All About Love

Tuesday, November 1, 2016

Keyword Minggu Lepas (24-10-2016-30-10-2016)

7:00 AM
Keyword Minggu Lepas (24-10-2016-30-10-2016)


Assalammualaikum....

Hari ni share sikit carian blog sepanjang minggu lepas...Antaranya :-

  1. Kak rose nude (aisy sapa lah yang cari begini ni... ni mesti pasal entry ni  apa-apapun sekarang bahaya..kena awasi anak-anak bila tengah melayari internet)
  2. terung masak merah . Ni korang boleh lah try Mv ada share resepi kat SINI
  3. Kejadian Kota Marudu . Yang ni mesti pasal kemalangan baru-baru yang melibatkan 4 buah kenderaan dan menyebabkan 8 kematian.
  4. akta kebangkrapan 2017 
  5. epilog cinta khirana - ni drama yang pernah MV update di SINI
  6. tudung aidijuma oktober 2016 - mungkin sebab selalu update pasa tudung aj..so bila org cari blog MV yang kuar
  7. dunia penuh dengan  lakonan  Entry INI
  8. Contoh banner family day
  9. gambar happy deepavali..
alhamdulillah walau tak banyak carian sekurang-kurangnya ada juga...hihi


Read More

Monday, October 31, 2016

First time tinggalkan syamimi

11:18 AM
First time  tinggalkan syamimi
Assalammualaikum

Jumaat 28.10.2016 MV ada kursus team building  di usukan cove kota Belud Sabah. Setelah 4 tahun kembali semula ke tempat ni untuk tujuan yang sama iaitu team building. Ingat lagi INI INI INI dan ini . Itu pada tahun 2012.

Kali ni 2016 buat pertama kalinya  tinggalkan syamimi tidur malam. Syamimi masih BF so memang dia kalau malam akan tunggu mv baru dia tidur.kalau MV kerja lewat malam pun selalu dia tunggu kali ni dia kena tidur tanpa mama.. Alhamdulillah syamimi berjaya melalui harinya tanpa Mama..walaupun balik2 cari mama....


gambar yang dikirim oleh suami...bedikarinya adik
Kat bawah sedikit gambar aktiviti masa hari pertama...

pertandingan menara dari cup polystyrene
Ni team MV...kumpulan 4 yang menang tempat kedua keseluruhan.Team ni kuat sebab Big Bos and second Bos dalam same team....
Tengah ready untuk game 
Read More

Sambutan Hari Kanak-Kanak

9:35 AM
Sambutan Hari Kanak-Kanak

Assalammualaikum..
menang pertandingan pakaian beragam 
Kisah sambutan hari kanak-kanak di sekolah rendah haikalayu 26.10.2016 yang lepas..sekolah haikalayu memang aktif buat sambutan di sekolah.Kali ni sambutan hari kanak-kanak...
minta makeover
Ada pertandingan persembahan nyayian setiap kelas dan ada juga pertandingan secara solo iaitu pertandingan pakaian beragam bertemakan "pekerjaan". Kakak Ayu memilih untuk menjadi cikgu dan abang sebagai pemain bola.

Kebetulan memang banyak jersi yang Mv beli untuk abang haikal. Kakak ayu siap pinjam name taq,handbag,shawl mama untuk pertandingan tue. Tak cukup tue siap minta makeup lagi. Oh ya masa ni MV pergi lawatan bersama syamimi dan wani..

cikgu vs Pemain bola
Kebetulan balik awal..jadi sempat singgah tengok sambutan ni..sampai jer...ada penyampaian hadiah.Tak sangka abang menang pertandingan pakaian beragam. menang nombor satu.Tahniah..Happy dia..dan adik2 pun happy sebab abang dapat hampers...

Bergotong royong makan hampers.hihi...
Read More

Thursday, October 27, 2016

Lawatan Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS

1:40 PM
Lawatan Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS
Assalammualaikum...


Semalam Mv bercuti iring wani dan mimi mengikuti rombongan lawatan sekolah mereka di MUzium Negeri Sabah. Kami ikut bas yang sudah disediakan. bawa diri jer sebenarnya ni.Sebab makan minum anak-anak disediakan oleh pihak sekolah.


Ini kali kedua wani ke muzium.Dulu tahun 2011 pernah bawa dia tapi masa tue kecik lagi.Buat syamimi this is first time. Mimi excited juga lah tidak sabar sabar mau pegi muzium ...dari hari isnin lagi balik balik tanya..mama kita pegi muzium kan 

siap dia ingat pesanan teacher dia"mama esok adik pakai baju sekolah" baju sekolah maksudnya baju sukan yang dorang kena bagi ... siap bangun awal dia masa hari lawatan..selalunya payah betul mau di kasi bangun 


cerita pasal lawatan..mula-mula jer wani ni excited..siap baca semua apa yang dia nampak ...tapi lama-lama dia bosan...dia cakap "boring eh di sini ni" "napa juga tulang saja yang ada dalam ni"

hahaha....wani oh wani..namanya pun muzium...muzium negeri sabah ni.tengah renovation..sebab tue ada bahagian yang tak ble di tengok. cuma dia agak teruja di jambatan gantung jer...dia jalan siap mau nangis...

Syamimi pula ...sepanjang dalam muzium asyik berdukung saja...dan ada satu kegeraman bila semua gambar dia buat muka spoil..hahaha... lalu di jambatan gantung pun berdukung...suru jalan dia jawab" nda mau nanti jatuh mati " hahaha...

adik kalau mama jatuh adik pun jatuh juga ...berat juga mau dukung dia...masa jalan2 tengok rumah-rumah suku kaum Sabah.Kami singgah di rumah Bisaya..kebetulan teacher dia ada... masa kami turun dari sana mimi cakap "mama ni rumah teacher emy kan"...

masa dengar dia cakap MV ketawa..nasib jak tak jatuh dari tangga ...sudahlah dukung dia...patutlah dia tengok jer dalam rumah tue then tengok cikgunya...hahaha...mungkin sebab sebelum kami sampai cikgu dia sana sudah..duduk di beranda...
Read More

Wednesday, October 26, 2016

Wordless Wednesday #Makeover Syamimi#

1:00 PM
Wordless Wednesday #Makeover Syamimi#


Assalammualaikum...

Masa ni dia tak sihat..tak still mau main make up...

(**hari ni MV cuti ..ada lawatan tabika /taska syamimi dan wani)
Read More

Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman

7:00 AM
Review Novel Jangan Goda Aku-Zura Rahman


Assalammualaikum...

akhirnya habis juga baca novel jangan goda aku tulisan zura rahman. Lyn Jasmine & Shen(hussien)...dua watak yang diolah dengan baik oleh penulis. Jalan cerita yang menarik..ada sedih suka lucu..saspen.

Yang paling penting novel ni mengarapkan kisah konflik keluarga.Hubungan shen dan ayahnya. Cara hidup yang terlalu bebas.Menceritakan sikit mengenai diet atkins dan tips berpakaian.

Memang sangat menarik novel ni...Sedikit sinopsis dari MV...

Lyn Jasmine seorang gadis yang mengalami kenaikan berat badan dan sering dilukai dalam percintaan bertemu dengan Shen yang merupakan bos baru di tempat kerjanya. Shen seorang anak orang kaya yang cukup "perfect" sebagai Prince charming lyn jasmine.

Namun Shen yang sering bertukar teman wanita membuatkan Lyn Jasmine kurang senang dengan bos baru nya itu. Apatah lagi dengan size badan lyn jasmine.Dia meras arendah diri.Tambahan pula Shen sebagai bos pada awalnya suka membuli Lyn.

Oleh kerana Lyn ditegur badannya makin besar maka dia mengambil keputusan untuk mengamalkan diet atkins. Kekecewaan dia terhadap Azman juga sedikit sebanyak buat dia tertekan.

Diet Lyn menjadi dan beratnya menurun..Pada masa yang sama sebenarnya Shen tertarik dengan Lyn dan meluahkan rasa cintanya tapi ditolak oleh Lyn kerana dia beranggapan Shen hanya ingin mempermainkannya.

Kemalangan yang dialami Shen ..Kematian Megat ,,,membuatkan Shen mendekatkan diri kepada ajaran agama.Dia mula meninggalkan kelab malam. Akhirnya Lyn setuju menerima Shen..

Namun dek kerana salah faham Lyn Terhadap Hana dan shen .Membuatkan dia menerima lamaran dari orang yang tak dikenali.Hanya kerana ingin melupakan Shen.

Tapi akhirnya perkahwinan antara mereka berdua berlangsung jua. Rupanya lamaran yang diterimanya adalah dari Keluarga SHen..

Nak tau lanjut kena baca,...Serius memang best.Cuma Ambil masa yang lama sebab ..kekangan masa.bila nak baca ada jer yang kacau...hihi  

Read More

Tuesday, October 25, 2016

#PRAYHSAJB

11:37 AM
#PRAYHSAJB
Assalammualaikum...
(sumber Peon JB )
Kejadian Kebakaran dilaporkan berlaku di Blok wad pe sakit luar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada kira-kira jam 8.17am pagi tadi.

Punca dan kerosakan masih di siasat. Api telah berjaya di kawal . Laporan penuh akan dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Hospital pada petang nanti.

sumber Tyha Sarkawi
Semoga tiada yg cedera serius baik pesakit, pelawat atau kakitangan hospital.(sumber Peon JB )
(sumber Peon JB )

Assalammualaikum...

#PRAYHSAJB MV terbaca di whatsapp mengenai kebakaran di wad icu dan labour room Hospital Sultanah Aminah, semoga semua di dalam lindungan Allah. Sama2 kita doakan keselamatan pesakit dan kakitangan  Hospital Sultanah Aminah. Amin


Read More