Penyakit isteri membebel - All About Love

Wednesday, July 4, 2012

Penyakit isteri membebel





Hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al- Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al- Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).


*Copy form Fb Member(FneyMwnoa Eojs) utk renungan kita bersama.

8 comments:

  1. nak nanges bila bacanie.serius.bukannya apa,mmg mcm2lah tugas seorang isteri..kalau dapat suami memahami alhamdulillah..dan alhamdulillah hubby nurul diamjer kalau kena leter..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...samalah..kalo hubby sya..dia ble bawa kit aceta benda lain

      Delete
  2. saya tak pandai membebel..kalu saya marah saya diam aje..hubby pon dah paham...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu,,,tp sekali sekala kena kuarkan nnt makan dlm...

      Delete
  3. Seronok kalau tgk isteri membebel..Tapi isteri saya sekarg ni diam jea, tak membebel dah...

    ReplyDelete
  4. kadang2 mama bebel la jgk kt asben tgk pd keadaan..tp en asben lebig suke diam je..paling tak pun die akan ckp " mama tak penat ke tak berenti2 berckp? " hahaha

    ReplyDelete
  5. entah la... belum kwin.. tp dri sndri mngku mmg kuat beel.. heheh :)

    ReplyDelete