Review Novel : Designer Abang Cengeh by Mastura Abdullah - All About Love

Tuesday, May 22, 2018

Review Novel : Designer Abang Cengeh by Mastura Abdullah

Designer Abang Cengeh Designer Abang Cengeh by Mastura Abdullah
My rating: 4 of 5 stars

Syed Badiuzzaman Si cerewet dalam berfesyen sehinggakan dia mengupah designernya sendiri. Stesen Minyak Gunung Semanggol dia bertemu Ainul Mardhiah sehingga membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.

Tapi diduga Ainul adalah designer yang menepati citarasa nya....sehingga dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ain sehingga menimbulkan tanda tanya pada AIN sendiri..dan menimbulkan kemarahan pada bondanya Syarifah Abiyah yang hanya mahu bermenantukan darah keturunan syed dan syarifah...

Antara Suami dan Impian dua2 utama namun setelah memahami dan mengenali syed Badi akhirnya dia merasakan Suaminya adalah pilihan tepat dan terbaik..Cuma Bagaimana dia mampu membuka hati bonda mertuanya untuk menerima dia...

Pangkat ,darjat dan keturunan masih ada lagi masyarakat kita yang mementingkan keturunan dalam soal jodoh anak-anak...dalam novel ni pun watak syarifah Abiyah seorang yang mementingkan keturunan....

Perkahwinan tanpa restu, bagaimana ain sebagai isteri bersabar dan menerima hinaan bonda. Dan sabarnya ain memujuk Syed Badi untuk berbaik dengan bonda. Kesabaran pasti dibayar dengan sesuatu yang indah dan berharga....

Baca novel ni pasti buat kamu tersenyum dengan kisah anak ayah dan anak emak

View all my reviews

1 comment:

  1. Macam best juga jalan cerita novel ni.. nanti nak try ushar-ushar la buku ni

    ReplyDelete