan online yang lain... bukan mau merungut bah tapi kan kami ni Brim bantuan persekolahan nda layak dapat...tapi perbelanjaan makin bertambah...

Pendek kata ...Bertabahlah.....
Read More