All About Love

Monday, March 28, 2016

Kung fu Panda 3

8:47 AM
Kung fu  Panda 3



Assalammualaikum....

sumber google
Kung Fu Panda 3....akhirnya tercapai juga hajat anak2 mau tengok movie di panggung...mula-mula dorang mau tengok boboi...tapi tak jadi...nak tengok zootopia paling awal pun jam 2.40....so kami buat  keputusan tengok Kunfu Panda 3 sebab tayangan paling dekat....jam 11.50am...

Kenapa?sebab kami ada member paling kecik yang kuat meragam....takut dia mengamuk lama2 kat satu tempat...lagipun syamimi pilih Kung fu Panda...so abang kakak mengalah lah....sayang abang kakak....

Muka happy lepas tengok movie
Cerita Kung Fu Panda ni MV bagi 4 bintang...memang best....walau hanya cerita animasi yang jadi keminatan kanak-kanak..MV rasa ia ada mesej yang tersendiri....Ni sinopsis dari MV

PO telah bertemu semula dengan ayah kandungnya.Dalam masa yang sama Jeneral Kai telah kembali ke Dunia dari alam roh dengan merampas Chi semua pahlawan termasuk master oogway(penyu)...Po Sebagai Pahlawan Naga adalah orang yang akan menghalang Jeneral Kai...tapi untuk itu dia kena belajar cara keluarkan chi(**hahaha tak reti nak terangkan)

Po mengikut bapanya ke perkampungan Panda kerana bapanya berjanji akan ajar PO tentang Chi..di sana dia mula belajar tentang kehidupan seorang Panda...dan pada masa yang sama Jeneral Kai mula menyerang Istana(**lupa nama istana tue) dan mengambil chi semua kawan2 Po...

Kawan Po iaitu Tiger datang dan memberitahu yang Jeneral Kai akan menyerang perkampungan Pandan dan akan mengambil semua CHi panda2 yang ada..masa inilah baru bapa PO cakap yang dia x tau macam mana nak cara PO pasal Chi..

Akhirnya PO melatih semua Panda Untuk menentang Jeneral Kai,tiba hari yang dinantikan semua panda menjalankan tugas  dengan baik tapi jeneral terlalu kuat...Po buat keputusan menghantar dirinya sendiri dan Jeneral Kai ke alam Roh semula....

Bapa PO akhirnya teringat dan cuba mengajar semua panda untuk membuat CHI...dan akhirnya mereka berjaya...PO menjadi Pahlawan Chi yang kuat dan mengalahkan Jeneral kai...

Semua pahlawan yang di ambil chi mereka bebas semula..yeahhhhh..habis...

Begitulah sedikit sinopsis dari MV.....terima kasih anak2 Mama & Babah sebab semuanya dengar kata...next time kita pergi tengok lagi k
Read More

Friday, March 25, 2016

Jom Amalkan Surah 3 qul

4:30 PM
Jom Amalkan Surah 3 qul
Assalammualaikum...


sumber google
Amalkan surah 3 qul ni sebelum tidur untuk Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan serta Terhindar dari segala perkara yang buruk
Read More

Wani New Look

8:00 AM
Wani New Look

Assalammualaikum...

abaikan mama yang over tue ya
Hari ni kira dah masuk seminggu wani bercermin mata....alhamdulillah..bila dia sudah bercermin mata ni..dia sudah ada mood mau belajar...dia cakap semua yang dia nampak skg jelas..nda sudah kabur....kalau sebelum ni..MV suruh membaca ker mengeja dia mesti akan blur....

tapi skg dia sudah boleh membaca dan mengeja..walaupun yang 2 suku kata..macam saya rabu suka cili....isnin selasa...makan....cuma kena banyak belajar lagi
cermin mata hospital RM70.00
cermin mata yang wani pun ni MV buat di hospital..Murah sikit...just RM70.00 kalau buat di luar mau 2++ juga ni...comel jer wani pakai cermin mata..tapi dia down sebab kawan2 ejek dia..cakap nenek tua...mata buta..huhu...

redha jak lah yan wani..janji wani nampak apa yang mo belajar
Read More

Thursday, March 24, 2016

Tandas

7:30 AM
Tandas
tandas yang rosak kunci
Assalammualaikum...

Tandas....hari ni kita stroy pasal tandas.Kenapa?Sebab tandas antara yang selalu kita cari kan..nak buang air  besar dan kecil.Kalau MV tandas rumah sendiri adalah yang paling selesa walaupun bukan first class macam tandas hotel.

Kenapa tiba2 hari ni cerita pasal tandas,,,,,Ingat lagi tak entry ini  MV ada mention pasal tandas yang sangat kotor kan...dan kali ni...MV ke sana sekali lagi sebab Abang haikal demam...ni cerita masa cuti sekolah haritu...

oleh kerana terlalu lama menunggu...dalam 3 jam..sebab masa tue bawa mimi pegi x-ray...keputusan lambat sgt keluar...jadi MV nak terkucil sangat2..pergi lah tandas...ok 5 bintang..kali ni tandas semua bersih....

Yeahhh boleh lah membuang air dengan selesa...tapi yang mengecewakan apabila kesemua pintu tandas yang ada tak boleh kunci...semua rosak....bukan satu tandas tapi semua....masa ni memang tak fikir panjang nak tak nak kena buang juga...sebab dah tak tahan....

Doa dalam hati..jangan lah ada yang tendang....dan doa dimakbulkan...bukan menyalahkan pihak hospital ..ianya juga mungkin berpunca dari pesakit2 yang datang..tapikan..tandas perempuan kot tue,,,,tak selamat okey...sudahlah gelap lorong depan tue....

Jangan nanti ada kes lain yang jadi.huhu....bukan hanya mention tandas yang MV pergi ni..tapi begitu juga tandas2 lain..macam tandas restoran...station minyak....macam tandas restoran luar restoran cantik tapi dalam tandas mak ai kotor...

Bukan lah mau cakap MV ni pembersih ...tapi sekurang2nya....buatlah sesuatu supaya taklah tandas di Malaysia ni dicop tandas paling kotor...kan kan kan..sekian omelan hari ni
Read More

Wednesday, March 23, 2016

Karangan Keluarga Saya

1:00 PM
Karangan Keluarga Saya
abaikan tulisan dia yang cantik tue
Assalammualaikum....

Ni lah satu-satunya yang si kakak AYu suka buat bila dapat jumpa kertas ...ni karangan pasal keluarga saya.Macam biodata pun ada juga MV tengok ...Tapi sekurang2nya dia mula ada minat nak buat karangan itu bagus...

Paling win bila baca hobi mama ialah baca novel....kikiki....memang kaki novel..kadang bila weekend anak2 buat homework mama ni akan join sekali..tapi mama baca novel jer...sekurang2nya MV boleh pupuk budaya membaca dikalangan anak MV...

Hobi abah dia,,,buat kereta hahaha...ni memang mau gelak...abah dia memang selalu buat kereta sendri,,,apatah lagi sekarang berjinak2 dengan bisnes jual beli kereta,,so kalau ada kerosakan memang dia buat sendiri...tak hantar bengkel...suami MV ni memang budak automotif....

Mungkin sebab asyik tengok babah buat kereta ,,terus jadi hobi hahaha...oklah tu kakak...sekurang2 nya babah ada di rumah..jangan hobi lain...susah nanti kita...kikiki....sudahlah babah tue handsome(hahaha buli puji laki sendri)

Bab bangsa pun pandainya dia..tau jak dia mamanya Cina bisaya...dorang semua bangsa Dusun....tapi selalu juga orang tanya kenapa muka kamu mcm cina?senang jak jawapan dorang..Sebab Mama Saya orang cina.....(**terus kawan dia blur...aik cina mana ada sekolah agama...hahaha)

Read More

10 Bas Sekolah Yang Budak-budak Pasti suka Naik

7:30 AM
10 Bas Sekolah Yang Budak-budak Pasti suka Naik


Assalammualaikum..


Sumber dari Oh Bulan!
Mv pinjam dari facebook oh bulan!..see kalau sapa2 ada masalah anak tak mau pegi sekolah...confirm masalah tue selesai kalau ada bas macam ni di Malaysia..budak2 mesti excited nak pergi sekolah...
Sumber dari Oh Bulan!
Sumber dari Oh Bulan!
jangan cakap budak..MV yang Mak budak ni pun excited tengok...silap2 semua orang naik naik bas ni pergi kerja,,,hahahaha
Sumber dari Oh Bulan!
best kan kat jepun....sampai macam ni sekali dorang buat....untungnya jadi budak2 kat jepun..sekolah dia pun best..sebab ada tengok dokumentari pasal sekolah dorang...memang terbaik...
Sumber dari Oh Bulan!

Sumber dari Oh Bulan!

Sumber dari Oh Bulan!
nak makan..murid2 kena sama2 buat kerja...lepas makan sama2 bersihkan sisa makanan...masa rehat pun memang mencukupi....

Sumber dari Oh Bulan!

Sumber dari Oh Bulan!

Sumber dari Oh Bulan!

bukan tak bersyukur jadi rakyat Malaysia..sekali sekala tengok cara di negara orang x salah rasanya
Read More

Tuesday, March 22, 2016

Kegunaan Garam

1:00 PM
Kegunaan Garam
Assalammualaikum....


Mv Kongsikan sedikit info mengenai kegunaan garam yang MV share bersama kamu semua.Sumber facebook kenalan MV Fasha Namanya...dia memang suka berkongsi info macam ni.....

Ni antara kegunaan garam...



1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.
2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
4. Mengubat Gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.
7. Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam para 10.
13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Read More