All About Love

Friday, March 10, 2017

Gajet dan kanak-kanak

7:30 AM
Gajet dan kanak-kanak
Hari ini para guru tadika menghadapi masalah anak-anak tidak pandai memegang pensel, tidak pandai makan sendiri, tangan tidak kuat. Ibu-ibu semua nak cepat, tak nak buat kerja lebih.

Anak-anak seawal usia diberi gajet. Umur 6 bulan nak beri anak duduk diam, ibu beri gajet. Ibu suap, anak buka mulut. Anak hanya menggunakan satu jari sahaja untuk slide gajet.

Ibu-ibu, bukan saja merosakkan mata tetapi otak anak-anak. Super khalifah di muka bumi ni kita biarkan sahaja. Tak ada rangsangan pada jari anak, secara tidak langsung membuatkan otak anak-anak tidak dirangsang.

Biarlah anak makan bersepah, comot, asalkan tidak kaku kerana tidak mampu memegang barang. Kita menghadapi masalah anak-anak yang normal tetapi menjadi autistik kerana diberi gajet.

Anak tidak boleh bercakap kerana tiada komunikasi dengan ibubapa.

Kalau ibubapa sayang pada anak-anak, hadkan gajet pada anak-anak. Kalau kita tanya semua ibubapa mahu anak jadi hafiz al quran. Ada tak kita buat strategi untuk menjadikan anak kita hafiz al quran?

Seminar tempoh hari, puan pengasas tadika beri ibubapa semangat supaya tinggalkan gajet.

Subhanallah. Bukan kita meninggalkan teknologi tetapi menggunakan teknologi sekadar keperluan.

Komunikasi. Bercakaplah. Berbuallah. Sampai masanya kita bersendiri dengan apa yang kita semai, sendirian di barzakh.

Ummu Amir.
cnp, Insyirah Soleha(dapat Dari FB Nurul Mubarak)

Assalammualaikum...

Membaca status yang dishare di Facebook membuatkan MV teringat pada wani...wani dulu masa umur 3 tahun memang suka main gajet..bila dia masuk 4 tahun...dia tak reti pegang pensil...masa 5 tahun pun payah nak ajar cara pegang pensil yang betul..pegang kejap dia cakap penat.

Sebab tue MV ambik keputusan syamimi memang MV kurangkan dengan gajet...MV lebihkan dia dengan aktiviti mewarna...alhamdulillah di usia dia sekrang 3 tahun 2 bulan..dia sudah boleh memegang dan mewarna dengan baik...

Semoga ibu2 diluar sana...ambik tahu pasal ni...untuk kebaikan anak2 kita semua
Read More

Thursday, March 9, 2017

Ole ole from Vietnam

10:30 AM
Ole ole from Vietnam
Assalammualaikum...


dari kak sarimah...
Ole ole from vietnam ....alkisahnya..Kelab ofis buat  trip ke Vietnam Untuk AJK..tapi MV tak dapat join sebab anak2 takda yang urus,,,sebab kena waktu persekolahan...bila Mr Velentine dah kerja di Kesihatan ni...urusan anak-anak sekolah MV yang urus,,,


dari CCD
Terima kasih lah kawan-kawan yang sudi bagi ole2...tudung nealofa...beg ada dua ,,,satu warna purple dari CC R,,,,dan ada juga bagi keychain...semoga kawan-kawan dimurahkan rezeki ya..AMin
Read More

Respect

7:30 AM
Respect
Assalammualaikum

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri..


**dapat ni dari whatsapp..semoga menjadi peringatan sesama kita
Read More

Wednesday, March 8, 2017

Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway

2:00 PM
Menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway
Assalammualaikum...

dapat medic serum
Hantar hadiah Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway dekat rumah kak @mrsvelentine tadi. Kak MV cakap mau guna tuk abang Haikal, harap-harap berkesan tuk hilangkan ekzema Haikal.

alhamdulillah MV menang Medic Serum & Bio Active Serum Lovely February Giveaway ..MV dapat hadiah Medic serum...kebetulan abang haikal ada ekzema so try ni untuk dia...terima kasih tau sha...hantar hadiah ni sampai rumah....

Sesiapa yang berminat nak dapatkan Medic Serum & Bio Active Serum bolehlah hubungi eca di wasap 0148594953..


Read More

"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

9:48 AM
"PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017"

Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017

9:24 AM
Selamat Hari Wanita 8 MArch 2017
Assalammualaikum..


Happy women's Day buat semua wanita di seluruh...wanita seluruh dunia ku ingat kau tahu....haha..menyanyi terus...selamat hari wanita buat semua ibu,kakak,makcik dan kawan....


Hadiah di pagi hari wanita.....bila kakak wani buat kecoh...cermin mata nya tak jumpa...apalagi radio mama pun mula lah berbunyi ...syukur jugalah ada cermin mata lama...bolehlah pakai....nanti balik rumah cari lagi


Betul-betul dugaan hari ni..bila jalan jammed..tiba-tiba ramai pula ORANG PINTAR yang jumping Queue di depan taffic light indah permai tadi...apa kamu ingat kamu punya lambat saja kah...gara-gara kamu lah punca jammed..orang yang tunggu lama tak dapat limpas...pergh geram okey..

Sampai parking ofis...terpaksa exercise..kejar masa mau punch...dukung syamimi bawa handbag dan beg galas...jalan selaju yang yang boleh...tiba-tiba di lif lagi buat hal..bila boleh berbincang masuk lift then keluar balik..adui
senyum walaupun huru hara pagi tadi
Apa-apapun..syukur sempat punch..on time 7.30am.... al kisah MV hari ni..takpe kita senyum saja...insyaallah hari ni pasti berjalan lebih baik...
Read More

Masalah

7:30 AM
Masalah
Inilah dia kakak cantik hahaha
Assalammualaikum....


Hidup kalau ada masalah itu biasa..
Hidup tanpa ada masalah itu luar biasa!! Masalah itu tetap masalah...dari kita saja..macam mana kita menangani masalah kita.. Senyum ...jangan biarkan masalah menguasai kita...


  1. Cuba letak picture kakak cantik tu kat sini...nak tengok kikiki
    ReplyDelete
  2. kakak cantik tunjuklah sikit gambar.. hehehe..
    bebudak nie jujur MV..
    ReplyDelete
**psstt tempek gambar kakak cantik..cantik ker???haha,,,so untuk ELih dan Sha....korang rasa cantikkah???haha bye
Read More