Puasa "Hari Syak" - All About Love

Friday, July 20, 2012

Puasa "Hari Syak"

Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي)
39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)
(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.
Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)
Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang.
Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.
Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan.



*Copy from my friend Fb..

6 comments:

  1. Salam Ramadhan buat semua ahli keluarga GSF..mohon ampun dan maaf sekiranya tanpa sedar mahupun tidak jika Nur pernah terkasar bahasa mahupun menguris perasaan semua.. Maafkan Nur...!

    Dan selamat berpuasaaa... :)

    ReplyDelete
  2. baru tahu dear..tq sharing..salam ramdhan dari ayu ;-)

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa mrs velentine :)


    hot mama u were tagged http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/hot-mama-in-da-house.html

    ReplyDelete