All About Love

Wednesday, October 8, 2014

Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Bapa ke 56 tahun

12:00 AM
Doa Selamat dan Sambutan Hari Jadi Bapa ke 56 tahun

Assalammualaikum

cucu Yap....tapi ada 3 org lagi takde dalam gambar
Ini cerita malam raya aidil adha...MV balik beaufort sambut raya..sebab dah lebih sebulan tak balik kampung....malam raya tue kami buat BBQ dan doa selamat sempena birthday bapa yang ke 56 tahun...
ni dia ustaz muda yg baca doa malam tue 

my dad potong kek
Yang baca doa malam tue adik MV yang bongsu..masa belajar tingkatan 5 di sekolah menengah agama islam pantai manis papar....dia memang niat nak buat doa selamat tue....

kek made by my sister
MV doakan semoga bapa dikurniakan kesihatan yang sempurna...dan dimurahkan rezeki..birthdaynya hari ni tapi kami sambut awal sebab kena hari kerja...nnt tak dapat kumpul....happy birthday bapa...we all love u so much

antara menunya..ayam tak sempat snap

buat majlis keluarga jer

nilah teratak kecil yang membahagiakan kami
Mv harap ikatan kekeluargaan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya,,,,anak2 MV dan sepupu..semoga terus rapatkan silaturahim ini..Insyaallah.AMin

Read More

Tuesday, October 7, 2014

Gambar Family Day PSUPS 2014-Beringgis Resort-

10:10 AM
Gambar Family Day PSUPS 2014-Beringgis Resort-
Assalammualaikum

tiup belon kanak-kanak

excited posing with minion 


yeah dapat blender..

tiup abg jangan tak tiup

wani terlebih excited
suka tengok gambar ni..pandai abng posing

kanak2 ribena with maskot minion

melekat betul dengan minion

siap peluk lagi

suka budak2 tau

tengok kakak siap kejar minion tue

kakak ayu with kakak aimi n tasha
Sebulan sudah berlalu baru terup ni gambar..ni pun ihsan dari unit ICT..kalau tak takdelah sebab MV sibuk hari tue....sebagai Setiausaha kelab mmg tak menang tangan hari tu....

Mv belanja kamu gambar untuk hari ni..hahaha....

Read More

Mafarikha Tolong [ Lirik ] [ OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna ]

9:24 AM
Mafarikha Tolong [ Lirik ] [ OST Maaf Jika Aku Tak Sempurna ]

Assalammualaikum....



Layan lagu ni....alhamdulillah sudah 3 hari bumi Sabah dibasahi air hujan..sejuknya tak terhingga..sehinggakan pagi tadi bawa kereta pun tak nampak jalan....

Syukur atas nikmatnya....tempat korang hujan tak..
Read More

Thursday, October 2, 2014

Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter !!

9:36 AM
Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter !!
Assalammualaikum....

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi 2014.

Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - BERNAMA(Sumber dari Berita Harian)


Terima kasih atas kenaikan ni....positif jer...apa buli buat kan...huhu



Read More

Peneman Mama

7:30 AM
Peneman Mama
Assalammualaikum..
tidur hihi
zoom sikit...nampak tak si comel syamimi
Ini cerita minggu lepas....syamimi teman mama ke ofis 2 hari berturut2...cerita hanya kerana tak cukup susu..hahaha....syamimi kehabisan susu perahan...so bila taska call MV nak pergi hantar,,,

Dijadikan cerita si manja mama yg pintar ni ternampak kelibat mama terus senyum cakap..a mama .....masa tu nak hantar susu jer tapi dia dah teriak aka nangis..so mau tak mau ken abawa juga ke library...

kebetulan MV seorg sebab mmbr ofis ada perbarisan....jadi mmg kena jaga kaunter...syukurlah juga sepanjang dia ikut 2 hari tue dia x meragam...dia just tidur jer...nilah ni syamimi sekejap nda mau susu perahan dalam botol....satu kali dtg mood dia nah ambik setengah hari sdh habis..hihi...

Skg Mv berusaha mengepam susu untuk syamimi...doakan syamimi full BF sampai 1 tahun ya....


Read More