Kandungan Besar??Pernah lahirkan bayi melebihi 4.5kg??MV dh 3 kali bersalin..Abg haikal(3.0kg)..Kakak Ayu(3.2kg)..& wani(3.1kg)....mereka dikira purata saiz bayi normal iaitu 3.4kg...
Selalu jug akita dengar tentang kes Kandungan besar,,,Alhamdulillah anak2 MV semua berat yg normal..Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan sama ada kandungan kita benar2 besar(Macrosomic) ketika dia masih berada di dalam rahim.hanya selepas lahir berat badan sebenar dpt diputuskan.
Tetapi doktor berupaya mengagak kandungan yang berkemungkinan besar dgn jalankan ujian ultrabunyi.
Faktor menjadi punca kepada masalah bayi besar ialah:
- faktor genetik-jika ibu yang mengandung dulu lahir saiz yg besar maka bayi dikandung berisikoutk bersaiz besar.
- Tahap gula dlm darah yg tak dpt dikawal iaitu diabetes.
- wanita yang berdarah sepanyol
- obesiti,
- BMI yg tinggi diawal kandungan
- Jantina bayi-bayi lelaki lbh berisiko tinggi utk bersaiz besar berbanding perempuan
Risiko hamil bayi besar:
- menyukarkan proses kelahiran
- berisiko tinggi utk menghadapi komplikasi spt perineum koyak@ kehilangan banyak darah.
- bahu bayi tersekat ditulang pubik(shoulder dystocia)-jarang berlaku namun serius
- berkemungkinan caesarean
Kesan selepas kelahiran bayi besar pula ialah shoulder dystocia.bayi mungkin akan melalu beberapa masalah kerana shoulder dystocia mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga memberi kesan kpd saraf lengan & bahu.
Kerosakan saraf berlaku di antra 4% -16& di kalangan bayi yg mengalami shoulder dystocia.Masalah ini lebih cenderung utk berlaku kpd bayi yg memerlukan banyak bantuan saat dia dilahirkan.Walaubagaimanapun,dlm kes tertentu ia juga boleh disebabkan oleh tekanan kontraksi yg terlalu kuat.
Bayi yg x menhalami kerosakan saraf biasanya akan pulih sepenuhnya dgn mejalani rawatan tertentu & tulang selangka yg patah juga boleh sembuh tanpa masalah lain.
Jika anda pernah mengandungkan bayi besar di kehamilan sebelumnya,maka anda berisiko tinggi utk mengalami hal yg sama di kehamilan yg seterusnya.Jadi penjagaan dir semasa mengandung amat penting :
- sentiasa pantau tahap kesihatan
- segera rawat sebarang jenis penyakit yg dihidapi terutamanya kencing manis
- Pemantauan ke atas pembesaran bayi kerap dilakukan
- Pemeriksaan ke atas sebarang kecatatan bayi semasa dlm kandungan perlu dijalankan
- rancanglah bersama doktor utk melalui proses kelahiran yg selamat
MV dpt info ni drpd majalah pa & ma..& MV kongsikan dgn kamu semua...Sharing is caring kan..
Wani Syazwana masa sebulan |