Assalammualaikum
Tuesday, September 22, 2020
Menang Pertandingan panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam
Monday, September 21, 2020
Review Novel-Sesal Separuh Nyawa (Myra Ameer)
Assalammualaikum...
Review novel Sesal separuh nyawa hasil tulisan Myra Ameer....Novel ini sudah diadaptasi sebagai drama tapi MV tak tengok dramanya...
Ini sinopsis versi MV..
Bila ibu mereka bermusuhan akhirnya yang menjadi mangsa adalah si anak.Razlan dan Fara dua sekawan yang terpisah kerana permusuhan ibu mereka.Selepas 9 tahun mereka bertemu namun hanya Fara yang mengenali Razlan dan menjadi mangsa bulinya.
Ketika Razlan mula menyedari gadis yang selalu dia buli adalah Fara kawan baiknya dari kecil semuanya berubah.Namun percintaan mereka penuh halangan.Halangan dari kedua ibu mereka dan juga dari Melisa serta Fendi..
Saat mereka hampri berkahwin Razlan menghilangkan diri balik ke amsterdam dan berkahwin dengan adik angkatnya Melisa.Dek kerana kecewa Fara mula menjadi liar.Mabuk dan bertukar lelaki .Selepas 2 tahun Razlan kembali dan sekali lagi mereka hampir berkahwin.
Namun kali ini Fara juga ditinggalkan lagi ,,,mengubat kekecewaan dia membawa diri ke Melaka dan akhirnya berkahwin dengan Farid.Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari .Kehadiran Razlan selepas beberapa tahun menghilang membuatkan kehidupan Fara semakin kucar kacir.
Dek kerana dendam akhirnya dia menjadi pemusnah kehidupan Melisa,Fendi dan ibunya sendiri..Dan hubungannya bersama Farid serta Razlan...
Friday, September 18, 2020
PRU SABAH
Assalammualaikum...
26.09.2020 merupakan tarikh piliharaya Umum untuk Negeri Sabah.Pejam Celik Pejam Celik rupanya dah nak sampai tarikh yang dinanti..Raykat Sabah akan membuat pilihan untuk kerajaan baru yang mentadbir negeri bagi tempoh 5 tahun ankan datang ...
KAlau kamu di Sabah kamu pasti merasai kemeriahan pilihanraya....di tepi jalan sudah ada perang bendera dan poster ..Merupakan perubahan baru apabila semakin banyak parti yang bertanding...ada satu Dun sampai 11 penjuru...
Namun dalam kita sibuk mau berpilihanraya ada satu yang merisaukan kita..statistik jangkitan Covid19 di Sabah.Kluster benteng,kluster pula dan kelmarin kluster selamat pula.Dalam kesibukan kamu berkempen ingat jaga jarak,pakai pelitup muka
dan buat semua yang akan mengundi ikut sop yang telah ditetapkan ..kita jaga kita..semoga angka Covid19 di Sabah makin menurun .
Thursday, September 17, 2020
Rempeyek Ranggup Sedap Dan Murah Di Sabah
Menang Pertandingan Minggu Pusat Sumber Sekolah
Assalammualaikum...
Drama Korea -Once Again-
Assalammualaikum
Sumber google |
Once again drama korea yang mengangkat tema kekeluargaan .Mempunyai 100 episod mengisahkan sepasang suami isteri yang anak mereka semuanya bercerai.Bagaimana mereka harus berdepan dengan penduduk setempat.
Mengangkat juga tema persahabatan apabila Si isteri dan besan (mentua anak ketiga mereka Song Na Hee iaitu seorang doktor).Mereka sering bertengkar namun jauh di sudut hati mereka saling menyayangi ..
Kalau jodoh memang tak ke mana ...anak sulung dan anak ketiga kembali bersama dengan pasangan mereka manakala anak bongsu pula berkahwin dengan adik ipar Song Na Hee,,
Orang bila kegagalan itu tidak akan selamanya.Song Ga Hee(anak Kedua ) walaupun gagal dalam perkahwinan dia berjaya menjadi seorang ibu yang penyayang. Dia berjaya membina kariernya walaupun di usia yang lambat tapi semangat dan usaha dia patut dicontohi.
Begitu juga Joon Sun Dan Da Hee ...mereka walaupun kurang berpelajaran namun berkat usaha mereka akhirnya mereka berjaya.Joon sun berjaya dengan syarikat Stuntman ..manakal Da hee dari seorang pekerja sambilan yang dipandang rendah oleh bekas tunangnya akhirnya menjadi seorang doktor kanselor.
MV suka drama ni korang try lah tengok...
Friday, September 11, 2020
Kimchi Versi MV
Assalammualaikum...
Ini namanya kimchi versi hentam lah labu.teringin punya pasal buat lah sendiri.Kebetulan MIL datang haritu bawa kubis cina ni..Geng makan sayur si abang sudah balik asrama jadi kalau masak sayur pun makan sendiri.
Jadi MV buat lah Kimchi ..ini kali kedua MV buat Kimchi...teringin mau makan kan...kebetulan ada bahan jadi buat saja lah sendiri walaupun rasanya nnt tidaksesedap yg orang korea buat ..
Janji lepas craving orang bilang.Siapa suka makan kimchi kita geng..tapi kimchi mv ni kurang daun bawang...just lobak dan hirisan epal saja..yg kali pertama buat MV guna buah pear..
Buat semalam kena tunggu lepas 2 atau 3 hari baru makan..sebab masa tu baru masuk rasa...