All About Love

Wednesday, November 12, 2014

Tomato SOng

10:00 AM
Tomato SOng
Assalammualaikum...

pinjam pacik google
wash wash tomato 
cut cut tomato 
eat eat tomato 
ermmmm delicious sedapnya


Itulah lah lagu baru daripada wani..tomato song..siap ada gaya lagi.....banyak dia belajar di taska Permata KPKPS ni...terima kasih buat warga pengajar yang mendidik wani tanpa rasa jemu dan melayan karenahnya....

Insyaallah semoga wani berjaya di dunia dan akhirat..amin

Read More

Burung Belatuk

7:30 AM
Burung Belatuk
Assalammualaikum....
pinjam google
Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulangkali seperti tembakan mesin gun (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Dari tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya. Namanya dalam bahasa Inggeris pun (woodpecker) memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.

Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).(sumber dari SIni)

Itu dia sedikit mukadimah mengenai burung belatuk...kenapa pula hari tiba2 cerita burung belatuk....hoho ini semua dek wani....asyik2 membebel kalau dia dalam kereta on the way pergi n balik dari sekolah...

"hai kawan2 hari ini..wani mau cerita....cerita anak burung belatuk yang malas....sebab malas dia sikit kena makan ular dan burung besar..nsib baik mama burung belatuk sempat kasi selamat anak dia"

itulah kisah anak burung belatuk yang malas...hahaha....MV bila dengar dia cerita terus tanya....

"wani burung belatuk tue macam mana???" kamu tau apa dia jawab????

"mama ni burung belatuk yg mulutnya tajam bah mama....kalau pokok boleh berlubang"see jawapan yg menyekolahkan mama lagi ok....siap dia pinjam buku cerita di sekolah lagi...buku cerita anak burung belatuk yang pemalas untuk MV baca...

Lepas dia dengar MV baca...dia suruh MV dengar cerita versi dia pulak...begitulah wani....mula2 dia akan suruh org baca buku sebab dia belum pndi baca....bila dia sudah tau cerita dia akan cerita balik....

Kalau takda org mau baca...dia akan buat cerita melalui gambar yg dia nampak....itulah al-kisah kenapa entry burung belatuk ini terhasil...
Read More

Tuesday, November 11, 2014

" GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

10:44 AM
 " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"
Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

June ,  Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Read More

Konvokesyen Wani

10:11 AM
Konvokesyen Wani

Assalammualaikum..
lihat matanya yg bulat
ala2 model pula dia posing
Semalam wani konvo di wisma muis...konvo TAska Permata Kemas...alhamdulillah walaupun hanya masuk pada bulan mac 2014....suka betul dia semalam....tak banyak meragam....mau pula diikat rambutnya....mula2 mau bagi pakai tudung....tapi tudungnya tak sesuai...jadi ikat jer rambutnya
bunga saya ada elsa
Seperti biasa...konvo mesti ada jambangan bunga...masaklah MV kali ni..jejak2 jak kaki ke dewan tue tgk ramai betul yg jual bunga...wani pula pantang nampak frozen ...maka belilah bunga yg ada elsa tue...dia punya main happy ...takpelah wani....hari besar wani kan 

wani comel pakai jubah konvo
Comel kan dia pakai jubah konvo...nampaknya dia akan merasa pakai jubah lagi 2 tahun akan datang sebab habis tadika....mudah-mudahan bila besar nnt berkonvo untuk segulung ijazah pula ya anak mama....tahniah wani...

wani n auni..bff

dua2 peminat frozen

bye2 taska,,,,kami mau tadika sudah
Semoga wani akan terus sukses dan berjaya ya...amin...
Read More

Sunday, November 9, 2014

Fesyen baru kah???

8:00 AM
Fesyen baru kah???
Assalammualaikum...

Bertudng tapi kuku pakai cat kuku!!korang pernah nampak tak gadis bertudung tapi bila lihat kat jari kukunya bercat...serius..MV hairan bin pelik..ni fesyen baru eh...iyalah berfikiran positif mungkin dia tengah cuti sebab datang bulan....

Korang pernah jumpa tak kes macam ni..kejutan budaya juga MV...cer kongsi dengan MV>>>
Read More

Saturday, November 8, 2014

Sambal Bubuk Tuna Lada Goreng

7:30 AM
Sambal Bubuk Tuna Lada Goreng

Assalammualaikum...
sambal bubuk tuna lada goreng
Sambal bubuk tuna lada goreng..resepi campak2 dari MV...bubuk???korang tau apa tue bubuk...

pinjam google
Itulah rupa bubuk yang MV guna..bubuk yang dah dijemur.....sedap kalau ditumis dengan gula...tapi kali ni MV ola kan nya jadi sambal...dicampur dengan ikan tuna dalam tin...dan cili padi yang dikisar...

Resepi campak2 dari MV...mendapat sambutan dari kawan dari pejabat sebelah..sebab MV update kat Wechat...dia cakap dia nak..so MV bagilah...tengah hari jumaat masa rest MV masakkan lagi untuk dorang....sebab sedap dia bilang..(**org yang sama dengan orang yg minta buat jeruk papaya hari tu)

Siap ada yg minta resepi lagi...alamak terasa diri ni macam chef pula..ada yang suruh jual..hihi malu pula bah disuruh jual...begitu juga dengan jeruk papaya...depa suruh MV jual...malu i...

Insyaallah akan diusahakan....





Read More