All About Love

Friday, January 25, 2019

Anjung ketam ,Kampung Tanjung Aru ,W.P.Labuan

2:33 PM
Anjung ketam ,Kampung Tanjung Aru ,W.P.Labuan
Image may contain: food and outdoor

Assalammualaikum

Anjung Ketam Tanjung Aru W.P Labuan.Kalau MV balik Labuan ini antara tempat wajib yang MV singgah..sebab mau makan seafood dengan bunyi ombak dan angin laut.Oh ya tempatnya berdekatan laut...memang sejuk dan tenang dari bunyi kenderaan.

Kalau datang sini wajib ambil ketam.1 Kg ketam RM45 boleh campur ketam suru dengan ketam bakau.Yang MV order ini ketam masak telur masin.Rezeki MV ketam yang ada tue semuanya ada telur...memang sedap lah makan...

MV order Scallop 600g rm54..ok yang ini kira beraloi sebab size scallop tue memang besar,,,,Scallop butter sedap yang amat hahaha...lepas tu order tomyam dengan sayur kailan...memang perghh lah..

So kamu kalau mau ke Labuan boleh lah pegi tempat ni.Dijamin Sedap..dia ada 4 gerai mv makan di gerai no.1 sebelah kanan....
Read More

Thursday, January 24, 2019

Review Novel: Jodoh itu milik kita-Sara Aisha

9:06 AM
Review Novel: Jodoh itu milik kita-Sara Aisha
Jodoh itu milik kita Jodoh itu milik kita by Sara Aisha
My rating: 5 of 5 stars

Dahlia Darius menerima syafiq sebagai tunangan walaupun tanpa rasa cinta namun apa yang dia dapat di hari pernikahan amat menyakitkan.Syafiq tidak datang dan Aariz menjadi pengganti.Walaupun tanpa rasa cinta Dahlia dan Aariz menlayari alam rumahtangga sebagai kawan.

Ketika cinta sudah mula mekar..kepulangan Syafiq menjadi masalah kepada Aariz dan Dahlia,masih mengganggap dahlia sebagai tunangnya dan menuduh Aariz sebagai perampas.Rasa benci dan dendam Syafiq terhadap abang angkatnya membuatkan dia tidak mahu kalah kepada lelaki yang bernama Aariz

Satu rahsia besar yang akan merubah segalanya menjadi pegangan utama syafiq untuk memusnahkan rumah tangga yang sedang bahagia.Rahsia mengenai siapa Aariz yang sebenarnya dan siapa sangka Aariz hidup menderita seperti itu.

Paling penting penerimaan Dahlia terhadap rahsia besar itu mendatangkan kemarahan Syafiq sehingga dia sanggup untuk melakukan jenayah terhadap Dahlia.Syukur kehadiran umi dan Aariz menyelamatkan keadaan.

***novel ni happy ending tapi kalau baca mesti kamu geram dengan syafiq dan kadang2 geram dengan si aariz yang sangat rendah diri...

mengangkat juga kehidupan orang filipino yang duduk di kawasan setinggan yang berdekatan perkuburan,,,korang baca novel ni ..korang akan dapat rasa walaupun berbeza bangsa dan agama...kasih sayang yang terjalin akan mendekatkan kita

View all my reviews
Read More

Wednesday, January 23, 2019

Program Pengukuhan Pasukan

10:41 AM
Program Pengukuhan Pasukan
Image may contain: 15 people, including Asrol Said, Jai Faizal, Norlizah Mohd Ali, Hotrod Monza and Rini Mumin, people smiling
Buat kenangan bersama rakan sepejabat
Assalammualaikum...

Program Pengukuhan Pasukan pejabat mv sudah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 hingga 20 januari 2019 bertempat di Wilayah Persekutuan Labuan. Kali ni awal dibuat dan beri peluang Mv balik ke wilayah asal sambil borang coklat haha
Image may contain: 15 people, including Honey Lee, Rini Mumin, Bibby RosSa, Ruth Agatha, Edma Sue Edris, Ritnie Cashelda, Safi Suzyaney Shafie and Sarisya Norza, people smiling, people sitting
acara tarik tali sambil duduk haha
Antara acara yang telah disediakan dalam program ini adalah perlawanan bola sepak persahabatan bersama Perbadanan Labuan pada jumaat malam...Nda pernah dalam sejarah ada perlawanan bola sepak yang main sampai 3 set macam badminton...tapi malam tue dorang main 3 set hahaha...
esoknya program diteruskan bertempat di kompleks  belia dan sukan labuan...dimulakan dengan acara senamrobik ..pergh agak lama nda bersenam robik..kiranya hari tu memang hari membakar kalori lah .Ada 4 game yang disediakan oleh urusetia


Image may contain: 7 people, including Suzyazreen Yap, Ct N Suhaili and Honey Lee, people smiling, indoor
jangan tanya kenapa MV begitu..tapi ini game menguji kesabaran,minda dan fizikal kita
ini acara masukkan guli dalam bakul mengunakan batang pvc ..syaratnya tidak boleh mengerakkan kaki,hanya boleh memegang batang pvc menggunakan satu jari ,,sudahlah satu jari kena jari tu lurus seperti kita menunjuk...menyeksakan...kena masukkan 10 guli..disinilah kesabaran,fizikal kita diuji ...teamwork juga amat penting..untuk yang ini team MV dipuji kerana betul2 ikut syarat...integriti katanya sebab langsung tak mengerakkan kaki hihi...
Image may contain: 1 person, tree, outdoor and nature
trantula games....misi gagal....namun teamwork dan kesabaran dipuji..
ini pula trantula games....bakul yang sudah diikat dengan tali dan didalam tue ada bola kecil...pasukan kena pindahkan bola-bola kecil ke 2 bakul sampah yang kecil..tapi bukan semudah itu...tidak boleh memegang halangan seperti pokok,tiang elektrik ,daun,tidak boleh melebihi garisan tali yang disediakan...tali tak boleh jejak ke tanah...tali tidak boleh menyentuh badan kawan...untuk game ini kami gagal namun dipuji kerana teamwork dan kesabaran
Image may contain: 6 people, including Asrol Said, Paparith Dzakwan, Mohamad Fadzli and Rayner HD, people smiling, people standing


Image may contain: 11 people, including Ritnie Cashelda, A Rahim A Salim, Sarisya Norza, Rini Mumin and Mohamad Fadzli, people smiling, people standing

game lain adalah bola beracun dan lontar dadu...yang lontar dadu tue kalau nombor genap kita boleh jalan...nda kisahlah macam manalah langkah ...tapi kami semua langkah besar..dan sekiranya kalau terkena nombor ganjil kena undur..time undur ni pergh sekecil kecil langkah hahaha....
Image may contain: 9 people, including Roseline Liniu and Honey Lee, people smiling, people standing and outdoor


Image may contain: 6 people, including Said Kalihing, Jai Faizal and Hotrod Monza, people smiling

enjoy lah program ini..mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sepejabat....
Read More

Tuesday, January 22, 2019

Review Novel : Ada & Evan-Pingu Toha

8:43 AM
Review Novel : Ada & Evan-Pingu Toha
Ada & Evan Ada & Evan by Pingu Toha
My rating: 3 of 5 stars

Ada & Evan..Dijodohkan kerana ayah evan dan mama ada dulu pernah bercinta dan berjanji akan menyatukan anak mereka ditambah lagi kedua-duanya masih membujang.Hanya melalui email mereka merancang untuk mengagalkan misi kahwin paksa .

Evan mau mencari Alisyha cinta zaman tabikanya...Ada pula mahu mencari Remy kekasih pertama dia.Ini semua kerana tidak mahu kahwin paksa walaupun kedua2 mereka mempunyai ciri gadis dan lelaki idaman yang mereka tetapkan..

Pencarian Evan mencari Alisyha dibantu oleh Ada..Manakala Ada mencari remy namun tidak berani untuk datang ke rumahnya..Sehinggalah satu kebenaran terbongkar mengenai remy yang membuatkan Ada rasa bersalah dan makin patah hati...

Dan Alisyhaa yang Evan jumpa dan cari itu sebenarnya bukan alisyha sebenar sebalik Ada...Ini semua kerana kAsy tersalah send gambar Ada kepada Evan. Cerita ni agak gantung tertanya2 juga endingnya macam ni sajakah ...

Oh ya MV baca ni melalui aplikasi PNM E-reader..tapi jalan cerita novel ni MV suka...

View all my reviews
Read More

Wednesday, January 16, 2019

Buttercream Cafe @ Restoran Dapur Yasmeen,Harbour City

2:25 PM
Buttercream Cafe @ Restoran Dapur Yasmeen,Harbour City




Assalammualaikum

Buttercream Cafe @ Restoran Dapur Yasmeen,Harbour City.First time masuk restoran ini minggu lepas sebab pejabat ada buat majlis menghargai urusetia sempena kejohanan golf amal tyt 2018...



sangat menarik konsep yang restoran ni buat.kami book yang ruangan berhawa dingin di dalam atau lebih dikenali Buttercream Kafe.Restoran dapur Yasmeen ni dulu Liyana Jasmay punya Husband yang punya..Sekarang mv not sure sebab lupa bertanya...


Yang menarik di sini masa MV makan tue adalah dia punya Bingka Cheese ...sedap sangat sampai lupa mau ambil gambar hahaha ...bayangkan kesdapan dia..Ada juga brownies,kek kop,dan kek batik...


Air pun sedap MV order Teh C Special Cincau tapi kurang manis...sebab kenapa kurang manis..macam biasa lah MV dalam misi nak turunkan berat badan so kena kurangkan pengambilan yang manis...
Image may contain: drink
yg tak banyak sirapnya tue MV punya

Mv sharekan menu yang dorang sediakan MV tak boleh nak bagi komen sangat tak rasa pun  yang dalam menu sebab kita orang makan yang memang tempah khas...cuma mau cakap kambing bakar dia sedap..terbaik...

selain itu dorang ada sediakan  menu western juga kalau dah jemu makan makanan nasi ....apa yang paling penting pelayan kat restoran ni terbaek..Ramah, mesra dan tak lenkang dengan senyuman ...dan pssst satu lagi rahsia....



semua berbakat dalam nyanyian..meletup ok suara....kamu boleh try pegi restoran ini bersebelahan saja dengan Bank Rakyat di Bangunan Harbour City



Read More

Tuesday, January 15, 2019

Wanita Semuanya Hebat

3:07 PM
Wanita Semuanya Hebat
Assalammualaikum


Image may contain: text
sumber dari FB Petua Ibu
Wanita!!apa pun pekerjaan kita surirumah mahupun ibu bekerjaya.Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing.masing.Kedua-duanya mengimpikan kebahagian melalui pilihan mereka.So please no more compare each other.

Doakan yang baik-baik sahaja...surirumah semoga kalian dipermudahkan segala urusan membesarkan anak dan melakukan semua pekerjaan di dalam rumah.Begitu juga wanita bekerjaya semoga dipermudahkan dalam pekerjaan.


Dipermudahkan semoga urusan anak-anak yang dihantar kepada pengasuh.TOlong sesama kita mendoakan semua wanita yang bergelar isteri dan ibu.Semoga kita semua diberkatiNya.Amin
Read More

Monday, January 14, 2019

Menu Campak-Campak

3:46 PM
Menu Campak-Campak

Assalammualaikum...

Menu campak-campak....

ikan putih masak sos+telur masin+sayur kacang
ikan putih stim
sambal ikan bilis+sayur campur+telur dadar
udang masak sos+sayur putih tumis

antara menu campak-campak MV sepanjang minggu lepas...MV tak pandai sangat memasak.masak biasa-biasa jak mampu..sebab kalau ikut resepi confirm ke laut cina selatan..

biasa resepi MV main campak-campak..janji boleh makan...kalau time mood rajin bolehlah...kalau mood ke laut..paling pun ayam kicap dan sup ayam jak lah jawabnya hahaha...

orang cakap jadi perempuan ni.kalau sudah kawin nda pandai masak pun lama-lama pandai yang penting rajin dan usaha...sebab tue mv masak jak walaupun nda teror...dari tak pandai masak alhamdulillah bolehlah masak untuk suami dan anak-anak

Read More