All About Love

Friday, June 29, 2018

Cashout pertama 8 Coin

10:26 AM
Cashout pertama 8 Coin
alhamdulillah
Assalammualaikum

Alhamdulillah cashout pertama selepas penjenamaan 8 share ke 8 coin..Walaupun hanya 84 syukur ada juga hasil kan..dan MV dah belanja RM30 beli dua bekas tupperware...beli buat kenangan ...lepas ni nak cashout lagi...

Sebab dah ada 1++ terkumpul ...tunggu bulan depan baru cashout semula..biar sikit lama lama jadi bukit...siapa yang ada cashout juga...korang punya mesti meriah kan...bolehlah beli apa yang kita nak kan..
Read More

Thursday, June 28, 2018

Halalkan Hati Yang Ku Curi

10:40 AM
Halalkan Hati Yang Ku Curi
Assalammualaikum...

Halalkan Hati Yang Ku Curi..siapa tengok episod semalam.Sakit hati dengan Kak Gayah dan kak Saba yang mengambil kesempatan dalam kesusahan Faiq dan isha..membantu tapi dalam masa yang sama menjerat mereka...

Terbaik watak Abg Ali aka Ustaz Hamadi...sangat berani wataknya...begitu juga dengan watak Haji dan Kak Hanum...biarpun sakit hati dengan cerita ini semalam tapi ada yang memberikan sesuatu..

Bagaimana Faiq tetap berdoa kepada Allah apabila dia sedang diuji...begitu juga apabila faiq dan isha mula membina keluarga mereka berlandaskan ajaran islam...siapa sangka mereka yang dahulunya jahil namun berubah..

Drama ini nampak semalam macam nak happy ending sehinggalah kemunculan Nenda,ibu ayah isha dan ibu ayah faiq...bagaimana tiba-tiba isha kembali ke perangai lama..ego dan marah2...

Mungkin berbeza pendapat bagi lain orang..bagi MV mungkin memahami kenapa isha marah..Kenapa Nenda tak hidup macam kami?merempat?sanggup nenda tengok kamu merempat??yup itu yang dia marah...

Kata Nenda hanya untuk menyedarkan...iyalah yg ustaz pun subahat sekali...syukur juga masa dorang merempat dorang terjumpa orang yang membantu mereka ke jalan Allah kalau sebaliknya macam mana...

Ok jangan cakap mv taksub drama...hahaha...ada benarnya kenapa isha marah..sebab dia sampai tahap mengemis ..makan sisa dari tong sampah..sedangkan keluarga mereka yang merancang semuanya....

So kita tengok malam ni....adakah nenda tahu yang mereka merempat ...so jangan kecam MV sebab sokong isha yang marah dengan nenda...(pendapat kita berbeza )
Read More

Korea musnahkan harapan world cup germany 2018

12:49 AM
Korea musnahkan harapan world cup germany 2018

Assalammualaikum

Dengan kemenangan 2-0 Korea ke atas Germany maka musnahlah harapan World cup 2018 buat penyokong germany..

Korea negara asia yang berjaya mengalahkan germany selaku juara piala dunia 2014 ..bukan hanya itu tapi meletakkan germany di kedudukan tercorot liga..

Siapa sangka 6 minit masa tambahan memusnahkan harapan dan impian penyokong germany...

Walaupun korea x layak ke pusingan seterusnya tapi suatu kejayaan manis buat penyokongnya...tahniah korea....

Bye bye germany

Read More

Wednesday, June 27, 2018

Wordless Wednesday #Duit Raya#

10:14 AM
Wordless Wednesday #Duit Raya#
No automatic alt text available.
dah siap asing..senang nnti tinggal bagi jer
Assalammualaikum...

Duit Raya untuk anak-anak saudara dan kanak-kanak yang berkunjung ke rumah..walau tak banyak tapi sediakan juga..kita berkongsi rezeki yang ada..
Read More

Tuesday, June 26, 2018

Mata Gatal Dan Pedih

10:18 AM
Mata Gatal Dan Pedih
Assalammualaikum..

Mata gatal dan pedih.Ini Yang MV alami sekarang..tiba-tiba mata MV pedih dan gatal yang amat..terutamya bila terkena udara dari angin dan aircond...gatal dan pedih sampai berair dan kemerahan...

dan bila bangun pagi banyak tahi mata  dari biasa ...kalau mau cakap red eye nda juga..sebab dia merah sekejap jak..dan akan jadi teruk jika kena aircond atau kipas..dan bila MV cari carian di google

Antara faktor adalah proses penuaan,proses kehamilan dan radang permukaan mata...mungkin usia yang semakin bertambah kot tu yang terjadi macam ni...ada ketidakselesaan bila simpton ni melanda...

Silau ketika memandu...mata tiba2 berair dan kabur....nampaknya kena jumpa pakar mata untuk dapatkan rawatan ..cuma nak tanya ..ada tak di kalangan rakan2 yang pernah mengalami simpton ini?

Boleh tak kongsikan dengan MV 


Read More

Monday, June 25, 2018

Biskut raya

10:36 AM
Biskut raya
antara biskut raya yang ada 
Assalammualaikum 

Salam 11 Syawal...mula bekerja setelah seminggu bercuti..mood datang ofis tadi bawa biskut raya untuk ofismate..wani pun bawa untuk kawan sekolahnya..oh ya biskut raya kami banyak lagi..sebab takda orang datang beraya kat rumah..

lagipun masa raya keempat haritu MV ada buat 2 biskut sebab bosan duduk rumah temankan suami yang on call time tue...semalam pun ada buat biskut coklat...ada orang tempah...jadi bertambah lagi lah biskut kami....

biskut nestum tue tinggal separuh anak2 MV yang beraya...Sebab tue mama dia rajin buat biskut raya sendiri sebab anak2 semua suka makan biskut raya...siap ada adik sepupu suru MV open order biskut raya nestum & biskut 3 bahan tahun depan...

Sedap katanya..tq lah....mv buat untuk bawa balik kampung mak dan mentua..ada lebih simpan sikit kat rumah buat anak-anak bawa ke sekolah...dan manalah tau kan ada yang nak beraya...

korang biskut raya banyak lagi ker...Selamat hari raya maaf zahir batin...
Read More

Saturday, June 2, 2018

Review novel:Chocolate Mousse vs chesse cake -syahirah ibrahim

1:22 AM
Review novel:Chocolate Mousse vs chesse cake -syahirah ibrahim

Assalammualaikum

Chocolate mousse vs chesse cake ...Hakimi vs zhafri...pekerja vs bos..abang angkat vs suami...dan mengaitkan lagi mereka adalah Amnani.

Hanya kerana ego akhirnya Zhafri dan Amnani mendirikn rumah tangga...rumah tangga yang tidak seperti pasangan lain..rumahtangga yang penuh pergolakan

ditambah pula kehadiran abg angkat merangkap jejaka yang pernah nani cintai...rasa bencinya terhadap hakimi  mendatangkan cemburu kepada zhafri..kenapa?

bila semakin lama ..rupanya zhafri dan hakimi berkomplot ..membuatkan dia terikat kepada perkahwinan ini...bila mana hati amnani mula mencintai...zhafri juga tidak bileh hidup tanpa amnani..

hakimi hadir menghulur maaf dan menagih janji..siapa yang amnani pilih?

*mungkin novel ni dianggap berat...tapi mv suka jalan ceritanya....bila.kuasa dan wang disalah guna maka itu hakimi sanggup menyakiti nani...

dalam perhubungan perlu ada kepercayaan jangan ada syak wasangka...

sebagai mertua jangan masuk campur hal rumahtangga anak...apatah lagi membela anak sendiri...sebaiknya nasihatkan kedua2nya

Read More