Isteriku 120 kg -Siti Nur Dhuha- - All About Love

Monday, January 25, 2016

Isteriku 120 kg -Siti Nur Dhuha-

Assalammualaikum...

pinjam google
INI wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta. Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi, lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya. Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?(sinopsis belakang Novel)

Korang dah baca novel isteriku 120 kg?tengok tajuk macam best...tengok penulis lagilah best.siti nur dhuha tu.sapa tak kenal kan.Banyak novelnya yang hits.Tapi untuk novel yang ni MV tak berapa nak best lah.

Sebab bahasa,jalan cerita,watak yang digambarkan dalam novel rata2nya kasar.Maaf ya buat penulisnya.Jalan ceritanya tak hebat.Bukan tak suka..Suka cuma sepanjang MV terganggu dengan penggunaan bahasa..

Korang yang dah baca.Apa korang punya komen?

4 comments:

  1. To be frank, menyesal beli. Worst ever pada akk. Sayang sungguh. Macam bukan style nur dhuha

    ReplyDelete
  2. Belum baca lagi.. Tajuk gempak.. Tapi skrg nie tgh layan novel seram..

    ReplyDelete
  3. Belum baca lagi.. Tajuk gempak.. Tapi skrg nie tgh layan novel seram..

    ReplyDelete