All About Love

Tuesday, May 16, 2017

Ismail Izzani - Sabar

7:36 AM
Ismail Izzani - Sabar

Assalammualaikum...

Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara

Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me
1liriklaguu,blogspot.com
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya…

(**Syamimi dan wani suka lagu ni ,,mama tumpang sekaki )
Read More

Monday, May 15, 2017

Review: Lafazkan Kalimah Cintamu

10:17 AM
Review: Lafazkan Kalimah Cintamu
Assalammualaikum...
No automatic alt text available.
Mv bagi 5 Bintang 
Tengku Aqilah seorang anak yang dahagakan kasih seorang ayah.Seorang adik yang dambakan kasih seorang kakak..dan seorang isteri yang dibenci suaminya sendiri.

Bagaimana seorang anak dibenci oleh ayahnya kerana dituduh menyebabkan kematian ibunya sendiri.Dituduh merampas kekasih hati kakak kandung sendiri.

Membesar tanpa kasih sayang keluarga menjadikan hari Tengku aqilah dingin dan tak berperasaan. Yang mana akhirnya membuatkan hati ayahnya lembut menerima aqilah dalam hidupnya.

Namun bukan semudah itu, dikala dia mengapai bahagia si suami pula berubah...berusaha dia menawan hati suaminya namun tak berjaya..Dikala dia disahkan mengandung dan pada masa yang sama menghidap kanser payudara dia merasakan kisah hidupnya akan seperti arwah ibunya....

Kedinginan layanan dari sang suami dan permintaan si suami..akhirnya 2 berita besar itu disorakkan tanpa pengetahuan Ku Ryan...kehilangan si isteri membuka mata ku Ryan...

Namun semuanya sudah terlambat..isteri yang dibenci kini menghilang dan menderita...Kesudahan yang agak menarik dan saspen bagi MV ...

So korang kena baca ,,,walaupun ni bukan novel baru penulis siti ROsmizah tapi ianya boleh buat anda ketawa marah dan berendam air mata


Start baca 08.05.2017 ...habis pada 14.05.2017


Read More

Saturday, May 13, 2017

Suku akhir kedua piala fa 2017 -Terenganu vs Kedah-

9:12 PM
Suku akhir kedua piala fa 2017 -Terenganu vs Kedah-

Assalammualaikum

Perlawanan Suku akhir kedua piala fa 2017 -Terenganu vs Kedah- hari ni dengan kelebihan 1 gol buat kedah di tempat sendiri..

Dan skg kedah mendapat gol awal di tempat lawan menjadikan aggregat skg memihak kepada kedah (2-0)

Temankan mr velentine layan bola..mv pula sambil2 layan bola layan novel lafazkan kalimah cintamu

Read More

ALL ABOUT MYCHILDREN BORN

7:15 PM

ALL ABOUT MYCHILDREN BORN

Assalammualaikum

ALL ABOUT MYCHILDREN BORN

1. Epidural? - all no
2. Father in the room? - No
3. Induced? - first son
4. Know the sex beforehand? - All yes

5. Due Date?
1st- 16.01.2007
2nd-01.12.2007
3rd- 19.08.2010
4th- 21.12.2013

6. Birth Date?
1st- 28/01/2007
2nd-01/12/2007
3rd- 19/08/2010
4th-21/12/2013

7. Morning sickness? - yes semua siap masuk wad tambah 21 botol air utk anak ke3

8. Kilos gained? - 15-20kg

9. Sex of the baby? -
1 Boy
2 girl
3 Girl
4 Girl

10. Place you gave birth: -
1 hospital ranau
2 hospital tangkak
3&4 hwkks

11. Name of the doctor? - semua nurse yg sambut

12. Hours in labor room?
Nda ingat yg pasti bawah 3 jam

13. Baby's weight? -
1st- 3.0kg
2nd- 3.2kg
3rd- 3.1kg
4th- 3.3kg

14. Normal or ceaser - All normal

15. Baby's Name? -
Mohamad haikal faiz bin velentine
Ayu syamirah binti velentine
Wani syazwana binti velentine
waznah syamimi binti velentine

16. How old is your baby today?
10 y 3 m
9 y 5 m
6 y 9 m
3 y 4 m

Come on mamas! Let's hear your story! Copy and paste. Change my answers to yours.
Happy Mother's day!! ⚘

Read More

Friday, May 12, 2017

Hari Bersama Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam

8:46 AM
Hari Bersama Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam
Assalammualiakum....

Image result for ketua pegawai perkhidmatan awam 2017
sumber google

Semalam merupakan Hari yang padat..Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam  Ybhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman turun ke Sabah.MV terlibat dalam Mesyuarat perhubungan Ketua Jabatan Bersama KPPA yang dibuat Di Intan Sabah..

Di tempat yang sama juga berlangsung satu majlis penyerahan surat kenaikan pangkat kepada pegawai yang terlibat oleh Dato' Sri Zainal Rahim Seman dan pada petang pula ada sesi interaksi KPPA Bersama Pegawai Muda di Sabah ...

majlis tue berlangsung di Auditorium KPKPS...ALhamdulillah semua majlis berjalan lancar...penat??biasalah kerja mana yang tak penat kan...

Blog maafkan tuan kamu ni ya...baru mau update blog hari ni...
Read More

Wednesday, May 10, 2017

Rumah Pink Syamimi

7:00 AM
Rumah Pink Syamimi

Assalammualaikum...

Syamimi...lama dah tak update hasil kerjanya...dia datang mood rajin..rajin lah ..isnin tu malam dia mewarna lukisan....rumah....yang pastinya masih lagi berwarna warni ....hihi..macam biasa...

Alhamdulillah ada peningkatan dari kawalan mewarna dan pemilihan warna...keep it up adik mama...


Read More

Tuesday, May 9, 2017

Temujanji Mata Wani 1/2017

3:59 PM
Temujanji Mata Wani 1/2017
Assalammualaikum...
posing bertiga 
Semalam 08.05.2017..temujanji wani di klinik pakar mata Hospital Likas.Semalam MV ambil cuti rehat sebab malaslah mau isi borang keluar...temujanji jam 9...MV datang dalam jam 7.30 pagi...

Tapi mak ai punya lah lama cari parking...bila sudah cari parking smpi di kaunter bayaran...nah panjang kau barisan...mesin nombor rosak ..terpaksa baris..tunggu kaunter buka jam 8.00 pagi..

ulangkaji untuk exam sementara belum dipanggil 
Oleh kerana GL tak dapat print di sana..MV bayar RM5 ...nda terfikir pula GL mr Velentine..sebab dalam fikiran mau cepat siap..sebab petangnya Wani ada exam di sekolah rendah....Syamimi pun turut cuti sama..melayan karenah dua orang ni bikin sakit kepala...

layan kan budak kecik ni ...
Sebelum nombor di panggil wani sempat study sikit...exam kan...oh ya...kali ni hasil dari temujanji ...degree tak berubah...dan juling pun dah ok...doktor cakap dia ble control matanya yang juling...doktor suruh MV rakam gambar atau video kalau nampak mata wani juling ...


Doktor puas hati dengan keadaan mata wani..dan pesan kena selalu pakai cermin mata..supaya degree x naik...alhamdulillah syukur...lepas ni temujanji akan datang 13.11...disebabkan sibuk ..MV lupa temujanji mata kakak AYu ..huhu..

Ptut nya 2.05.2017...terpaksa tunda ke 02.08.2017...masalah pula ayu ni x nak cuti....nak ke sekolah ..terpaksa bincang dengan cikgunya lah lepas ni..ayu lmbt sikit masuk sekolah mungkin dalam 9.30 pagi gitu...

inilah kisah budakkaca mata MV...bukan satu tapi 3orang 
Read More

Sunday, May 7, 2017

Minah cengey hati tisu-aifa batrisya-

10:08 PM
Minah cengey hati tisu-aifa batrisya-
Assalammualaikum


Minah cengeh hati tisu...tulisan aifa batrisya..antara cinta dan persahabatan,kepercayaan dan pegangan..
Naurah tihani(hani) dan dayan hawari(wari) 2 sahabat baik berlainan jantina...yang mana perhubungan mereka menjadi salah faham orang sekeliling...

Hani yang baru tahu dia ada penyakit menyerahkan soal jodohnya kepada org tuanya...dan dia memilih pilihan keluarga..

Siapa sangka Doktor Adam Yusof aka boy aka mamat jambu batu adalah suami pilihan keluarganya..
Iya lelaki yg menyebabkan dia hilang keyakinan utk berkawan dengan kawan perempuan..sebab itulah sahabat baiknya wari mnjadi teman baiknya selama 8 tahun...

Mcm mana perasaan wari setelah hani bergelar isteri org..hani mnggangap dia kawan tapi dia pula sebaliknya...

Mcm mana perhubungan hani,wari dan adam...jom baca novel ni...part akhir2 nanti pasti mengalir air mata..good job buat penulis Memang terbaik novel ni

Read More

Bahagia - Ruueza (Cover) +lyrics

7:30 AM
Bahagia - Ruueza (Cover) +lyrics


Assalammualaikum


setiap yg ku lakukan untuk dirimu 
terasa bagaikan angin yang berlalu 
bila dirimu tiada hatiku rasa hiba
kau tanda bahagia kaulah dunia 

walaupun aku tahu 
kau bukan milikku 
kau perlu tahu 
sedihnya novel cintaku 

biarlah yang fahami 
hanya diriku saja
ku tetap berdoa agar kau bahagia

MV suka lirik lagu ni..tahniah adik eza edmond sebab sekarang bergelar artis rakaman di awah syarikat Luncai Emas..SIfu Datuk M.Nasir
Read More

Saturday, May 6, 2017

"Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani"

1:42 PM
"Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani"
Assalammualaikum...

Klik Banner untuk join 
Syarat-syaratnya:-
  1. Follow Blog Sha - KasihkuAmani
  2. Buat entry dengan tajuk "Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani" dan letakkan gambar dibawah dalam entry anda.
  3. Linkkan entry tu ke sini.
  4. Tinggalkan komen di sini
  5. Jawab soalan ini "Anda suka tak kalau Sha buat Giveaway dan bagi hadiah buku? Kenapa?"
Untuk no.5 MV tersangat lah suka kalau hadiah buku sebab MV memang suka membaca buku...
Read More

Giveaway Free Namecard By Busyra Takiyudin

1:05 PM
Giveaway Free Namecard By Busyra Takiyudin
Assalammualaikum


Klik banner untuk join 
Syarat-syarat:

1. Follow blog BusyraTakiyudin

2. Follow G+ google (ada di sidebar)

3. Like page blog busyra

5. Buat 1 entri, letak banner dan backlink kan ke entri ini.

4. Sebut 3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin (contoh: simple, kemas, comot) hehe

5. Tinggalkan link entry di ruangan komen


MV suka blog busyra sebab warna,design dan layout blog sangat sweet
Read More

Cleansing Foam La Soul

12:29 PM
Cleansing Foam La Soul
Assalammualaikum....

No automatic alt text available.
Mother Days Promotion (RM297 terus join member)
15 Keajaiban La' Soul Cleansing Foam
  1. Mengekalkan kelembapan kulit
  2. Seimbangkan sebum wajah
  3. Menyegarkan kulit
  4. Melindungi dari jangkitan kuman
  5. Menjaga dan menyihatkan pori-pori
  6. Memperbaiki tona kulit
  7. Melembut dan menanggalkan bintik hitam (blackhead)
  8. Mencerahkan kulit
  9. Anti oksidan
  10. Kompleksi kulit wajah yang sihat
  11. Membersih dan memberi tenaga kepada wajah
  12. Stimulasi pembentukan kolagen
  13. Pembaharuan sel kulit yang baru dan sihat
  14. Mengawal hasilan sebum wajah
  15. Anti penuaan dan anti keradangan

Cara Penggunaan La' Soul Cleansing Foam
  1. Tekan 3-4 pam pembersih pada tangan yang bersih
  2. Sapu dan urutkan perlahan-lahan pada seluruh wajah
  3. Bilas sehingga bersih dengan air
Bahan Semulajadi Dalam La' Soul Cleansing Foam

Ekstrak Bunga Raya
  1. Memberi kelembapan pada kulit wajah
  2. Memperbaiki keanjalan dan ketegangan kulit wajah
  3. Meningkatkan kadar pembaharuan sel kulit yang baru
Ekstrak Aloe Vera
  1. Pemulihan kulit
  2. Penjanaan semula sel baru
  3. Menenangkan dan melembapkan kulit
Ekstrak Teh Hijau
  1. Menanggalkan bintik hitam
  2. Menjana oksigen kulit yang aktif
  3. Mengecut liang pori-pori
Fullerene
  1. Anti kedutan
  2. Menjadikan kulit lebih muda dan sihat
  3. Memulihkan liang pori-pori yang terbuka/longgar
Copper Tripeptide-1
  1. Mengaktifkan penyembuhan luka atau jerawat pada kulit muka
  2. Anti keradangan, anti oksidan
  3. Merangsangkan pertumbuhan kolagen baru(sumber SIni)

Alhamdulillah serasi menggunakan produk La Soul...sebelum ni hanya guna qq cream dan diamond sleeping mask...kali ni MV try Cleansing Foam La Soul  pula...kebetulan ada promosi hari ibu...terus boleh jadi member...

sesiapa yang nak mencuba produk la soul ni ..boleh lah contact MV 0168040362 ...

Read More

Thursday, May 4, 2017

Skuad radio era sabah

10:16 AM
Skuad radio era sabah

Asslammualaikum

Skuad radio era..haritu berkesempatan lah kejar skuad radio era..kebetulan mau isi minyak di shell kingfisher..

Dapat lah hadiah sabun top dan baju t shirt radio era...mv dapat jawab 3 soalan ...

1. Mat sabah ikut program apa Sebelum jadi penyampai radio era sabah?
Lawak solo

2. Penyampai pagi era sabah ,adnan berasal dari mana?
Keningau

3. Siapa tetamu pertama segmen pagi era sabah bersama matnan(mat sabah dan adnan)?
Datuk Masidi Manjun

Untuk soalan 1 dan 2 ..mv dapat 2 bungkus kecil sabun top..so ada 4 bungkus lah mv dapat..

Dan soalan ke3 mv dapat baju tshirt era...size xs..so bg kakak ayu...

Terus semangat wani mau kejar lagi skuad radio era sabah

Read More

Wednesday, May 3, 2017

Turbo Twitter Mission 8Share

4:39 PM
Turbo Twitter Mission 8Share
dapat lah RM8..
Assalammualaikum....

Turbo Twitter Mission 8Share... untuk pengetahuan semua MV adalah salah seorang yang masih lagi aktif share iklan-iklan dari 8share.. baru-baru ni join Turbo Twitter Mission 8Share dan MV dapat reward RM8.00...

oklah bertambah jumlah earning MV ....ni adalah salah satu sebab kenapa MV suka 8share..apa yang dia janjikan dia tunaikan...memang terbaek ..

sikit lah dah rm50.00 boleh cashout
Korang kalau nak join boleh daftar kat sini 
Read More

Tentang Sedekah

4:25 PM
Tentang Sedekah
Assalammmualaikum...

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan ia tahu bahawa sedekahnya itu mencapai Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan didalam pemberiannya daripada mengambil

Adakah kamu tahu antara kebaikkan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menjuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia diantara semua perbuatan kebaikkan dan sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah membantu anda dari masuk ke api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikkan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia didalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikkan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah adalah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat didalam melakukan kebaikkan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT 

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah 

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda dari kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah 

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan di tutup 70 pintu kecelakaan didunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dasyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah adalah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

dan yang terakhir sekali

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah


**untuk perkongsian bersama
Read More

Tuesday, May 2, 2017

Medal Colour run KPJ 2017

12:04 PM
Medal Colour run KPJ 2017
Image may contain: 2 people
dapat sudah medal 
Assalammualaikum..

KPJ COLOUR RUN 2017-Cancer Awareness- hari tu MV ada update kan pasal ni ...yeah...dapat sudah medalnya...tak sia-sia lari dan join ....medal nya sangat cantik...berbaloi ...

medal pertama tahun 2017..larian kedua tahun 2017..larian pertama tiada medal just sijil sahaja...semoga terus semangat untuk larian seterusnya..Amin





Read More

Monday, May 1, 2017

Selamat Hari pekerja

9:22 PM
Selamat Hari pekerja

Assalammualaikum

Pekerja kreatif  pencetus inovasi.. Itu Tema sambutan Hari pekerja 2017..selamat hari pekerja Buat Semua yang Bekerja..

Menikmati Cuti di ari isnin membuatkan Mv Macam Agak Malas mau kerja esok Hahaha..

Namun kena rajinkan Diri juga..samalah mcm blog ni.. Tiba2 bercuti pula tanpa entry Huhu...

Esok kena rajin Balik.. Fighting

Read More

Friday, April 28, 2017

Cepat sembuh

9:35 AM
Cepat sembuh

Asslammualaikum...

Hari keempat demam..semoga kakak wani cepat sembuh...walaupun sakit dia tak mau ponteng sekolah ...

Cuma semalam cikgu call sebab dia mmg x larat sudah..hari ni pun dia bekeras mau sekolah

Tapi badannya masih panas...skg tengah on uba demam ,antibiotik dan ubat batuk...

Semoga kakak wani cepat sembuh ...amin

Read More

Thursday, April 27, 2017

You're My sunshine

10:03 AM
You're My sunshine
Image may contain: 4 people, child and closeup

Assalammualaikum....

Senyummu ...
lirikan matamu...
tawamu 
mampu merawat hatiku

walau banyak karenah
karenah itu yang selalu di rindu
celotehmu yang bertanya selalu
berhenti bila jawapan itu memuaskan hati

selagi tidak akan terus begitu..
tanya dan terus tanya
kadang bila di jawab 
tanya lagi...

iya...
demimu...
setiap soalan dan persoalan
akan dijawab selalu..
walaupun terpaksa berulang-ulang jawapan yang sama


**si kecik mama..ya mau 4 tahun sudah
Read More

Wednesday, April 26, 2017

KPJ COLOUR RUN 2017-Cancer Awareness-

12:28 PM
KPJ COLOUR RUN 2017-Cancer Awareness-
dapat lucky draw
Assalammualaikum...


KPJ COLOUR RUN 2017-Cancer Awareness- pada 23.04.2017 ahad lepas..MV pergi dengan kakak Ayu...seperti biasa...5 km...kakak ayu memang fit ...dia tinggalkan MV di belakang...

MV terpaksa lari tinggalkan kawan sebab kakak Ayu sudah jauh di depan....medal belum dpaat sebab ahad tue belum sampai medalnya....nanti MV share kalau dah dapat medalnya...

Kakak ayu dapat lucky draw..yang bukan bertuah..penganjur bagi sebab dah ramai org balik..nombor di panggil asyik xda...jadi dia bagi dekat budak sekolah...so kakak ayu dapat lah .....

kakak ayu cakap next year dia mau ikut lagi..MV nampak yang kakak AYu memang boleh join 5km punya run....dia mampu buat..next time boleh register kan dia sekali 

Image may contain: 4 people, closeup
sebelum run zumba dulu

Image may contain: 3 people, people standing
bergambar dengan sijil..medal belum sampai tebus dalam minggu ni

Image may contain: 5 people, people smiling, closeup
with kawan2 pejabat

Image may contain: 5 people, people standing
with velvet
Read More

Sunday, April 23, 2017

Peka Bahasa

7:00 AM
Peka Bahasa
.

Assalammualaikum...

Peka bahasa mengenai pemenggalan masa...untuk rujukan dan panduan bersama.selalu kita salah tentang ini


Read More

Saturday, April 22, 2017

60% Potongan Gaji Kakitangan Awam

1:30 PM
60% Potongan Gaji Kakitangan Awam
Assalammualaikum...

isu mengenai ini tular di laman sosial....kalau sebelum ni potongan di slip ada yang sampai 50% termasuk pinjaman perumahan kerajaan..tetapi baru-baru ni pengumuman dari jabatan akauntan negara malaysia...

mengenai potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM. Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. ARahan ini selaras dengan keputusan kerajaan..


**bila keluar pengumuman macam ni adalah sesetengah penjawat terpaksa mengurus bayaran balik sendiri...kena ada displin yang tinggi ni...takut kalau tak akan menyebabkan keberhutangan serius..iyalah kalau dari gaji terus jer dibayar..kalau sendiri pandai mengelat...
Read More

SYAMEL AF - LEBIH SEMPURNA-

7:30 AM
SYAMEL AF - LEBIH SEMPURNA-

Friday, April 21, 2017

Negeri sembilan layak ke separuh akhir piala Fa 2017

11:09 PM
Negeri sembilan layak ke separuh akhir piala Fa 2017

Assalammualaikum..

Say good bye to piala fa 2017...negeri sembilan layak ke pusingan separuh akhir piala fa 2017 apabila menang dengan AGREGAT 1-0 ke atas sabah.

Kecewa lah sebab pasukan sabah tak main dengan baik di separuh masa kedua...coach julius ating pun x tukar pemain awal2..

Tukar pun masa tgl 4 minit..huhu apapun tahniah buat negeri sembilan..buat masa sabah cuba lagi tahun dpn

Read More

"Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu"

9:55 AM
 "Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu"

Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

9:12 AM
 Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

Tajul & Wany Hasrita - Disana Cinta Disini Rindu

7:30 AM
Tajul & Wany Hasrita - Disana Cinta Disini Rindu

Assalammualaikum..

Rindukan Arwah achik dan Siti Nordiana...CUba dengar lagu ni..pasti teringat kat mereka dan zaman remaja kita
Read More

Thursday, April 20, 2017

Jaga diri Sendiri

2:21 PM
Jaga diri Sendiri
Assalammualaikum...

Image may contain: text


Jadi diri sendiri lagi bagus
terpulang orang nak cakap apa
ini hidup kita. Kita yang rasa kita yang lalui, jadi itu hak kita.
Orang lain takyah nak sibuk-sibuk
Read More

“Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”

7:37 AM
“Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”

Wednesday, April 19, 2017

KPJ Colur Run 2017

11:30 AM
KPJ Colur Run 2017
baju colour pink


Assalammualaikum...

KPJ Colur Run 2017..run kedua MV untuk tahun 2017 pada 23.4.2017 bersamaan hari ahad...larian sejauh 5km sahaja...macam biasa lah...kalau lebih 5 km..x mampu MV...ada kah Sabahan yang join run ni...

Kalau ada..then nampak MV..tegur2lah ya
Read More

Aktiviti Seksyen Kanak-Kanak Bersama Tadika Kemas

7:00 AM
Aktiviti Seksyen Kanak-Kanak Bersama Tadika Kemas
Assalammualaikum....

kelas 6 tahun 
kelas 5 tahun dan 6 tahun bersama cikgu Afy dan CIkgu Sarah 
mendengar rahan dari cikgu
sesi mewarna
macam-macam gaya mewarna tom and jerry 
Aktiviti Seksyen Kanak-Kanak Bersama Tadika Kemas 1/2017 di perpustakaan tempat MV bertugas...untuk aktiviti pertama adalah mewarna....program ni dibuat sebulan 4 kali dengan kerjasama pihak Tadika Kemas...

Semoga apa yang kami rancangkan berjalan lancar
Read More

Tuesday, April 18, 2017

Suku akhir Kedua piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan

3:34 PM
Suku akhir Kedua piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan
No automatic alt text available.

Assalammualaikum...

Suku akhir Kedua piala fa 2017 - Sabah vs Negeri Sembilan akan berlangsung pada 21.04.2017...dengan kelebihan kepada pasukan negeri sembilan..dengan aggregat 1-0...pasukan sabah kena cari gol awal di tempat lawan dan menang..

Figthing Chayok 2x..kali ni kita tengok love dari TV9 sahaja...
Read More

Takdir

10:14 AM
Takdir
Image may contain: text


Assalammualaikum...

Untuk hati cepat terima takdir ,
Tanam dalam fikiran,
bahawa baik atau buruk sesuatu itu.
semuanya terjadi hanya dengan izin Allah.



Read More

Monday, April 17, 2017

Dunia Hari ini

2:23 PM
Dunia Hari ini
Image may contain: cloud, ocean, sky, text, outdoor, water and nature

Assalammualaikum...

Kiri dengki .Kanan lawan. Belakang tikam .depan berlakon.

Jaga-jaga dunia sekarang(**sekarang ni kita baik dengan orang pun susah jahat sikit pun susah)
Read More

Mini Giveaway By Wawa

2:04 PM
Mini Giveaway By Wawa

Alat Muzik Dari Bahan Terpakai

11:40 AM
Alat Muzik Dari Bahan Terpakai
kerincing dari tin aluminium
Assalammualaikum...

Kerja rumah Pendidikan Muzik ..buat alat muzik dari bahan terpakai...so haikalayu buat kerincing daripada tin aluminium...penutup tin dimasukkan kedalam tin untuk menghasilkan bunyi dan irama muzik...

MV ...of course terjoin task dorang ni..mama tetap dan berpencen...akan membantu..haritu minta bantuan buat tembikar,buku skraf,jambatan..kali ni...bantuan yang diperlukan ialah membalut dan menghias kerincing....

bertabahlah ...kata kakak ayu..mama teror tue membalut...sebab mama  kerja library..hahaha...so bertabahlah ya anak...hiasan yang kamu mau tue nda lah secantik mana...

sebab mama nda kreatif
Read More

Sunday, April 16, 2017

Review novel-Teman roh-muhammad fatrim-

11:41 AM
Review novel-Teman roh-muhammad fatrim-
Assalammualaikum..
Image may contain: 1 person, text

Teman roh yang mengisahkan suraya persobalitu berita tv13 yang sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama.

Sehinggalah satu hari suraya dapat melihat ryzal yang hilang..melihat dan dapat bercakap dengan roh ryzal...
Ryzal meminta satu pertolongan untuk menjejaki tubuhnya yang hilang.. Di ketika inilah farid@raqib,aizat,razif dan maseira mula menjadi mangsa.

Banyak pembunuhan yang berlaku..suraya semakin.  Siapa pembunuh sebenarnya? RAzif??Kenapa hanya keluarga Datuk mirdad yang menjadi mangsa???

Kenapa ryzal dan kawan-kawannya dijadikan mangsa?bila baca novel kita non stop sebab kita tertanya tanya sapa dalangnya....bila dah habis baca ...memang kita tak sangka yang sebenarnya dalang utama adalah DIA!!!

So korang ble baca novel ni..memang best..jalan cerita x melalut sangat...

Mv start baca pada 15.04.2017 habis pada 16.04.2017..
Read More

Saturday, April 15, 2017

Cepat sembuh adik mama

11:11 PM
Cepat sembuh adik mama
Assalammualaikum..

Doakan si kecik mv cepat sembuh..sian syamimi mv...x selesa..batuk selesema..perubahan cuaca agaknya

tengok kucing adik si mingming pun risau
Read More

Gaji kecil tak apa

9:06 PM
Gaji kecil tak apa
Assalammualaikum

Gaji kecil tak bermakna  tak boleh hidup bahagia. Yang penting keberkatan.

**walau gaji kita kecil yang penting keberkatan...gaji besar kalau tak berkat masih juga tak cukup..begitulah sebaliknya...gaji kecil tapi penuh keberkatan insyaallah cukup untuk kita

Read More

Antalogi mistik jembalang

12:15 AM
Antalogi mistik jembalang
Assalammualaikum
24577427

Antalogi mistik jembalang ada 4 cerita mistik yang penuh saspen dan kejutan...

1.runcing -zharulnizam Shah Z.A = "dalam kembara mistik yang cukup mendebarkan antara pertarunganhaq lawan batil"

Mengisahkan masih ada lagi masyarakat yang mempercayai  dan mengamalkan benda/kerja syirik seperti ilmu hitam...Di mana orang2 kuat beragama  menjadi mangsa dan lawannya..

2.bidadari pencabut nyawa-riduan judin "darah dan hati kamu pasti akan menambah kejelitaanku!"

Berkisarkan kehidupan penduduk d ranau yg dihantui oleh 2 rogon yg membunuh semua manusia yg memasuki hutan nusawungu..Rupa2nya ianya adalah dendam si orang bunian yang ingin membalas dendam terhadap kematian suaminya yg mati dihempap pokok hasil pembalakan haram..

3.Penunggu rumah pasung-jessy mojuru"rumah pasung ini menyimpan 1001 rahsia. Hanya dia dan temannya yang tahu"

Kisah sekitar kota marudu Sabah mengisahkan zaidi yang dianggap gila apabila dia mula lupa siapa dia sebenarnya selepas satu tragedi berlaku ke atasnya..Dia mengulangi kejadian yg berlaku 2 tahun seblmnya demi mengingat kembali rahsia tentang dirinya..tapi bila sdh terungkai semuanya..dia dianggap gila

4.tetamu siang-ramlee awang mursyid"awas aku akan mencabut nyawa kalian bila siang menjelma  tanpa belas kasian.."

"dendam antara manusia dgn jembalang..liau gantua si dukun yg bersahabat jembalang yg bernama suaka.... Sehingga menyebabkan perpecahan Antara penyokong liau gantua dan salleh bekas iman...
Adi anak salleh menjadi pembunuh di alam jembalang sehingga digelar tetamu saing.yg mana akhirnya dendam itu berterusan hingga ke cucu ...(**best kita mau tau siapa tetamu siang..apa kesudahan suaka?)

Memang terbaiklah buku ni..nda rugi baca...nampak minat baca genre begini sudah mari
Read More