Drama Kerana Anisa - All About Love

Wednesday, January 11, 2017

Drama Kerana Anisa

Assalammualaikum....

Image result for drama kerana anisa
sumber google 

Kerana Anisa mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi ‘guru’ dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin dan selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.(sumber Siakapkeli)


Kerana anisa..drama yang mengantikan Drama Lara cinta ameena....bukan drama adaptasi novel...dan yang buat MV tertarik adalah Zara ZYa...lama sudah tak nampak dia berlakon....tambahan pula Watak Fahrin Ahmad dalam ni memang mengeramkan...dan Pak Samad(Aman Graseka) kalau dalam 7 hari mencintaiku sebagai seorang ayah yang baik..kali ni...wataknya sangat berlainan....

Watak syukri pula MV memang suka lakonannya..tapi namanya baru tahu hari ni "Mustaqim Bahadon"....ni kira kali pertama dapat watak utama...mari kita tengok..dapat kah dia menarik perhatian kamu pula....hihi

kalau nak tengok drama ni kena kental..hahaha..kenapa..sebab part Anisa dipukul suami ...adui...dipaksa kawin.....dan bapa yang garang....memang sangat menyentuh hati..MV baru tengok episod 1 haritu...

nak kena tengok online lah ni...kat Tonton

3 comments:

  1. Fahrin pun rasanya macam dah lama tidak berlakon..atau ada berlakon cuma belum ditayangkan di tv...owhh pak samat berubah watak ya..suka tengok lakonan beliau dari dulu lagi..

    ReplyDelete