My Lovely Tengku 2 by Pitteriah Abdullah My rating: 4 of 5 stars Rumahtangga Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif bahagia disamping 3 anak lelaki dan Seorang puteri.Hidup mereka bahagia disamping rakyat yang menyayangi mereka.Kejayaan Tengku Akif Menjadi perhatian kerabat di raja.. Ditambah lagi dengan caranya mendidik anak-anak...Tengku Iskandar Shah anak sulung yang mewarisi sifat ayahnya...namun ada sesuatu yang mereka keliru..Tengku Iskandar sangat sukakan kuda.. Melihatkan itu Tengku Cempaka dan mama Zara Irdina mula mengesyaki sesuatu..Tuan Megat Zainal ...Lelaki itulah yang bertanggungjawab merogol Puan Sharifah Kamariah ibu kepada Zara Irdina...Akif mula risau ...Takut zara irdian tidak dapat menerima kenyataan...tambahan pula anaknya semakin rapat dengan tuan Megat... Bukan hanya kemelut mengenai Zara Irdina..Tetapi Tengku Akif mula didesak...Untuk naik taktha menggantikan Tengku Cempaka..tapi syaratnya sangat tidak munasabah..kerana Zara Irdina dan Akif tidak mahu memenuhi syarat itu.. Tengku AKif dipaksa berkahwin dengan Tengku Fiona..Tengku Mawar pula mengugut...dan hidup Zara Irdina dan Akif semakin tertekan.. Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka?(yang pasti happy ending tapi kena baca lah baru tau ceritanya)
View all my reviews
My Lovely Tengku by Pitteriah Abdullah My rating: 3 of 5 stars Perkahwinan Zara Irdina dengan suami pilihan hatinya Akmal tidak seperti yang diharapkan dan didambakan.Status Zara Irdina sebagai anak angkat dan merupakan anak luar nikah menjadikan dia bahan cacian keluarga Akmal... Sejak cacian dihamburkan...hati Zara Irdina sudah tiada buat Akmal..Tengku Izraf Akif si pencinta setia menyelamatkan Zara Irdina dari digantung tak bertali.Pengakuan Yang kononya mereka sudah terlanjur dan zara mengandung anak Akif membuatkan Akmal marah dan menceraikan Zara dengan talak 3 Namun kerana statusnya Zara Irdina menolak untuk berkahwin dengan AKif...atas dasar dia tidak layak berdamping dengan anak raja..Namun ugutan daripada Akif menyebabkan dia bersetuju..dan mereka berkahwin tanpa pengetahuan orang ramai kerana perkahwinan itu dihalang oleh kerabat di raja... Selepas perkahwinan mereka, Akif dan zara pergi ke tanah kelahiran Akif...Status zara mula dipersoalkan...benarkan dia anak Tengku Borhan?Tengku Cempaka Mula membenci akhirnya mereka hidup tanpa keluraga disisi.. Apabila Akif semakin berjaya..Keluarga diraja datang merapat...mampukah mereka hidup dengan ada diraja?Adakah Zara Irdina diterima oleh rakyatnya...Bagaimana pula anak2 mereka.. Kena baca sambungannya kalau nak tau
View all my reviews
Sebab itu mendengar dari kedua-dua pihak itu penting ..macam contoh dalam gambar ni..pandangan dari sudut berbeza membawa maksud yang berbeza...Sebagai ibubapa kita kena sentiasa dengar cerita dua belah pihak bila anak bergaduh
Sebagai Majikan kita kena dengar dua belah pihak jangan bauat keputusan hanya dari mendengar penjelasan seorang saja...penjelasan yang seorang lagi tidak dipeduli...itu seolah2 menidakkan hak dia..dan membuat dia jadi orang yang salah tanpa dapat mempertahankan diri..
Begitu juga dengan politik...apa yang kita nampak dan lihat ..apa yang kita dengar dari orang tak mengambarkan keseluruhannya...melainkan kita turut sama ada dalam situasi tersebut
Assalammualaikum... Ruam..banyak2 tempat di muka ku yang memang tak halus kau singgah...gatalnya Ruam di muka selalu kita dengar atau nampak budak jer akan mengalami masalah ruam dimuka..jarang berlaku dengan orang dewasa..terasa MV ni macam bayi pula bila tiba-tiba muka yang dah memang tak berapa nak halus ni naik ruam... Gatalnya..Ya Ampun..Sampai tahap mau garu...Nasiblah tangan dan otak ni bekerjasama....kalau nda memang mengaru lah jawabnya...kenapa naik ruam MV pun nda tau... Mau cakap alergik nda juga...huhu...hari ni MV ke ofis tanpa pakai foundation..just lukis kening pakai gincu dan eyeshadow ..bukan apa..muka ni rasa gatal sangat...petang ni lepas kerja lah singgah ke klinik.. doakan yang baik-baik ya kawan2..AMin =
Jumaat lepas 27.04.2018 HaikalAyu ada aktiviti merentas desa untuk sekolah rendah...Wani tak terlibat sebab ia hanya melibatkan murid tahap 2..kali ni merentas desa sejauh 4km dan dibuat di Taman Awam Likas di Teluk Likas..
Berpindah sekolah baru ni,kakak Ayu dapat tempat ketiga untuk kategori perempuan tahun 5.Kalau di sekolah lama dulu nombor 1 kali ni dia hanya mampu no.3..tapi itu pun dia dah happy sangat..
abang haikal pula dapat saguhati jak..dia bilang biar lah lambat semua pun dapat medal...besar lagi dari medal nombor 3 hahaha...abang oh abang...badan makin menjadi SIHAT...
anak-anak mv ni biarpun berkaca mata kadang lupa bila bersukan..takut jer bila dah bersukan cermin matanya terpecah..sebab dorang ni a
24.04.2018 merupakan hari JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT ..Ianya adalah program daripada Perpustakaan Negara Malaysia yang dilaksanakan oleh perpustakaan, sekolah dan jabatan seluruh Malaysia..
Perpustakaan MV berkesempatan untuk mengambil bahagian dengan kerjasama dengan TABIKA KEMAS...
Program ini lebih pada pendedahan budaya membaca kepada kanak-kanak..Tahniah buat pelajar bernama Ayra kerana sudah lancar membaca di usia 6 tahun ...semoga lebih ramai rakan-rakan ayra yang akan pandai membaca seperti ayra
Dengan bantuan guru-guru...Ayra membaca sebuah buku dihadapan rakan-rakan yang lain..Tahniah sekali lagi ayra..selepas habis bacaan ...program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti mewarna ....
Semoga apa yang kita laksanakan hari ini menjadi satu titik permulaan yang baik buat generasi akan datang..