All About Love

Tuesday, June 13, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com

8:30 AM
Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More

Talian Celcom bermasalah

8:25 AM
Talian Celcom bermasalah
Assalammualaikum...

Siapa Pengguna celcom???Talian kamu ok kah..sebab MV punya talian celcom xda line...MV ada 2 nombor satu digi dan satu celcom ...MV guna celcom untuk langgan data internet saja...

Untuk whatsapp dan call tetap guna digi...tapi dari jam 7.00 pagi tadi tiba-tiba celcom MV ni tiada line...Nasib baiklah kat library ni ada wifi ble guna untuk whatsapp..MV cuba restart hp ...

Tapi tetap juga mcm tue....ada sesiapa yang alami masalah sama macam MV?
Read More

Juadah Berbuka Puasa

8:18 AM
Juadah Berbuka Puasa
Image may contain: food
Semuanya Homemade
Assalammualaikum

#sayurcampur #nasigorengsardin #saladtauhu #aircincaubandung #sosej #buburkacang 

Menu berbuka kami pada 17 Ramadan...simple saja dari dapur kecil MV...Air tangan ibu dan isteri ...suami minta bubur kacang...wani minta nasi goreng sardin ...MV pula nak akan salad tauhu...

MV kongsikan resepi salad tauhu...

bahan2
tauhu(MV pakai tauhu jepun)
timun(potong dadu)
tomato(potong dadu)
limau kasturi (jus)
bawang merah (hiris)
Cili (hiris)
garam 
gula

Cara-cara...
  1. tauhu lumur garam sikit then goreng lepas tue sejukan...
  2. timun tomato cili bawang digaul dengan jus limau kasturi ...then letak garam dan gula secukup rasa..
  3. kemudian masukkan tauhu yang sudah dipotong...
(yang MV semalam letak mayonis sikiT)

Ok sekian entry MV ..bolehlah cuba
Read More

Monday, June 12, 2017

Perlaksanaan Cukai Pelancongan 1 Julai 2017

3:39 PM
Perlaksanaan Cukai Pelancongan 1 Julai 2017
Assalammualaikum...

Perlaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai ini - Nazri ...Kecoh di Fb sarawak dan sabah menolak perlaksanaan cukai pelancongan yang berkuat kuasa pada 01. julai 2017..Kerajaan Negeri Sarawak sudah pun menarik diri dari Lembaga Pelancongan Pelancongan Malaysia pada hari ini...

Sabah pula belum ada sebarang kenyataan rasmi..cuma dari menteri pelancongan iaitu Datuk Masidi yang menyatakan tidak bersetuju dengan Perlaksanaan Cukai Pelancongan kerana iannya akan industri pelancongan di Sabah terjejas

Sekaligus menyebabkan kehilangan pekerjaan..Apa pendapat kamu tentang ini?Mv pun baru jer tahu pasal ni....MV kurang bersetuju dengan pelaksanaan ni...
Read More

Cuti sekolah Sempena HAri Raya Aidilfitri 2017

11:56 AM
Cuti sekolah Sempena HAri Raya Aidilfitri 2017
Image may contain: text

Assalammualaikum...

Cuti sekolah Sempena HAri Raya Aidilfitri 2017..ada perubahan untuk kumpulan B...sekolah akan mula bercuti pada 23.06.2017 tetapi akan ada kelas ganti pada 17.06.2017..MV bercuti ikut cuti sekolah anak-anak saja...

Korang pula macam mana?
Read More

Katakan Kau Cinta -Nori Zulkifli-

7:40 AM
Katakan Kau Cinta -Nori Zulkifli-
Katakan Kau Cinta by Nori Zulkifli

Assalammualaikum..

Katakan Kau Cinta hasil tulisan Nori Zulkifli...jalan cerita mengenai kehidupan seorang gadis bernama Norisha Barbara Jane..

Norisha Barbara Jane,Gadis berdarah kacukan yang menjadi rebutan lelaki walaupun setelah dia bergelar isteri kepada Nurizham Syah .Perkahwinan yang tak dirancang dan antara punca kenapa dia menjadi isteri Izham.Namun Kesudian Norisha mengantikan kakak tirinya membuahkan cinta di hati Izham.

Farid Iskandar,Rasul Fikri dan Murad..antara lelaki yang ingin merebut Norisha daripada IZham,,,keinginan mereka memiliki norisha sehingga lupa status Isteri yang dipegang Norisha...

Kenapa Kartini (kakak tirinya ) dan Datin Zaleha(ibu mertua) Norisha Membenci norisha...

Apa hubungan farid ,rasul fikri dengan Izham?kenapa mereka membenci IZham...

(membaca novel ni membuatkan kita merasai nasib dan derita yang ditanggung oleh seorang anak luar nikah yang dibuang keluarga dan masyarakat setempat ) 

Read More

Saturday, June 10, 2017

Alergi mamat romantik -Ezza mysara-

7:18 AM
Alergi mamat romantik -Ezza mysara-
Assalammualaikum

"house tu dibina dengan batu,kayu dan konkrit manakala home pula dibina dengan kasih sayang,cinta dan sikap saling menghormati."


Nurul kaisara si penulis novel yang alergi mamat romantik,Arjuna sang Lawyer seorang mamat romantik..Bakhtiar pula mamat sarcastic...

Bagaimana kaisara mula jatuh cinta dengan mamat romantic yg tiada dalam list ciri2 suami pilihannya..

Bagaimana bakhtiar menyedarkan kaisara cinta itu sebenarnya indah..

Kehidupan alam perkahwinan yg penuh dengan dugaan ...bertahun kahwin  tanpa kurniaan seorang anak...pandangan orang sekeliling..

Bagaimana kita bertahan dengan dugaan dari Allah bila kehilangan orang tersayang..

Novel ni padat dgn cerita romantik,ilmu kekeluargaan dan juga agama...menyentuh juga kehidupan sekeliling kita...






Read More