
Assalammualaikum...
24.04.2018 merupakan hari JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT ..Ianya adalah program daripada Perpustakaan Negara Malaysia yang dilaksanakan oleh perpustakaan, sekolah dan jabatan seluruh Malaysia..
Perpustakaan MV berkesempatan untuk mengambil bahagian dengan kerjasama dengan TABIKA KEMAS...

Program ini lebih pada pendedahan budaya membaca kepada kanak-kanak..Tahniah buat pelajar bernama Ayra kerana sudah lancar membaca di usia 6 tahun ...semoga lebih ramai rakan-rakan ayra yang akan pandai membaca seperti ayra

Dengan bantuan guru-guru...Ayra membaca sebuah buku dihadapan rakan-rakan yang lain..Tahniah sekali lagi ayra..selepas habis bacaan ...program ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti mewarna ....

Semoga apa yang kita laksanakan hari ini menjadi satu titik permulaan yang baik buat generasi akan datang..
