All About Love

Friday, October 31, 2014

Adijuma Coffee PINk

11:00 AM
Adijuma Coffee PINk
Assalammulaikum...

Adijuma Coffee Pink
Terjebak dah....kali ni BEradijuma Coffee Pink...comel kan ada cawan2 ada cupcakes...perasaan muda pula kan..padahal tahun ni tahun terakhir menikmat angka 20an...next year dah 30an...wah makin tua sdh sa...

Setakat ni dah ada 5 tudung adijuma...yeah..oklah koleksi...hihi..tudung murah jer..beli pun white label....lagipun tudung ni boleh buat ala shawl..sebab bidang dia besar...apa3pun salam jumaat buat kamu semua 
Read More

Doa Ibu Bapa

7:30 AM
Doa Ibu Bapa
Assalammualaikum...

Doa untuk Kedua Ibu Bapa
Pinjam Google 
Syukur alhamdulillah My Wani Syazwana sudah  pandai baca doa ibu bapa....hari isnin tue dia baca kat parking masa tunggu hubby datang jemput...

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Dia baca sekali ertinya tau...

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil


Seriously tersentuh bila dengar anak MV yang berusia 4 tahun sudah pandai baca doa ibu bapa....syukur...semoga terus belajar ya wani....
Read More

Thursday, October 30, 2014

Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)

11:08 AM
Taufik Batisah - #AwakKatMane (Music Video)
Assalammualaikum...




Lagu ni jadi viral n trending kat twitter....best pula lagu ni...layanzzz
Read More

Pemilik Blog TUrut Kena GST Bermula 1 April 2015

9:55 AM
Pemilik Blog TUrut Kena GST Bermula 1 April 2015
Assalammualaikum..

sumber dari Melvister.com
Alamak pemilik blog pun kena GST....anda seorang blogger...dan menjana pendapatan melalui blog anda...maka bersedialah untuk berhadapan dengan GST pada  1 April 2014..maknanya sape yg ada letak iklan dalam akan kena GST...

So  that means....MV pun kena jugalah...tapi pendapatan MV tak sampai 500 pun setahun....paling 200 jer...hahaha..nampaknya tabung anak2 akan kurang 6% dek GST....terima kasih lah yea...

GST oh GST....
Read More

Wednesday, October 29, 2014

Sinopsis Novel suamiku encik sotong

3:22 PM
Sinopsis Novel suamiku encik sotong
Assalammualaikum...

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica(redit untuk SINI)


**ni sinopsis versi novel....best kan...ada yg minta sinopsis versi novel tadi...
Read More

Suamiku ENcik Sotong Diadaptasi ke drama

9:30 AM
Suamiku ENcik Sotong Diadaptasi ke drama
Assalammualaikum...
pinjam google
Baru juga hari tu buat entry pasal novel ni....tup2 dah ada adaptasinya....bila dah pernah baca novel mengharapkan dramanya ni kena lah sama mcm kat novel baru best..ada sedihnya...ada lucunya...ada konfliknya.....kan3...


Read More

KAsih Berbisik

7:00 AM
KAsih Berbisik
Assalammualaikum....


Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora? (sumber dari SINI)

tengok cerita ni last week geram dengan imran(remy ishak)...siap cakap dekat hubby lagi..nilah lelaki..ada bini sdh pun mau lagi perempuan lain..hubby selamba jer senyum...nak tengok sambungannya hari ni...nampak menarik pula...

drama ni main tiap rabu..9.00 malam di tv3
Read More