Thursday, February 1, 2018
Penghujung Januari yang gembira
Mrs Velentine
8:51 AM
Assalammualaikum
31.01.2018 Alhamdulillah adik mv selamat melahirkan seorang anak lelaki setelah 3 tahun menunggu...syukur atas kurniaan mu Ya Allah ...
Walaupun sedikit huru hara menyambut kelahiran baru ni...due adik sepatutnya 27.02.18...tiba2 adik mv mengalami tekanan darah tinggi isnin tu..bila selasa check masih tinggi terus warded di hospital likas...
Adik disarankan bersalin awal sebab doc check baby perut baby agak kecik...si ibu pula tekanan darah tak turun2..terus doctor bagi cadangan bersalin secara paksa melalui masuk ubat...
Melalui cerita adik mv lepas masuk ubat..selasa 30.1.2018 bukaan baru 1cm..sampai doctor cakap kalau pagi nanti bukaan 1cm juga masih terpaksa oprate...
Pukul 6.30 pagi check bukaan sdh 5cm ..masa tu siap wasap di group sakit..sampai rasa mau nangis dan tendang katil haha tapi dia tahan ..
Sampai lah part dia cakap sakit perut macam mau berak..kami pun nda sangka rupanya wasap dia yg tu mmg dia mau melahirkan sudah..
Al kisahnya adik cakap doktor dan nurse tu pervaya yg dia mau bersalin sdh sebab pukul 6.30 check baru 5cm...takkan lah sdh mau bersalin lama lagi mama doktor tu cakap
Nurse pun sama siap marah lagi...terus adik cakap sya macam rasa kepala dia di bawa sudah..bila nurse tu tengok ..baru dia kelam kabut mau pakai sarung tangan...
Siap cakap aiyoo tak sempat sebab dia nampak kepala....adik terus jer teran ...alhamdulillah 7.47 am selamat melahirkan ...sekarang adik masih dalam pantauan sebab tekanan darah mau dimonitor
Sunday, January 28, 2018
Celebrate birthday at Pantai Tanjung Aru,Sabah
Mrs Velentine
2:12 PM
Assalammualaikum
28.01.18 genaplah usia abg haikal 11 tahun.Alhamduliah syukur padaNya Kerana mengurniakan satu2nya kumbang di antara 3 kuntum bunga..
Birthday kali ni lain dari yang lain...kali buat sambutan outdoor tapi masih konsep kecil-kecilan..sambut dengan family kecil kami saja..
Lokasi pilihan Pantai Tanjung Aru..bbq ,mandi pantai dan potong kek...tukang masak tetap dan berpencen mr velentine hahaha...mv tukang tgk anak2 mandi laut saja..
Sekali sekala tunaikan permintaan dorang yang mau mandi pantai..berendam semua..haha...dan yang peling terkesan...syamimi..dia punya muka sunburn sdh...
Menu kami hari ni simple saja..sayap bakar,sosej,nasi putih,kek chesse dan jeruk mangga betik asamboi..cukuplah utk celebrate birthday boy
..
Dan hadiah seikhlas hati dari mama dan babah untuk abang..ganti jam abang yang sdh rosak ..semoga abang menjadi anak yang soleh ,dan mendengar kata..menjadi abang yang akan menjaga dan mempertahankan 3 bunga mama.amin
Thursday, January 25, 2018
Kekasih Paksa rela
Mrs Velentine
11:19 PM
Kekasih Paksa rela
Assalammualaikum
Buka facebook malam ni semua update status marahkan Hanan Khaira ...suka jer buat hal tanpa maklumkan suami...
Yang si izamil pula berkawan tapi lepas tu ada niat disebaliknya...hahaha pak cik bos lagi kesian...wife asyik nak bawa gaduh
Wife muda pula jadi rebutan ..mana doa x angin hahahaha..berjaya nampaknya drama ni dihayati oleh penonton..
Semua cakap apalah hanan ni..biar kena tinggal..hish b***hnya budak ni..itu belum lagi yang angin di ruang tamu rumah masing2.. Hahaha
Ini semua kekaskh paksa rela punya angkara...mv pun follow juga...syok juga ...tak sabar mau tgk bila kebenaran akan terbongkar..
Macam mana hubungan pakcik bos,hanan dan rosnaida...
Tuesday, January 23, 2018
Sentap
Mrs Velentine
10:06 AM
Assalammualaikum...
Kadang tak habis fikir dengan sesetengah orang ni.kita cakap Sikit sentap padahal benda tu kita cakap dengan Baik dan benda tu memang benar
Kadang tak habis fikir dengan sesetengah orang ni.kita cakap Sikit sentap padahal benda tu kita cakap dengan Baik dan benda tu memang benar
Terutamanya kalau di laman sosial.Lain kita maksudkan lain pula Penerimaanya pada yang membaca dan menerima apa yang kita sampaikan..
Bila fikir balik..abaikan saja orang yang asyik Nak menyentap ni...asyik nak jaga hati dia jer lepas ni ambik pendekatan ...
Dengan orang yg sikit2 sentap ni..x payah lah kita nak berhuha huha...kang senyum sikit pun sentap..kita positifkan saja...
Cari orang yang positif insyaallah kita pun sentiasa akan berfikiran positif...
Monday, January 22, 2018
Review Novel : Cik PA Glamor By Mama Bella
Cik PA Glamor by Mama Bella
My rating: 5 of 5 stars
Cik Pa Glamor..Mengisahkan sepasang suami isteri yang bekerja sebagai tukang kupas kulit udang dan pembuat martabak permaisuri di kurniakan anak selepas 20 tahun menunggu ...sepasang kembar dilahirkan pada usia kandungan 7 bulan...
Zara dan Ghina..kembar seiras yang cuma dibezakan dengan tahi lalat pemanis di bawah bibir Ghina.Berbeza karektar...Zara seorang yang sangat nakal,agresif dan gedik..Ghina pula seorang yang lemah lembut dan mendengar kata..
Perhubungan mereka sangat tidak rapat kerana Zara sentiasa berdendam dengan Zara...dari zaman tadika,sekolah , kolej dan alam pekerjaan...Cita-cita zara untuk menjadi pramugari tidak tercapai kerana sikapnya yang pentingkan diri sendiri...
Ghina menolong Zara menjadi PA di tempatnya bekerja...Di sanalah Zara belajar erti kehidupan dan sedikit demi sedikit merubah dirinya,,,,dari seorang yang gedik akhirnya dia menjadi seorang gadis yang menjaga tingkah laku...
walaupun Zara membenci Ghina ...namun jauh di sudut hatinya dia sangat syangkan adik kembarnya....Kehidupan memang tak selalu indah..apatah lagi bila kita sentiasa di bandingkan dengan orang yang berwajah sama seperti kita...
Itulah yang dihadapai oleh zara...namun kesabaran Ghina akhirnya merubah kakak kembarnya menjadi seorang yang berbeza ....
View all my reviews

Review Novel: Perjalanan by Nirmala Nur
Perjalanan by Nirmala Nur
My rating: 5 of 5 stars
Perjalanan mengisahkan seorang pemuda yang dalam perjalananpulang ke kampung dari ibu kota Kuala Lumpur sambil mengimbas kembali tentang kehidupannya.
Cerpen pendek ni menceritakan kehidupan yang terjadi di kehidupan sebenar...mengenai kisah cinta ..permasalahan yang selalu kita hadapi...
tentang cinta yang tak kesampaian tentang kisah cinta pekerja atasan dengan pekerja bawahan..yang mana si lelaki jauh beza usia dengan si wanita..wanita pula main tangkap muat sahaja kerana memiliki rupa paras yang sederhana...
baca cerpen ...kalau dihayati sebaiknya..pasti kita merasa apa yang lelaki ini rasa....