Umat Islam Rohingnya Di Myanmar - All About Love

Thursday, August 2, 2012

Umat Islam Rohingnya Di Myanmar




Mrs Velentine sebenarnya sedih bila tengok berita tentang umat Islam Rohingnya yang di tindas di Myanmar..jadi sa pun Cubalah mencari  maklumat  lebih lanjut tentang tue di internet dan apa yang Mrs Velentine jumpa mmg menyedihkan.
Sumber dr google


Sumber dr google
Sumber dr google


Sumber dr google
Sedikit sejarah mengenai Rohingnya yang Mrs Velentine dapat drpd Sini.. Sejarah org Rohingnya di Negeri Arakan(yang kini dikenali Myanmar) dikatakan seawal kurun ke-7 ketika Arakan (Myanmar) menjadi penempatan pedagang2 Arab namun bukti sejarah tersebut tidak banyak.Orang Rohingnya memiliki persamaan fizikal,bahsa dan budaya dengan org Asia Selatan terutamanya org Benggali & sesetengah org Rohingnya yang menetap di Arakan adalah drpd keturnan Arab,Parsi& Pasthun yang berhijrah ke Arakan semasa pemerintahan Empayar Mughal.

Orang Rohingnya ini yang beragama Islam menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh iaitu seramai 250,000 kesan drpdOperasi King Dragon di Arakan

 Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke Myanmar  yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,PakistanArab SaudiUAEThailandMalaysia dan Indonesia

Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.

Daripada usaha PBB dahulu, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.


Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.dan Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.

Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.

Untuk lebih lanjut ble baca  DI SINI..tapi skg isu pembunuhan umat Islam Rohingnya semakin menjadi-jadi...Baca sini. & Sini..Mrs VElentine doakan semoga penderitaan  Org Rohingnya akan berakhir.Amin. 


5 comments:

  1. sedihnye tgk.. :(
    moga Allah sentiase lindungi mereka disana..AMIN

    ReplyDelete
  2. Sedih dengar berita macam ni.. harap semuanya dilindungi Allah swt...

    ReplyDelete
  3. doakan saja sebagai saudara sesama islamkan

    ReplyDelete
  4. sedihnyakan..
    moga ALLAH lindungi mereka2 semua..amin..!

    ReplyDelete
  5. sedihnya.. semoga allah lindungin mereka semua..

    ReplyDelete