Assalammualaikum...
MAsih ingat kes pelajar tingakatan dua yang mati ditembak oleh polis pada tahun 2010.Koperal Jenain SUbi melepaskan tembakan untuk menhentikan kereta yang dipandu oleh Arwah Aminulrasyid dan menyebabkan kematian.
Dan semalam Koperal Jenain Subi dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kematian pelajar.NAmun keputusan ni nampaknya menyebabkan keluarga mangsa tidak berpuas hati kerana keputusan awal sebelum ni menjatuhkan hukuman penjara selam 5 tahun ke atas Koperal Jenain Subi.
Tetapi selepas Koperal Jenain Subi membuat rayuan,beliau dibebaskan daripada kesalahan itu.Beliau yg ditemui selepas dibebaskan mengalirkan air mata gembira dan bersyukur dengan keputusan beliau dibebaskan drpd tuduhan tersebut.
Beliau juga mahu memohon maaf daripada keluarga arwah Dan berharap dapat kembali bertugas sebagai pegawai polis.Namun pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Makhamah tinggi itu.
Untuk mengetahui lebih lanjut...boleh baca di akhbar Berita Harian M/s6..ataupun baca secara online di Sini..