Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza - All About Love

Tuesday, March 15, 2016

Novel PA Lelaki "KEREK" By Rose Eliza

abaikan tangan yang x comel tue ya
Assalammualaikum....

Sinopsis Dari Belakang Novel 

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Itu sinopsis dari belakang novel...ni pula sedikit perkongsian dari MV...
Irdina seorang gadis yang degil..lepas cakap & suka melawan...Tengku Irfan pula seorang jejaka yang takda perasan...dibelengu dengan rasa dendam dan marah akibat kemalangan yang menyebabkan tangan kanannya cacat...

Irdina pernah memarahi Tengku Irfan  dan kebetulan Tengku Irfan adalah bos barunya..>Dia menjadi PA kepada seorang Lelaki Kerek..namun lama kelamaan rasa benci kedua2nya bertukar sayang....

Namun ayah tengku irfan tak menyenangi Irdina..kerana baginya irdina cuai dalam menjalankan tugas..apabila irdina telah meyebabkan tengku irfan hampir lemas & ditikam ...dikala rasa cinta sudah mula berputik muncul Imelda kekasih lama  Tengku irfan yang akan dikahwinkan dengannya atas keputusan tengku Iqbal(ayahnya)

Irdina membawa hati ke Perak atas bantuan Naufal(kawan baik Tengku Irfan)...selama setahun Tengku Irfan cuba menghubungi irdina namun gagal...dia dibelengu rasa bersalah kerana terkasar(menampar irdina) hanya kerana irdina mahu Tengku irfan merawat tangan kanannya....

Selama setahun itu juga naufal cuba memikat hati irdina namun gagal.Jodoh akhirnya Tengku Irfan menyuarakan hasrat hati melamar Irdina..mulanya dia tak mau menerima kerana Irdina adalah gadis yang menyebabkan kemalangan yang menimpa Tengku Irfan...

Perkahwinan yang diimpikan bukan lah satu kebahagiaan ....Tengku Irfan tahu yang irdina adalah gadis yang dia dendamkan..perkahwinan tersebut di teruskan dengan syarat dan perjanjian....selama 6 bulan sahaja mereka berkahwin dan selepas itu Tengku Irfan akan berkahwin dengan Imelda...

Namun tanpa pengetahuan Tengku Irfan ,,,irdina membuat perjanjian dengan tengku Iqbal...dia hanya memerlukan masa 3 bulan untuk memastikan imelda berkahwin dengan tengku irfan....

Rasa dendam yang ada...namun akhirnya Tengku Irfan mula sedar bahawa irdina adalah wanita yang paling dicintai...namun terlambat apabila irdina melarikan diri genap 3 bulan mereka bersama....

Segalanya terbongkar...rupa2nya Tengku Iqbal adalah orang yang menyebabkan kemalangan yang menimpa tengku irfan...orang suruhan nya tersalah merosakkan brek kereta ...sepatutnya brek kereta imelda & safwan(lelaki yang imelda curang)...namun sebaliknya yang berlaku...

Apabila imelda dapat tahu dia mula mengugut tengku Iqbal...Tengku Iqbal melepaskan segala tuduhan itu kepada Irdina kerana dia tidak mau Tengku Irfan membencinya...dan dia rasa bersalah kepada irdina ,,,tambahan lagi apabila mengetahui yang irdina telah melahirkan anak tengku irfan,iaitu tengku hasif...

Akhirnya mereka kembali bersama,...dan dikurniakan lagi seorang anak perempuan....


Komen MV..cerita agak membosankan pada awalnya..namun bila timbul bibit cinta dan konflik...tanpa sedar membaca dengan titisan air mata...

cuma ada kesalahan nama watak pada penghujung novel ni...MV bagi 4 bintang...

**pergh panjang pula entry ni


4 comments:

  1. best...baca sinopsis yang MV beri lebih puas hati..dah boleh bayangkan kisah keseluruhan terutama penderitaan irdina..terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Untungnya dapat layan novel.. Dah lama tinggal dunia novel.. Huhu...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk ulasannya. Maaf jika ada kekurangan dlm novel P.A Lelaki 'Kerek'. :)

    ReplyDelete