All About Love

Tuesday, March 15, 2016

Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza

1:30 PM
Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza
abaikan tangan yang x comel tue ya
Assalammualaikum....

Sinopsis Dari Belakang Novel 

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Itu sinopsis dari belakang novel...ni pula sedikit perkongsian dari MV...
Irdina seorang gadis yang degil..lepas cakap & suka melawan...Tengku Irfan pula seorang jejaka yang takda perasan...dibelengu dengan rasa dendam dan marah akibat kemalangan yang menyebabkan tangan kanannya cacat...

Irdina pernah memarahi Tengku Irfan  dan kebetulan Tengku Irfan adalah bos barunya..>Dia menjadi PA kepada seorang Lelaki Kerek..namun lama kelamaan rasa benci kedua2nya bertukar sayang....

Namun ayah tengku irfan tak menyenangi Irdina..kerana baginya irdina cuai dalam menjalankan tugas..apabila irdina telah meyebabkan tengku irfan hampir lemas & ditikam ...dikala rasa cinta sudah mula berputik muncul Imelda kekasih lama  Tengku irfan yang akan dikahwinkan dengannya atas keputusan tengku Iqbal(ayahnya)

Irdina membawa hati ke Perak atas bantuan Naufal(kawan baik Tengku Irfan)...selama setahun Tengku Irfan cuba menghubungi irdina namun gagal...dia dibelengu rasa bersalah kerana terkasar(menampar irdina) hanya kerana irdina mahu Tengku irfan merawat tangan kanannya....

Selama setahun itu juga naufal cuba memikat hati irdina namun gagal.Jodoh akhirnya Tengku Irfan menyuarakan hasrat hati melamar Irdina..mulanya dia tak mau menerima kerana Irdina adalah gadis yang menyebabkan kemalangan yang menimpa Tengku Irfan...

Perkahwinan yang diimpikan bukan lah satu kebahagiaan ....Tengku Irfan tahu yang irdina adalah gadis yang dia dendamkan..perkahwinan tersebut di teruskan dengan syarat dan perjanjian....selama 6 bulan sahaja mereka berkahwin dan selepas itu Tengku Irfan akan berkahwin dengan Imelda...

Namun tanpa pengetahuan Tengku Irfan ,,,irdina membuat perjanjian dengan tengku Iqbal...dia hanya memerlukan masa 3 bulan untuk memastikan imelda berkahwin dengan tengku irfan....

Rasa dendam yang ada...namun akhirnya Tengku Irfan mula sedar bahawa irdina adalah wanita yang paling dicintai...namun terlambat apabila irdina melarikan diri genap 3 bulan mereka bersama....

Segalanya terbongkar...rupa2nya Tengku Iqbal adalah orang yang menyebabkan kemalangan yang menimpa tengku irfan...orang suruhan nya tersalah merosakkan brek kereta ...sepatutnya brek kereta imelda & safwan(lelaki yang imelda curang)...namun sebaliknya yang berlaku...

Apabila imelda dapat tahu dia mula mengugut tengku Iqbal...Tengku Iqbal melepaskan segala tuduhan itu kepada Irdina kerana dia tidak mau Tengku Irfan membencinya...dan dia rasa bersalah kepada irdina ,,,tambahan lagi apabila mengetahui yang irdina telah melahirkan anak tengku irfan,iaitu tengku hasif...

Akhirnya mereka kembali bersama,...dan dikurniakan lagi seorang anak perempuan....


Komen MV..cerita agak membosankan pada awalnya..namun bila timbul bibit cinta dan konflik...tanpa sedar membaca dengan titisan air mata...

cuma ada kesalahan nama watak pada penghujung novel ni...MV bagi 4 bintang...

**pergh panjang pula entry ni


Read More

Apa itu Strok Haba Dan Tanda-Tandanya

7:30 AM
Apa itu Strok Haba Dan Tanda-Tandanya
Assalammualaikum...

Pinjam Dari SINI
Mv kongsikan sedikit mengenai Strok Haba...harap dapat membantu semua sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga....banyakkan minum air...dan kurangkan aktiviti luar....
Sumber dari SINI


Bila tengok kumpulan yang paling berisiko iaitu kanak2 berumur 5 tahun ke bawah..MV kena ambil langkah berjaga2...sebab syamimi jenis sensitif...cepat terjangkit selsema....batuk dari orang.....dia kalau cuaca panas memang dia akan rimas...

So kawan2 semua yang ada anak2 kecil...harap entry ni membantu anda semua...
Read More

Monday, March 14, 2016

Jerebu Di Sabah

2:09 PM
Jerebu Di Sabah
Assalammualaikum....


sekadar berkongsi 
Hari ni di kota kinabalu..MV dah bagitau yang keadaan di KK sekarang jerebu...panas jangan ckaplah cuma MV tak rasa sebab duduk dalam ofis..ada penghawa dingin..bayangkan orang yang kerja di luar...huhu


abaikan kegilaan ni...hahaha
dan nampak tak gambar keadaan di luar bangunan pejabat MV....selalu langit tue nampak biru jer...kali ni....nampak kabur ...sebab jerebu.....dan yang merisaukan semalam ada dapat wasap pasal kemungkinan dalam masa 5 hari keadaan di Malaysia akan bertambah panas akibat Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa....

apa2pun kurangkan aktiviti luar....banyakkan minum air...takut nanti kena strok haba macam yang berlaku di Vietnam kalau tak silap...
Read More

10 tahun akan datang

9:52 AM
10 tahun akan datang
Assalammualaikum...

Sumber Facebook
10 tahun akan datang MV dah berumur 41 tahun....wah dah tua hahaha.....suami pula masa ni umur 40 sebab suami MV muda setahun dari MV...masa tue dah tahun 2026...HaikalAyuWaniMimi pun dah semakin membesar 

  1. Haikal 19 tahun 
  2. Ayu 19 tahun 
  3. Wani 16 tahun 
  4. Syamimi 13 Tahun
HaikalAyu dah lepas habis SPM...kalau ada rezeki mungkin masa ni dorang sudah kerja/sedang belajar di Universiti...Wani pula tingkatan 4..syamimi baru melangkah ke alam persekolahan sekolah menengah...

Tak dapat bayangkan mcam mana wajah mereka masa tu...excited pula tiba2...semoga MV diberikan kesihatan yang sempurna untuk menyaksikan detik2 itu.AMin 
Read More

Saturday, March 12, 2016

Replika Ikan Jerung dari Botol @Tanjung Lipat

8:30 AM
Replika Ikan Jerung dari Botol @Tanjung Lipat

Assalammualaikum...
makin sihat my haikalfaiz

semangat dia posing
Kreatif kan...hihi...lama sudah mo pergi akhirnya dapat juga smpi ke tanjung lipat kota kinabalu...macam jauh kan...ni lah ni..kalau sudah weekend..terperap di rumah itu lagi heaven rasanya...dari keluar dengan cuaca yang panas sekarang ni...

sapa pernah pergi sini..angkat tangan?
Read More

Friday, March 11, 2016

Santai Petang

7:30 AM
Santai Petang
Assalammualaikum...


Ini adalah aktiviti santai petang syamimi & wani kalau weekdays....kalau MV tak drive kami akan tunggu Mr Velentine...So masa menunggu tue diisi dengan aktiviti santai budak2 ni....


lari2 setempat....kumpul buah(nda tau buah apa)..then buat macam bowling..paling excited of course lah wani...dulu masa abang kakak sekolah dekat ofis mama ni...dorang senang mau di kawal mungkin sebab dorang sebaya,,,

Syamimi ni...dia jenis tak suka duduk menunggu di ofis..dia lebih suka tunggu diluar..dia boleh main..boleh tengok keliling...samalah juga dengan wani...

Lain anak lain ragamnya..apa2pun ni kira aktiviti pembelajaran dorang lah

Read More

Thursday, March 10, 2016

Keyword Nuffnang Last Week

7:30 AM
Keyword Nuffnang Last Week
Assalammualaikum...

last week punya keyword

Tak banyak tapi nampaknya ada juga orang masuk kat blog sebab cari sesuatu...keyword meletup...meletup lah sangat hahaha.....SMK kota Klias sekolah terbaik STPM 2016... INi entry nya ...tahniah buat ex sekolah dan adik2 calon STPM SMKKK 2016...

ada yang cari pasal keputusan bola....makanan popular di sabah ...replika kapal terbang air asia....MV berbesar hati dapat membantu kamu semua walaupun blog ni taklah sepopular mana...

blog korang mesti lagi mantop kan...
Read More