All About Love: rendang daging
Showing posts with label rendang daging. Show all posts
Showing posts with label rendang daging. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Cerita 1 Syawal

9:03 AM
Cerita 1 Syawal

Assalammualaikum...

Raya pertama At Kg Lohan Ranau Sabah
Salam 7 syawal... hari ni kita cerita 1 syawal...kira macam throwback lah..seperti biasa ..seperti tahun sebelumnya...raya pertama MV dan keluarga distinasinya ialah Kampung Lohan Ranau Sabah.

Kami balik kampung hari isnin 4.07.2016..sebab suami cuti 5.07.2016...ni lah ni kalau makan gaji...walaupun orang bilang sekejap jak di kampung sekurang-kurangnya balik juga kan dari tiada,,,,

Tahun ni agak meriah sikit rumah mertua MV sebab anak sulung aka abang ipar sulung MV balik beraya di Sabah...setelah hampir 4 tahun dia beraya di perantauan....abang ipar MV ni wife dia orang kedah...ada 2 orang anak...

Seperti kebiasaannya juga..raya pertama rumah mertua ni memang akan buat open house..tapi bagi MV bukan macam open house tapi memang dah terbiasa...raya pertama akan masak untuk tetamu....macam masak kenduri gitu..dulu mula2 kawen hairan juga sekarang dah terbiasa...

MEnu kami raya pertama haritu rendang daging,ayam goreng,ayam kicap,terung masak merah,ketupat,kuah kacang,(**nenas tumis with lada putih,bilis,tomato)... MV tolong masak 4 jenis jer kuah kacang,rendang,ayam goreng dan terung...

Menu tambahan sebab lauk habis peria,ayam kari..ni untuk malam...peria mak mertua masak..ayam kari suami MV dan abang ipar yang masak....

Family kecik kami...
Raya kali ada pertambahan ahli keluarga untuk sebelah suami...ada cucu baru ....so cucu mertua sudah 9 orang...4 perempuan 5 lelaki...Abang ipar yang sulung 2 orang(lelaki),abang ipar yang kedua 3 orang(2 lelaki,1 perempuan)...Suami 4 orang (1 lelaki 3 perempuan)

suami MV ni adik beradik 3 orang semuanya lelaki....dan keluarga ni akan bertambah besar nanti....tema raya pertama kami ..Merah/marron & Pink...suami MV memang x berapa suka berbaju melayu...syamimi pula sepatutnya berbaju dress merah..tapi dia pakai baju poli di raya pertama..sebab dia bilang mau pink macam mama...

So tema raya kami kira berbelang2...last sedondon masa 2011..takpa lah kan janji raya....opps panjang pula ni entry ...see u next entry 
Read More