Alhamdulillah wani berjaya menamatkan sesi persekolahanya selama 2 tahun di #tabikakemas akhirnya Hari ni sesi konvokesyen wani
MV Cuti Hari ni untuk temankan wani Konvo bersama syamimi.. Tahniah wani DAPAT tempat kedua dalam kelas..teruskan Lagi usaha di Masa Akan datang
Gembira tengok wani seronok menerima sijil Dan piala tadi.mv belikn Dia bunga yang Ada patung pikachu..itu permintaan wani
Ni pula gambar yang diambil disekolah.. Comel jer.. Kat bawah pula gmbar dengan kawan Dan cikgu.. Kurang seorg dalam gambar ni Sebab kawan wani tak hadir
Semoga wani teruskan kecemerlangan ...lepas ni Dia mesti rindukan cikgu Dan kawan2nya
Aidil Aziz.. Mv suka lakonannya dalam drama saiful Nita, Lara terindah.. Baru baru ni Ada check keyword nuffnang..
Pelakon saiful Nita dihukum gntung.. Tapi Masa tu Mv abaikn jer... Tapi bila malam ni terbaca satu link di fb..
oh my god.. Aidil Aziz ditangkap Kerana kesalahan menanam ganja Dan mengedar..seriously KALAU Dia penagih Mungkin kita ble Terima.. Tapi ni siap tanam..berkomplot merosakkan anak bangsa..
Sebagai artis ptutnya tunjuklah Yg BAIK BAIK.. Patut juga ORANG BILANG.. Jangan suka ikut gaya artis.. Bla Bla Bla.. Klo gaya bgini Nda perlu lah diikut.
Sayang bakat lakonannya cukup BAIK Tapi langkahnya Salah.. Huhu ..siapa2 yang tau pasal kes ni? Betulkh aidil Akan dihukum gantung?
Akhirnya habis juga Mv membaca novel wajah seiras cinta TULISAN Salina salleh..hadiah dari blogger Sha ...
Novel terbitan alaf 21 Hasil TULISAN penulis Dari brunei darussalam..
Mengesahkan tentang Jamal, halimatul, Alim tiga kawan yang mengusahakan utama production.. Yang mana Jamal dengan projek "jejak misteri" yang ditolak ideanya oleh halimatul yang lebih mahukn Cerita fakta bukan dongeng..
Sehingga lah halimatul mula diganggu Oleh mimpi mengenai watak2 Yg Ada dlam skrip Jamal.. Diganggu Oleh awang (jin kufur) yang menjelma sebagai Jamal hnya Kerana mengganggap halimatul itu puteri seri kenanga..
Novel ni menceritakan mengenai 2 Alam iaitu Alam Bunian Dan Alam kita.. Jamal Alim Dan atul terperangkap di Alam Bunian hnya Kerana wajah seiras cinta
Ketaksuban Jamal mengundang Bahaya ..mengiyakan yang kononnya dia di Untak(watak dalam skripnya) yang mana jg merupakan musuh ketat awang.
Awang ,untak ,matanah, puteri seri kenanga, Nujum, Dayang utama apalah watak jin yang Berasal Dari pengkalan ipah.. Teruna si Ketua jin Dan dayang utama Adalah 2 jin yang Memeluk islam..
Kejadian Jamal, Alim, atul, shidi terperangkap d Alam Bunian sehingga menyebabkan gangguan di dunia nyata..
Apabila Iblis Tidak mahu melepaskan mereka ..gangguan Dari matanah menyebabkan keadaan Pelik berlaku d hospital..
Pengakhiran yang penuh misteri. Jamal hilng ingatan.. Hnya mengingati pengkalan ipa.. Atul ,khadijah, dyg utama masing2 mencintai Alim
Kisah misteri hnya beberapa detik di Waktu menjelang Pagi d hospital meninggalkan pertanyaan yang misteri..
**bagi Mv novel ni Memang patut Korang baca.. Ianya Sarat dengan nasihat dan pengetahuan Agama
Dimana novel ini juga Ada mengangkat mengenai org kita yg lebih percayakan Bomoh.kisah kehidupan ORANG yang bekecimpung dengan dunia perfileman
Kisah cinta Dan persahabatan.. Kisah Alam mistik..
Awak sangat nakal drama yang menggantikan suri hati Mr.Pilot yang akan start malam ni di astro ria dan ria hd jam 10.00 malam..setiap isnin hingga khamis...
MV tertarik dengan watak ayda jebat..kalau nak follow drama ni memang x dapat lah..so kita dalam misi mencari novel ni dekat popular hihi
Bila baca sinopsis dari novel ni,terus makin laju betul mau membeli ni novel..harap2 dapat lah...
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”
Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”