All About Love

Friday, December 28, 2018

Taman Pertanian Tenom

8:30 AM
Taman Pertanian Tenom
Assalammualaikum..

No automatic alt text available.

Taman Pertanian Tenom.Orang cakap kalau pegi Tenom wajib singgah Taman Pertanian Tenom. Kebetulan kami dapat naik train jam 3.30 petang.Train tu bawa kami untuk melihat kawasan sekeliling.Kenapa naik train...hahaha penat...luas bah kawasan ni anak pula payah mau urus..naik train kira jalan penyelesaian...

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting

Sempat lah kami melawat beberapa taman..Dan merasa makan buah ajaib...buah ajaib ni lepas kita makan kita makan benda masam pun jadi manis...lepas makan buah ajaib MV makan belimbing pucung memang manis terus rasa...Mr Velentine pula makan limau kasturi manis katanya 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, stripes, tree, child and outdoor

cantik pemandangan dalam taman ni.sebab banyak tumbuhan hijau..Jadi MV dan anak-anak tak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan....dekat sini kita nampak banyak jenis tumbuhan yang kita kadang tak tau ...

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing, stripes and outdoor

Bunga orkid pun banyak ditanam ....biasa kita hanya nampak satu jenis di sini bermacam jenis orkid yang ada.Gambar MV tak ambik sebab  masa ni HP dah low bat.

Image may contain: 5 people, people smiling, tree, plant, outdoor and nature

teratai gergasi pun ada di sini,,,anak-anak teruja tengok replika dinasour yang dibuat daripada batu..tapi nda sempat snap sebab hp kehabisan bateri ...simpan dalam minda jak buat kenangan...

Image may contain: 5 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, tree, stripes, plant, outdoor and nature

kata pekerja kat Taman..Kami datang bukan kena time musim buah..kalau musim buah dapatlah makan buah...bukan rezeki lah namanya ..tapi rezeki kami dapat naik train dan tengok keindahan di taman tue pun sudah mencukupi ....

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, stripes and outdoor

Semoga taman pertanian Tenom ini terus dijaga dan dimajukan lagi sebagai tarikan pelancong dalam Sabah , Malaysia dan pelancong luar negara....sayang kalau tak dijaga....

Read More

Thursday, December 27, 2018

Anjung Soka Cafe Kinarut

8:30 AM
Anjung Soka Cafe Kinarut
Assalammualaikum..
Image may contain: outdoor

Anjung Soka Cafe terletak di kinarut .MV singgah makan di sini masa balik dari Tenom haritu.Ini Mr Velentine yang suggest tempat ini.Katanya sedapnya sebab selalu kalau dia bawa doktor lawat pesakit dorang akan singgah tempat ni.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, ocean, outdoor and nature
keretapi pantai katanya
Menu di Cafe ni bukan hanya makanan tempatan tetapi ada menu western juga.Haritu anak-anak order burger,roti john,kway teow basah dan ayam penyet.Ayam penyetnya kat cafe ini lain dari yang lain.

Selalu orang pakai sayur pucuk ubi,timun,terung dan tempe tapi di sini dorang pakai acar timun dengan lobak.Ayam pula digoreng dengan tepung yang bersayur (**memang unik lah..rasa tepung tue sendiri buat kita rasa macam makan kuih haha..bagi MV)

Untuk tempat duduk puluh banyak pilihan ...mau di atas pondok dekat sambil melihat pemandangan pantai,duduk dikawasan yang jauh dari pantai berdekatan rumah atau kawasan terbuka.

Selepas makan kamu bolehlah try keretapi pantai ni...bayaran RM5 untuk dewasa .Kanak-kanak RM3..dia akan bawa kamu ke hujung pantai dan tengok pemandangan dekat pantai berdekatan...kira berbaloi lah...kita berseronok sambil melihat pemandangan yang kita tak pernah lihat.
Read More

Wednesday, December 26, 2018

Singgah Bayu Kimanis Rabiit Farm

8:33 AM
Singgah Bayu Kimanis Rabiit Farm
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, child and outdoor

Assalammualaikum...

Singgah Bayu Kimanis Rabbit Farm.MV sekeluarga ke sini minggu lepas dalam perjalanan balik dari percutian pendek kami ke Tenom.Terletak di tepi jalan sebelah kiri sekiranya kamu dari kota kinabalu mahu ke keningau ...kalau dari keningau sebelah kanan jalan,,

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, grass, child, outdoor and nature

Bayaran masuk adalah RM2 untuk setiap orang tak kira kanak-kanak atau dewasa.Makanan arnab pula percuma sebab masa MV masuk tue pekerja bagi MV 4 bekas makanan ...Cukuplah untuk anak-anak MV sebab seorang dapat 1 bekas.

Kalau kamu masuk nampak macam tak banyak arnab tapi bila kamu buka jak bekas makanan terus bekerumun arnab tue menyerang kamu mahu makanan.Paling best disini arnabnya jinak dan tak takut orang.Kita tak perlu mengejar arnab ..Arnab akan datang cari kita..

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, child, outdoor and nature

Bukan itu saja,arnab di sini bersih sangat tiada berbau . Kita selesa dalam situ sebab tiada bau najis atau kencing arnab.betul-betul  sangat suka arnab di sini .Rasa mau jak culik satu bawa balik.hahaha

Image may contain: 2 people, people smiling, dog, child, outdoor and nature

Nampak tue comel-comel kan arnab disini..Selalu mau bawa arnab bergambar susah.Di sini kita pegang jak arnab tu terus dia tak lari...betul-betul jinak...gambar di bawah pula syamimi diserang sekumpulan arnab yang nak makanan....terkejut syamimi ...hahaha...



Image may contain: 1 person, child, grass, outdoor and nature

tapi dia gembira dapat bagi arnab yang comel makan...kamu kalau rasa mau singgah sini ..boleh lah pegi...lagi satu yang bestnya disini udaranya sejuk macam di kundansang..nyaman saja.....

Image may contain: 2 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, outdoor and nature

Mv bagi 5 star untuk tempat ni....memang terbaik

Image may contain: 1 person, outdoor
Read More

Tuesday, December 25, 2018

Beg rm10 dan tips putihkan baju guna sabun lux

10:59 PM
Beg rm10 dan tips putihkan baju guna sabun lux

Assalammualaikum

Kamu sudah susah baju sekolah anak?mv sudah ...yang baru dan yang lama selesai dicuci kemarin.

Mv pun sudah mencuba rendam baju guna hirisan sabun lux...untuk baju sekolah agama dan tudung anak mv pakai semula yang lama sebab masih boleh digunakan..

So bila rendam dengan sabun lux tu warna baju tak nampak kuning sangat dan kotoran yang sebelum ni hilang ..selalunya susah nak tanggalkan hitam yang dihujung Lenggan tapi kali ini kotoran tu hilang.

Kiranya sapa yang rasa nak recycle semula baju anak tahun ini ke tahun depan boleh try tips rendam guna sabun mandi lux tue..

Selesai part baju,tadi pagi mv buat pendaftaran sekolah agama anak-anak..mv bayar rm1054 untuk 3 orang..dan sebelah petangnya bawa anak-anak beli pensil box dan beli lagi 3 beg untuk sekolah agama..

Haritu mv dapat harga 3 beg northstar dengan harga Rm36 kan..kali ini mv beli 3 beg rm10 satu beg..so harga semuanya Rm30 . Beg mv beli di giant kelombong dan mv beli juga warna stabilo 24 batang rm8.++

Kalau siapa yang belum beli beg untuk anak dan rasanya mau cari yang mampu milik.boleh lah cari d giant...kalau mv beg tu memang cantik kira berbaloi lah...

Read More

Kerepek pisang masin

10:48 PM
Kerepek pisang masin

Assalammualaikum

Datang rajin malam ini tertengok pisang d luar rumah dan bila anak hint cakap sedap ni buat pisang goreng kalau nda pun kerepek macam ahmah(mama mv) selalu buat.

Dek kerana ada sedikit mood rajin makanya siap lah 2 bekas kontena yg size besar bukan yg biasa bekaa bubur tue..yg ni yg besar sikit kira double size dari yang selalu orang letak bubur.

Walaupun hanya 2 bekas penatnya ya ampun..mana penat mengupas..penat mengoreng..kena lagi bahang apinya...memang berpeluh habis..kiranya memang lencun lah...haha

Jadi jangan kamu mengeluh ar kalau kerepek pisang atau seaktu dengan dijual mahal biarpun sikit..tenaga dan kepenatan mereka yang membuat kena kamu ambik kira..

So kiranya kalau mau jimat atau murah kena buat sendirilah hihi..tapi penat pun kena tanggung... 

Read More

Monday, December 24, 2018

Purple untuk tema tunang

10:45 AM
Purple untuk tema tunang

Assalammualaikum

Alhamdulillah selesai majlus pertunangan adik mv semalam pada 23 12.2018 dengan pilihan hatinya orang menumbuk sabah..

Majlis pertunangan buat simple saja ..mv sekeluarga datang dengan 4 kereta saja.di sebelah perempuan jemputan hanya untuk keluarga terdekat

Tema pertunangan mereka warna purple ..so mv terpaksa lah pinjam baju adik mv...huhu...


Doakan semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin

Read More

Sunday, December 23, 2018

Little pony birthday cake

10:26 PM
Little pony birthday cake
Assalammualaikum

Little pony birthday cake...request by my syamimi.Dia potong kek lewat dua hari sebab mama dia lupa nak order kek 

Mama excited bercuti ke Tenom sampai lupa pasal birthday jej nya pada 21.12. So kebetulan balik kampung mv orderlah kek pilihannya

Kek ini dikongsi dengan kakak ayu ...dorang birthday bulan yang sama cuna beza 20 hari..

Untuk kek ini mv order dari kawan abang ipar dengan harga rm85....kawan abng ipar ni orang bongawan..

0138532072 ..kamu boleh wasap atau call dia untuk tempah kek..harga berpatutan dan keknya sangat sedap..
Read More