All About Love

Monday, January 23, 2017

Penutupan Program Transisi Tahun 1/2017

9:20 AM
Penutupan Program Transisi Tahun 1/2017


Assalammualaikum.....

Alhamdulillah Wani dah habis program transisi tahun 1....majlis penutupan dibuat pada jumaat 20.01.2017...sekali pembahagian buku teks...excited mama dia sebab dorang dapat semua buku teks baru ...

buku baru...bukan yang macam dorang abang haikal dulu..dan MV dah siap balut kesemua 18 buku teks dan buku aktiviti .....cuma tinggal 1 buku jak lagi belum dapat....penentuan kelas belum dimaklumkan pula...

Buat masa ni wani di kelas 1 orkid....x risau tentang bahasa melayu..cuma risau tentang inggeris...kena kerja keras part english lah nampaknya ni ....

wani ready buat persembahan
sehari sebelum penutupan ..wani dan kawan2 semua ada acara sukaneka...3 hari sebelum ada ujian ...takpa walaupun wani tak dapat apa2 anugerah..mama bangga dengan wani...sebab banyak yang wani belajar....
with teacher mariate
Semoga lepas ni wani terus sukses...AMin
Read More

Sunday, January 22, 2017

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

2:29 PM

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016
KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Assalamualaikum

Dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA:

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016
KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

Diberi kemudahan untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit (diperakukan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yg menyatakan anak perlu dikuarantin).

Tempoh yang diluluskan maksimum lima (5) hari.

Syarat anak dikuarantin:
i. Bawah 18 tahun; dan
ii. Bawah 21 tahun jika masih belajar.

Senarai Penyakit Berjangkit:
1. HFMD;
2. Demam Denggi & Denggi Berdarah;
3. Campak (Measles);
4. Chickenpox;
5. Difteria; dan
6. Malaria.

Cara memohon, perlu lengkapkan:
1. Borang Permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling).
2. Perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan @ swasta.

Tarikh kuat kuasa 1 Januari 2017.

Layari http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/31/300 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan borang.

**alhamdulillah sangat membantu untuk ibu2 yang bekerja.. Dah ramai yg Cuti kuarantin ni...mv baru tershare di blog hari ni.. Hihi

Read More

Saturday, January 21, 2017

CPUV -FlyKLIA-

12:50 PM
CPUV -FlyKLIA-
alhamdulillah rezeki lagi 
Assalammualaikum....

Terima kasih sudi bagi iklan kat blog mv yang tak seberapa ni,....tq juga buat kawan2 yang sudi singgah..alhamdulillah masih bertahan maintainkan UV 1++ sehari,,,,takpe kita buat slow2....

Insyaallah ..lepas ni pasti bertambah lagi 
Read More

Liga Perdana Malaysia 2017

8:04 AM
Liga Perdana Malaysia 2017
PosTeam PldWDLGFGAGDPtsPromotion, qualification or relegation
1Negeri Sembilan110030+33Promotion to Super League
2PDRM110031+23
3Kuala Lumpur110021+13
4ATM10101101
5Perlis10101101
6Kuantan00000000
7PKNP00000000
8Terengganu00000000
9UiTM00000000
10Johor Darul Ta'zim II100112−10
11MISC-MIFA100113−20Relegation to FAM League
12Sabah100103−30
sumber dari SINI

Assalammualaikum...

Semalam 20.01.2017 bermula sudah saingan liga perdana malaysia 2017...menyaksikan 4 perlawanan...2 perlawanan di tunda iaitu antara :-

  • Terengganu vs PKNP FC
  • Kuantan FA vs UiTM

dan Sabah sekarang berada di kedudukan terakhir..huhu...fighting.....YAkin Boleh Sabah..Sabah rhinos fighting ...dengan bantuan 4 pemain import ...1 pemain import lama iaitu dari Croatia Igor Cerina dan 3 lagi dari pernacis iaitu  Sofiane Choubani,Jonathan Béhé dan dari Jepun Masaya Jitozono

MV kongsikan juga Jadual Liga Perdana 2017

Pusingan Pertama :
20 Januari - Negeri Sembilan vs Sabah 
26 Januari - Sabah vs Kuala Lumpur 
3 Febuari - Perlis vs Sabah 
10 Febuari - Sabah vs ATM 
17 Febuari - JDT2 vs Sabah 
24 Febuari - MISC MIFA vs Sabah 
28 Febuari - Sabah vs UiTM FC 
3 Mac - PKNP FC vs Sabah 
12 Mac - Sabah vs PDRM 
7 April - Terengganu vs Sabah 
14 April - Sabah vs Kuantan FA

Pusingan Kedua :
25 April - Kuantan FA vs Sabah 
5 Mei - Sabah vs Terengganu 
30 Jun - PDRM vs Sabah 
10 Julai - Sabah vs PKNP FC 
14 Julai - UiTM FC vs Sabah 
21 Julai - Sabah vs MISC MIFA 
25 Julai - Sabah vs JDT2 
4 Ogos - ATM vs Sabah 
19 Sept - Sabah vs Perlis 
29 Sept - Kuala Lumpur vs Sabah
20 Okt - Sabah vs Negeri Sembilan


**macam mau pegi lah 26.01 ni...anak2 cuti sekolah sdh time ni






Read More

Friday, January 20, 2017

Buli

8:57 AM
Buli

Assalammualaikum 

Kesian anak mama ni... Inilah bila anak sendri Saja yang dirasakan betul... Begegar juga Badan bila dapat wasap wani kena Marah olh Bapa budak ..sdgkn yang mengacau Dan menghasut kawan2 jgn kawan Wani Adalah Anaknya sendri... 

Hal budak2 Bpa ikut2an.. Ko letak jak anak kau d tempat c wani.. Apa kau Rasa bila anak mu kena Marah Atas kesalahan yang nda Dia Buat...

Geram Bah.. Sampai Menangis wani. Ketakutan..lagi sekli KAU buat pedulilah kau lelaki... kalau aku Yg Mengamuk mmg mau kenalah

**ini luahan perasaan  sebagai seorang  ibu.. Perlukh mau terus marah seorg budak tnpa  tau kebenarannya.. 

Terima kasih ustazah dan ustaz kerana faham Apa yg terjadi.. Dan bg kata2 semangat utk wani  supYa tak trauma dan terus bljr
Read More

Thursday, January 19, 2017

Mama ni Ada penyakit Macam Di TV

7:00 AM
Mama ni Ada penyakit Macam Di TV
gambar candid
Assalammualaikum..

Mama ni ada penyakit macam di TV...tengok diri sendiri di cermin gemuk tapi sebenarnya tidak...lepas tue balik2 mau diet..... ini lah ayat yang si abang haikal cakap dekat MV...dia tengok wanita Hari ini...

terus dia cakap macam tue....hahaha..mula-mula sentap juga dia cakap macam tue...sekali bila dia cakap penyakit tengok diri sendiri di cermin gemuk padahal kurus terus terketwa..hahaha....

adakah dia ckap begitu...mama dia on diet sebab ada 10 kg lagi nak buang....belum kurus pun anak oi....hahaha..abang oh abang,,bila anak dah besar ni..kadang2 nda sangka kan drg ble nasihat kan kita pula

nda payahlah diet mama ..kurus sudah....
Read More

Wednesday, January 18, 2017

Wordless Wednesday-3 tahun 28 hari-

11:26 AM
Wordless Wednesday-3 tahun 28 hari-
bawa nasi tapi hari ni dia mau makan di kafe
Assalammualaikum...

Alhamdulillah my syamimi sudah 3 tahun 28 hari....bersekolah di taska permata...tahun ni..nda sudah beli makanan di kafe ...sebab mama bawakan bekal,,,since haikalayuwani sudah pandai minta bawa bekal...

hari ni dia lepas gian mau makan di kafe...hihi...
Read More

Cpuv Trumer X

7:00 AM
Cpuv Trumer X
Assalammualaikum,,,

Alhamdulillah melekat lagi iklan...walaupun x banyak tapi ada lah bertambah sedikit...terima kasih pada yang sudi singgah blog MV
Read More

Tuesday, January 17, 2017

GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!

11:36 AM
GIVEAWAY: JOM BACA BUKU - NOVEL PERCUMA!!!
klik banner untuk join 
Assalammualaikum..


Join..manalah tau kan dapat novel free,,hihi...MV pilih novel Wajah Seiras cinta yang dihadiahkan oleh Sha...

Sedikit sinopsis..

Mengesahkan tentang Jamal, halimatul, Alim tiga kawan yang mengusahakan utama production.. Yang mana Jamal dengan projek "jejak misteri" yang ditolak ideanya oleh halimatul yang lebih mahukn Cerita fakta bukan dongeng..Sehingga lah halimatul mula diganggu Oleh mimpi mengenai watak2 Yg Ada dlam skrip Jamal.. Diganggu Oleh awang (jin kufur) yang menjelma sebagai Jamal hnya Kerana mengganggap halimatul itu puteri seri kenanga.. Novel ni menceritakan mengenai  2 Alam iaitu Alam Bunian Dan Alam kita.. Jamal Alim Dan atul terperangkap di Alam Bunian hnya Kerana wajah seiras cinta.Ketaksuban Jamal mengundang Bahaya ..mengiyakan yang kononnya dia di Untak(watak dalam skripnya) yang mana jg merupakan musuh ketat awang.
Awang ,untak ,matanah, puteri seri  kenanga, Nujum, Dayang utama apalah watak jin yang Berasal Dari pengkalan ipah.. Teruna si Ketua jin Dan dayang utama Adalah 2 jin yang Memeluk islam..Kejadian Jamal, Alim, atul, shidi terperangkap d Alam Bunian sehingga menyebabkan gangguan di dunia nyata.. Apabila Iblis Tidak mahu melepaskan mereka ..gangguan Dari matanah menyebabkan keadaan Pelik berlaku d hospital.. Pengakhiran yang penuh misteri. Jamal hilng ingatan.. Hnya mengingati pengkalan ipa.. Atul ,khadijah, dyg utama masing2 mencintai Alim.Kisah misteri hnya beberapa detik di Waktu menjelang Pagi d hospital meninggalkan pertanyaan  yang misteri.


***MV suka novel sebab lain dari yang lain

Read More

Welcoming January GiveAway.

10:26 AM
Welcoming January GiveAway.
Assalammualaikum,,,,

Mencuba nasib...last day hari ni...

WELCOMING JANUARY GIVEAWAY

Welcoming January GiveAway 07-17 January 2017

JOIN WELCOMING JANUARY GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway
2. Like FB Page : EcaDwinkyAsha Blog
3. Letakkan link entry korang di SINI.



Read More

Penjelasan Bekenaan Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Bahan Peluntur

8:15 AM
Penjelasan Bekenaan Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Bahan Peluntur
Assalammualaikum

Merujuk kepada entry MV yang INI..niat bukan untuk meyebarkan cerita...kan MV ada tulis...sekadar dakwaan....


Terima kasih lah kepada  Anonymous yang tinggalkan komen mengenai 

xbtol https://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636.1073741846.232206486938632/748443201981622/?type=3 on Tepung kandungan Clorox


PENJELASAN BERKENAAN TULAR (VIRAL) DAKWAAN TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI PELUNTUR BERACUN (BENZOYL PEROXIDE)

15 RABIULAKHIR 1438 H
14 JANUARI 2017 M

Dakwaan berkenaan penggunaan peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dan persoalan status halal dalam produk-produk tersebut kembali dikongsi oleh netizen di media sosial ini.

Untuk makluman pengguna, produk-produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan ianya merupakan tular (viral) berulang sejak tahun 2011 yang pernah dijelaskan oleh pihak kami sebelum ini.

Sampel produk tersebut juga pernah dihantar oleh pihak kami ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan didapati tiada kesan DNA babi.

Berkenaan isu peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dalam produk berkenaan pula, penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak melebihi 50 miligram (mg) / kilogram (kg).

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia tersebut dalam makanan tidak mendatangkan kemudharatan.

Selain itu, benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemprosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik dan pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985 dan ia juga tidak menyebabkan barah.

Laporan JECFA juga menyatakan pengambilan benzoyl peroxide juga boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan sebaliknya melalui kesan rawatan kulit.

Justeru, pengguna tidak perlu khuatir dengan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana penggunaan benzoyl peroxide tersebut adalah mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadilah pengguna dan penyebar yang bijak dengan meneliti dan merujuk sesuatu isu terlebih dahulu kepada pihak yang berwibawa sebelum melakukan sebarang sebaran dan perkongsian di media sosial ini.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 03-8892 5000/1(sumber dari Bahagian Hab Halal,JAKIM)


**semoga membantu sesama kita .....
Read More

Monday, January 16, 2017

[VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka

2:25 PM
[VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka
Assalammualaikum,,,
206d
credit to http://says.com/
[VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka .....viral kuih keria gula melaka yang nak kena beratur.... meh MV kongsikan resepinya :-

Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus) 
- ¾ cawan tepung gandum 
- 1 sudu kecil baking powder 
- ½ sudu kecil garam 
- ¼ cawan air 
- 150g gula melaka 
- 1 sudu besar gula 

Cara-cara: 
1. Lenyekkan keledek. 
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam. 
3. Gaul hingga menjadi doh. 
4. Bentukkan menjadi kuih keria. 
5. Goreng hingga perang. 
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula. 
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria. 
8. Teruskan mengacau hingga kering. 
9. Hidang!(sumber SINI)
Read More

Tepung kandungan Clorox

9:40 AM
Tepung kandungan Clorox
Assalammualaikum..


Pendedahan dilakukan sendiri oleh setiausaha PPIM tentang bahayanya tepung yang selalu kita guna.

Soalan: mana boleh tak beli tepung bunga cempaka atau cap lily... tepung ni paling murah kot. macam tu habis la duit modal saya tahun ni nak berniaga bulan puasa naik berganda sebab tepung Faiza mahal sket..

Jawapan: apa yang cik akan akan dapat sebagai pulangan nanti apabila cik menghidangkan barangan masakan cik yang dihidang kan kepada orang ramai menggunakan tepung yang membuatkan penyakit kanser dan barah pada hari tua mereka? 

Kenapa tak rampas je dah tahu bahaya? Banyak Barang Bahaya Tetapi,dijual secara sah,tak ada orang kisah,seperti rokok. Yang Penting Bayar Cukai

Boikot Tepung kandungan Clorox yang membawa kepada penyakit kanser atau barah:
1.Tepung Cap Sauh
2.Tepung Cap Wau
3.Tepung Cap Bunga Cempaka
4.Tepung Cap Lily
5.Tepung Cap Blue Key

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara

Sebarkan !!
Berubahlah Demi Anak2 Kita !(sumber whatsapp)


Tepung kandungan Clorox..menakutkan betul sekarang ni...bahan makanan pun ada terkandung bahan peluntur...kita tunggu hasil siasatan kementerian kesihatan...buat masa ni....baru sekadar dakwaan...
Image result for tepung cap rama-rama
sumber google
kalau di Sabah ni kami pakai tepung cap rama2...selamat bah kan.....


Read More

Sunday, January 15, 2017

Salma juara epik 3 juara

11:27 PM
Salma juara epik 3 juara

Assalammualaikum

Tahniah Salma pemenang epik 3 juara.. Tahniah juga Kudien Dan Azizul..tahniah buat Ajai...

Hasil didikannya Inilah dia juara kita.. Salma... Memang Salma layak.. Mv suka duet dia dengan Azlan.. Terutamanya Masa dia Mnyanyi Lagu hukum karma.

Tahniah Salma... Orang Sabah support Salma...

Read More

Pentas epik 3 juara

8:33 PM
Pentas epik 3 juara

Assalammualaikum

Malam ini Pentas epik 3 juara menyaksikan 3 juara kategori balada rock Dan irama Malaysia iaitu dalma, Kudien Dan Azizul Akan bersaing SEKALI Lagi malam ini untuk menentukan sapa yang Akan menjadi juara..

3 persembahan iaitu persembahan solo.  Persembahan duet dengan artis undangan iaitu salma dengan Azlan typewriter, Azizul dengan Misha Omar, Kudien Mv lupa pula hihi..

Lepas tu Ada battle trio ANTARA MEREKA.. Kamu Rasa sapa Menang?
Salma?  Kudien? Atau Azizul?

Read More

Berapa banyak air yang anda minum sehari?

7:30 AM
Berapa banyak air yang anda minum sehari?
Image may contain: text

Assalammualaikum...

Kalau MV...2.7liter..tapi biasanya memang lebih..sebab MV lebih banyak  minum air kosong dari air manis...korang pula macam mana......

kalau mr velentine..mau suru minum air kosong ni memang susah...
Read More

Saturday, January 14, 2017

Sabah vs pkns-perlawanan persahabatan

11:30 PM
Sabah vs pkns-perlawanan persahabatan

Assalammualaikum

Perlawanan persahabatan Sabah vs pkns.. Keputusan seri 2-2..permainan yang menarik..

Cuma hujan di akhir2 perlawanan...safee Sali jaringkan GOL penyamaan ...ada 2 anak kelahiran Sabah BERMAIN untuk pkns iaitu shahrul azhar tore..dan Bobby Gonzales... Khyril muhaymin pun main pkns..

Sabah pula dengan pemain import Dari perancis iaitu Jonathan behe.. Igor... Dan beberapa pemain baru di samping pemain Lama iaitu leofod, maxius,

Semoga Sabah Dan pkns BERMAIN dengan lebih baik di Saingan liga perdana  2017

Read More

Misi berjaya

11:25 AM
Misi berjaya

Assalammualaikum

Mision completed... Misi berjaya... 3 tahun   24 hari... Syamimi  berjaya Free pampers Pagi Dan malam...

Say Yeahhh to syamimi... Tahniah adik. Lepas  ni Kita Nda Beli pampers sdh... Start bgi dia nda pki pmprs sebelah malam Sebab  bila pgi pampers tu nda penuh...

Jadi hari khamis mv buat keputusan x Bgi Pki dia pampers.. Dan Semlm pun dia x kencing...

Yeahh adik.. Syamimi ni senng Sebb syamimi ni Kurang nyusu botol.. Dia lebih Bab makan...

kalau susu pun Susu Badan jak... Agak cepat dia ni.. Tahniah adik

Read More

Syuhada - Bukan Dia

6:30 AM
Syuhada - Bukan Dia

Assalammualaikum..


Lagu yang ni syamimi suka...

selalu nyanyi "bukan dia dia dia"
Read More

Friday, January 13, 2017

Jejak Karmila

2:09 PM
Jejak Karmila
Assalammualaikum...
Image result for jejak karmila sinopsis
sumber google
Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.


Credit to Kepalabergetar

(***nak follow tak sempat tengok online jer lah...tq tue blog kepala bergetar)
Read More

Thursday, January 12, 2017

BACK TO SCHOOL GIVEAWAY

4:08 PM
BACK TO SCHOOL GIVEAWAY
Assalammualaikum,,,

Klik Banner untuk join 
Syaratnya :-

1. FOLLOW BLOG NI ( * letak link di comment untuk saya check balik * )

2. FOLLOW INSTAGRAM SAYA ( * letak link di comment untuk saya check balik * )

3. CLICK NUFFNANG DI BLOG INI.

4. REPOST BALIK ENTRY " BACK TO SCHOOL GIVEAWAY " INI DAN TINGGALKAN LINK DI RUANG COMMENT DI BAWAH * Hanya di post ini sahaja *


Hanya yang tepati semua syarat diatas sahaja yang layak untuk join dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah dibawah !!


Senarai Hadiah :-

Image result for notebook custom
x1 CUSTOM MADE NOTEBOOK
( Boleh order design notebook macam mana yang awak suka )


Image result for notebook custom
X2 READY MADE NOTEBOOK

Image result for cute makeup bags
X2 CUTE MAKE UP BAG / PENCIL BOX



Related image

X5 RANDOM STATIONARY FOR SCHOOL


Okay gambar kat atas cuma contoh sahaja, tapi barang dia memang nak dekat sama dengan gambar yang saya tunjuk, saya tak tunjuk sebab nak surprise korang so jangan rasa tetipu lak.

So wish you guys goodluck.

Giveaway akan tamat bila saya rasa macam nak tamatkan. So cepat-cepat join :D

Read More

Budak baru sekolah

7:30 AM
Budak baru sekolah
besar sudah dia...
Assalammualaikum...

Budak baru sekolah..dulu baju biru(kemas) sekarang baju putih...serius kematangan kamu buat mama rasa ..wah anak mama sudah besar....siapa sangka dia ble bedikari...betul orang cakap..ibu2 ni selalu jak risau...

Tapi anak2 sebenarnya boleh saja buat....buat masa ni..MV masih bawakan dia bekal ke sekolah untuk pagi dan petang..makan tengahari pun MV sediakan sekali...maksudnya masak untuk 3 kali punya makanan....

Syukurlah anak2 MV nda cerewet..cuma sedikit risau pasal wani...beli nugget 3 ketul patutnya rm1.50..dia bagi rm2..dik kerana bunyi lonceng dia terus lari tanpa ambik baki..bukan sekali tapi sdh dua kali...huhu...

lepas ni kena bagi dia duit syiling jer kot..yang 50sen supaya senang bayar..kan...kamu rasa?
Read More

Wednesday, January 11, 2017

Adenan Satem - Ketua Menteri Sarawak Meninggal dunia

2:47 PM
Adenan Satem - Ketua Menteri Sarawak Meninggal dunia
Assalammualaikum...

Image result for al-fatihah
SUmber google
Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dilaporkan telah Meninggal Dunia  pada jam 1.20 tengahari tadi di IJN Samarahan. Innalillahiwainailaihiraajiunn. Alfatihah


Kehilangan seorang pemimpin yang berani bersuara dan humble...semoga keluarga arwah tabah menerima pemergiaan beliau.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Kehilangan ini juga turut dirasai oleh rakyat negeri Sarawak..Salam takziah dan al-fatihah


Read More

Sufian Suhaimi - Harus Aku (Official Lirik Video)

11:49 AM
Sufian Suhaimi - Harus Aku (Official Lirik Video)



Assalammualaikum...

Layan lagu ni...sambil jaga kaunter ....


noktah yang tidak bertanda
pertemuan tak diduga dan disengaja
membuat diriku menoleh semula
rasa yang tidak bernama
mengetuk hati memberi salam kasihnya
haruskah diriku membenar semula
seringkaliku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskahku menjauh
ku cuba untuk lenyapkan semua
kenangan yang tiada harga dan berguna
inilah waktunya untuk dinoktahkan
seringkaliku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskahku menjauh
berkali ku cuba
membenarkan hati
menidakkan dusta
tak tergamak aku
kejamkah diriku
mencipta peluang
haruskah ku menjauh
seringkali ku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskah ku menjauh
seringkali ku menolak
terjatuh hatiku
padamu yang selalu bersamaku
dalam suka dalam duka
haruskah ku menjauh…


Read More