Assalammualaikum...
Review novel Sesal separuh nyawa hasil tulisan Myra Ameer....Novel ini sudah diadaptasi sebagai drama tapi MV tak tengok dramanya...
Ini sinopsis versi MV..
Bila ibu mereka bermusuhan akhirnya yang menjadi mangsa adalah si anak.Razlan dan Fara dua sekawan yang terpisah kerana permusuhan ibu mereka.Selepas 9 tahun mereka bertemu namun hanya Fara yang mengenali Razlan dan menjadi mangsa bulinya.
Ketika Razlan mula menyedari gadis yang selalu dia buli adalah Fara kawan baiknya dari kecil semuanya berubah.Namun percintaan mereka penuh halangan.Halangan dari kedua ibu mereka dan juga dari Melisa serta Fendi..
Saat mereka hampri berkahwin Razlan menghilangkan diri balik ke amsterdam dan berkahwin dengan adik angkatnya Melisa.Dek kerana kecewa Fara mula menjadi liar.Mabuk dan bertukar lelaki .Selepas 2 tahun Razlan kembali dan sekali lagi mereka hampir berkahwin.
Namun kali ini Fara juga ditinggalkan lagi ,,,mengubat kekecewaan dia membawa diri ke Melaka dan akhirnya berkahwin dengan Farid.Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari .Kehadiran Razlan selepas beberapa tahun menghilang membuatkan kehidupan Fara semakin kucar kacir.
Dek kerana dendam akhirnya dia menjadi pemusnah kehidupan Melisa,Fendi dan ibunya sendiri..Dan hubungannya bersama Farid serta Razlan...