All About Love

Tuesday, July 12, 2016

Cerita 1 Syawal

9:03 AM
Cerita 1 Syawal

Assalammualaikum...

Raya pertama At Kg Lohan Ranau Sabah
Salam 7 syawal... hari ni kita cerita 1 syawal...kira macam throwback lah..seperti biasa ..seperti tahun sebelumnya...raya pertama MV dan keluarga distinasinya ialah Kampung Lohan Ranau Sabah.

Kami balik kampung hari isnin 4.07.2016..sebab suami cuti 5.07.2016...ni lah ni kalau makan gaji...walaupun orang bilang sekejap jak di kampung sekurang-kurangnya balik juga kan dari tiada,,,,

Tahun ni agak meriah sikit rumah mertua MV sebab anak sulung aka abang ipar sulung MV balik beraya di Sabah...setelah hampir 4 tahun dia beraya di perantauan....abang ipar MV ni wife dia orang kedah...ada 2 orang anak...

Seperti kebiasaannya juga..raya pertama rumah mertua ni memang akan buat open house..tapi bagi MV bukan macam open house tapi memang dah terbiasa...raya pertama akan masak untuk tetamu....macam masak kenduri gitu..dulu mula2 kawen hairan juga sekarang dah terbiasa...

MEnu kami raya pertama haritu rendang daging,ayam goreng,ayam kicap,terung masak merah,ketupat,kuah kacang,(**nenas tumis with lada putih,bilis,tomato)... MV tolong masak 4 jenis jer kuah kacang,rendang,ayam goreng dan terung...

Menu tambahan sebab lauk habis peria,ayam kari..ni untuk malam...peria mak mertua masak..ayam kari suami MV dan abang ipar yang masak....

Family kecik kami...
Raya kali ada pertambahan ahli keluarga untuk sebelah suami...ada cucu baru ....so cucu mertua sudah 9 orang...4 perempuan 5 lelaki...Abang ipar yang sulung 2 orang(lelaki),abang ipar yang kedua 3 orang(2 lelaki,1 perempuan)...Suami 4 orang (1 lelaki 3 perempuan)

suami MV ni adik beradik 3 orang semuanya lelaki....dan keluarga ni akan bertambah besar nanti....tema raya pertama kami ..Merah/marron & Pink...suami MV memang x berapa suka berbaju melayu...syamimi pula sepatutnya berbaju dress merah..tapi dia pakai baju poli di raya pertama..sebab dia bilang mau pink macam mama...

So tema raya kami kira berbelang2...last sedondon masa 2011..takpa lah kan janji raya....opps panjang pula ni entry ...see u next entry 
Read More

Monday, July 11, 2016

Entry Yang Tak Terpublish

4:38 PM
Entry Yang Tak Terpublish
Assalammualaikum..
majlis berbuka puasa sekolah agama kakak & abang 
entry ni tak terpublish..haha...tak tau mana salah nya ...sebab taip thru hp...lepas tue MV pula tak check dah publish ker tak...entry ni sepatutnya publish pada 05.07.2016...kiranya sehari sebelum raya....

kiranya nak ucapkan selamat hari raya dan nak bagitau yang tahun ni MV berpuasa penuh yeahhhh....HaikalAyuWani pun berpuasa penuh juga....abang haikal hari ni start tanya bila nak puasa 6...(**entry ni terpaksa di ubah ayatnya memandangkan ayat sebelum ni dah tak boleh pakai)..hihi....

ni lah ni kalau menaip mamai2..lepas publish nda tengok lagi...sekali perasan pun masa raya ke4 sudah haha...jadi entry ni ..untuk raya ke6

ucapan raya dari Kami sekeluarga
Read More

Penyebab jerawat

9:29 AM
Penyebab jerawat

Assalammualaikum...

Screenshoot dari IG
Salam 6 syawal...hari ni mula bekerja...tak cuti lama sebab anak2 dah naik sekolah ..mood masih mau beraya..rindu kampung..mau balik beaufort lagi..nda puas sebenarnya..banyak lagi rumah yang belum terziarah....

HAri ni MV mulakan entry setelah 7 hari tanpa entry di blog..Penyebab jerawat....kenapa??sebab MV tengah alaminya...jerawat kat dagu....masa bulan puasa haritu kurang minum air..so jerwat ni tak sporting,,,

Makanya MV beraya dengan muka yang sweet dengan jerawat hahaha...Selamat hari raya semua...Tak terlambat rasanya kan...gambar raya ....nanti MV update....
Read More

Saturday, July 2, 2016

9 tips Whatsapp

8:00 AM
9 tips Whatsapp
Assalammualaikumm




**mungkin ada yang sudah tau..tapi mungkin ada juga yang tak tau..so MV kongsikan dari terbitan Majalah PC Jun 2016 untuk kamu semua

Read More

Friday, July 1, 2016

Kad Raya Dari Sha

7:30 AM
Kad Raya Dari Sha
Assalammualaikum...
Terima kasih sha

MV terima kad raya dari blogger SHA...terkejut sebenarnya...terima kasih sha...ni kira kad raya kedua tahun ni...

comel jer kadnya
MV ada juga ke kedai tapi mcm kad raya x banyak dijual....teringat pula zaman sekolah..siapa dapat kad raya yang paling banyak means dia ramai peminat..hahaha..rindu pula saat2 itu....

Kad raya siap gantung di dinding rumah...rumah siapa paling banyak kad raya dia menang hahaha....
Read More

Thursday, June 30, 2016

Sabah Catat 3 Kematian Wabak Difteria

9:30 AM
Sabah Catat 3 Kematian Wabak Difteria
Assalammualaikum...

PAgi tadi dalam perjalanan ke pejabat ..dengar berita kat radio Hot Fm...Pastinya mengenai Wabak Difteria.. Setakat ini wabak difteria mencatatkan 5 kematian di Malaysia. Satu di Kedah dan melaka,Manakala 3 lagi di Sabah.

3 Kematian di Sabah....4 kes difteria di sahkan dan mencatatkan 3 kematian.Ya Allah lindungi Lah anak2 kami daripada penyakit ini.Amin.

sekiranya anak-anak mengalami tanda2 difteria :-

• Sakit tekak
• Demam panas
• Batuk 
• Sukar menelan
• Sukar bernafas 
• Sakit Kepala
• Keletihan 
• Bengkak kelenjar leher 
• Lendir hidung berbau dan 
   bercampur darah

Bawalah anak anda ke klinik dengan kadar segera
Read More