Penjelasan Bekenaan Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Bahan Peluntur - All About Love

Tuesday, January 17, 2017

Penjelasan Bekenaan Dakwaan Tepung Gandum Mengandungi Bahan Peluntur

Assalammualaikum

Merujuk kepada entry MV yang INI..niat bukan untuk meyebarkan cerita...kan MV ada tulis...sekadar dakwaan....


Terima kasih lah kepada  Anonymous yang tinggalkan komen mengenai 

xbtol https://m.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636.1073741846.232206486938632/748443201981622/?type=3 on Tepung kandungan Clorox


PENJELASAN BERKENAAN TULAR (VIRAL) DAKWAAN TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI PELUNTUR BERACUN (BENZOYL PEROXIDE)

15 RABIULAKHIR 1438 H
14 JANUARI 2017 M

Dakwaan berkenaan penggunaan peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dan persoalan status halal dalam produk-produk tersebut kembali dikongsi oleh netizen di media sosial ini.

Untuk makluman pengguna, produk-produk tersebut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan ianya merupakan tular (viral) berulang sejak tahun 2011 yang pernah dijelaskan oleh pihak kami sebelum ini.

Sampel produk tersebut juga pernah dihantar oleh pihak kami ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan didapati tiada kesan DNA babi.

Berkenaan isu peluntur beracun (Benzoyl Peroxide) dalam produk berkenaan pula, penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak melebihi 50 miligram (mg) / kilogram (kg).

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia tersebut dalam makanan tidak mendatangkan kemudharatan.

Selain itu, benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemprosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik dan pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985 dan ia juga tidak menyebabkan barah.

Laporan JECFA juga menyatakan pengambilan benzoyl peroxide juga boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan sebaliknya melalui kesan rawatan kulit.

Justeru, pengguna tidak perlu khuatir dengan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana penggunaan benzoyl peroxide tersebut adalah mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadilah pengguna dan penyebar yang bijak dengan meneliti dan merujuk sesuatu isu terlebih dahulu kepada pihak yang berwibawa sebelum melakukan sebarang sebaran dan perkongsian di media sosial ini.

Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 03-8892 5000/1(sumber dari Bahagian Hab Halal,JAKIM)


**semoga membantu sesama kita .....

3 comments:

  1. Kesan jangka panjang makan tepung dengan bahan peluntur tu dah diambil kira ke?
    .
    Maznee memang dah lama tukar kepada unbleached flour pun 😃
    .
    Lebih baik beringat sebelum kena.
    .
    Kalau nak harapkan sangka baik pada pengeluar saja, dah ramai di luar sana yang kena kanser.
    .
    Tahun lepas jenama oat yang terkenal dari Amerika disaman oleh rakyat us sendiri & kes tersebut menang pada pendakwa.
    .
    Oat tersebut dicemari racun serangga perosak. Sedangkan pengeluar claim produk organik.
    .
    Tak dilupakan jenama dettol disaman keluarga mangsa dinkorea tahun lepas kerana menyebabkan kematian pada kanak kanak.
    .
    Jhonson & jhonson di us juga kena sama saman dan kalah dalam saman tersebut kerana bedak mereka didakwa menyebabkan kanser.
    .
    😃. Pendek kata, jangan mudah percaya pada kempen pemasaran.

    ReplyDelete