July 2012 - All About Love

Tuesday, July 31, 2012

Ingat Lagi Permainan NI?

2:32 PM
Ingat Lagi Permainan NI?


sumber cik google
Korang ingat tak permainan ni...main getah kitaorg kat Sabah panggil...Mrs Velentine pun dah lupa mcm mn nak buat getahnye(*nah tua sdh tau)..hehehehe..siapa yang teror main benda ni dulu..kalau Mrs Velentine dlu takat jadi anak bulan anak bintang jer..sebab dh lama pendek..kalau main pun kalau setakat pinggang buli lah..kalau kena time di bahu sdh jangan harap lah...hehehe

Biji getah(*sumber cik google)
Yang ni pula biji getah..sape yang duduk kampung confirm pernah main ni...dlu rumah Mrs Velentine kat belakang banyak pokok getah..dengar jak biji getah ni jatuh apalagi...Mrs Velentine ngan adik & kakak terus lari pg dlm hutan..pena kitaorg kutip 1 karung lepas 2 tukar dgn stem(tapak)...Nak main ni kena tindih kan 2 biji getah pas 2 hentak..kalau pecah dia menang..hehehe...korang pernah main ker??

Main tutup botol.


Main tutup botol...alah ingat tak tutup botol minuman dlu2 yang kaca 2...cara mainnya kumpul 4 buji tutup botol..pas 2 jatuhkan ke lantai...and the kawan tetapkan mana yg nak kena tembak(8x berapa ingat dh).hehehe..dlu Mrs Velentine teror tau main benda alah ni..hehehe
Main ting ting

Main ting ting..hehehe...tersangat teror ok..siapa kena pukul ngan mak lagi sebab tengahari buta dok main game ni smpilah ke maghrib...hehehe...ada sesiapa yang teror game ni???

Budak2 skrg dh x main permainan ni..drg main game online jer...huhu...rindu zaman kanal2x.



Read More

Giveaway Raya untuk Semua

1:27 PM
Giveaway Raya untuk Semua
 


Nak join ? Jom tengok syarat-syaratnya :
  • Mesti ada blog
  • Rakyat Malaysia dan berada di Malaysia
  • Lelaki dan perempuan dibenarkan
  • Umur tiada had
Mesti buat satu entri tentang giveaway ni. Syarat entri tu :

So Mrs Velentine taq  "KESAH CIK RONGOKS",lipstickmerah,DayangDeno & Semua AHLi GSF..

nak join Klik sini


Read More

Perenang 15 tahun Lithuania rangkul emas 100m kuak dada

12:08 PM
Perenang 15 tahun Lithuania rangkul emas 100m kuak dada
Ini dia perenang berusia 15 tahun drpd Lithuania yang menang pingat emas acara 100 m kuak dada sukan olimpik london 2012..wow...sangat bersemangat kan dia...


Perenang muda yang bernama Ruta Meilutyte mengalahkan juara dunia, Rebecca Soni dari Amerika Syarikat pada saat akhir yang terpaksa akur dengan catatan 1:05.55.

Manakala Perenang Jepun, Satomi Suzuki pula menamatkan saingan untuk meraih gangsa dengan 1:06.46 saat manakala juara bertahan, Leisel Jones dari Australia di tempat kelima.

Tahniah buat Ruta...u are the champion girl..
Read More

Beruang Bergabung Jadi Panda???

9:57 AM
Beruang Bergabung Jadi Panda???

Jeng2x...nah apa kau rasa?????Oren..hahahaha..Mrs Velentine tergelak tgk pic ni..ada2 jer org yg buat pic ni..kreatif...korang suka..hehehehe....Mrs Velentine pun suka...

Ada siapa2 yang kaki forografi???Berita gembira utk kaki fotografi..Hantarkan gambar PERPADUAN sempena Hari Malaysia & menangi kamera SONY cyber-shot! Di sini..mana tau rezeki korang...

Dan siapa yang pandai buat filem..peluang untuk anda disini anjuran Astro..

peminat fanatik bola sepak..nah RM1000 utk dimenangi...mudah saja hanya masuk sini 





Read More

Tips Khusyuk Dalam berDoa

9:32 AM
Tips Khusyuk Dalam berDoa

Salam Ramadhan 11

9:30 AM
Salam Ramadhan 11

Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui

8:53 AM
Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui


Pada 26.07.2012..kita dikejutkan dengan berita kebakaran kapal MISC Bunga Alpinia yang terbakar di W.P.Labuan...sape yang tak tau ble Baca Sini...


Ekoran kejadian tragis ini..5 orang crew telah terkorban...dan hari ni mngsa terakhir telah ditemui di dalam perut kapal,,,ahli bomba terpaksa menggunakan tali utk mecari mayat ke atas..Mangsa terakhir iaitu Mohammad Nazrin Khamsani, 20 tahun berasal dari kuala lumpur..

Empat mangsa anak kapal yang lain iaitu Shahril Azmi Baharuddin(28,melaka),Mohd Hanafi Kalil(24,Melaka),Zahari Kassim(46,N.9)& Colanggoy Errol Calaluan(22,Filipina).Kapal yang berpangkalan di Pelabuhan Klang ini singgah di jeti Petronas Methanol Labuan selasa minggu lalau(24.07.2012) untuk mengisi 21,000 tan minyak utk dibawa ke Kobe & Kawasaki Jepun tetapi kapal meletup selepas mengisi kira2 6,000 tan minyak.

Takziah buat semua keluarga mangsa & al-fatihah..

arwah os Hanafi..Sedih tgk pic ni

Arwah Greaser shahril n Pman zahari 
Gambar diambil drpd FB Malaysian Seafarer..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..buat keluarga mangsa..salam takziah...Al-Fatihah.

Read More

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

8:25 AM
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
1). AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - AMARAN KATEGORI KEDUA Dikeluarkan pada pukul 04:42AM, 31 Julai 2012

SEKSYEN A:
Ribut Tropika Kuat SAOLA dikesan pada jam 02.00 pagi, 31 Julai 2012, terbentuk pada Latitud 20.9 U dan Longitud 124.1 T, kira-kira 1,743 km ke Utara-Timur Laut Kudat, Sabah. Ribut tropika ini dijangka bergerak perlahan ke arah Utara-Baratlaut.

Sehubungan dengan itu:

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Ditingkatkan daripada amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada 6:50 pagi, 19 Julai 2012.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pantai Barat & Kudat), Reef North, Layang-Layang, Palawan & Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman & Sandakan), WP. Labuan, Sarawak (Miri), Phuket, Condore & Sulawesi dijangka berterusan sehingga Ahad, 5 Ogos 2012.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Reef North dijangka berterusan sehingga awal pagi,Selasa, 31 Julai 2012.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Selat Melaka, Sarawak (Miri), Sabah (Labuan, Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Sulu dijangka berterusan sehingga pagi Selasa, 31 Julai 2012.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 31 Julai 2012, jam 04:42AM 


2). AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT 
Dikeluarkan pada: 05:12am pada 31 Julai 2012

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat dan Pitas); dan Sarawak : Bahagian Miri dan Bintulu (Daerah Bintulu) dijangka berterusan sehingga pagi, Selasa 31 Julai 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), N. Sembilan (Daerah Port Dickson), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar) dan WP Labuan.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

Sumber Info: http://www.met.gov.my/



*utk makluman kita bersama..
Read More

Buka Puasa Di RUmah @ di LUar??

8:16 AM
Buka Puasa Di RUmah @ di LUar??

Salam ramadhan yang ke 11...alhamdulillah masih diberikan peluang utk melihat dunia..syukur atas kurniaannya..Hari ni nak ceta pasal berbuka puasa,,Mana yg korang lebih suka..buka puasa di rumah dgn juadah oleh isteri@emak,,,atau berbuka puasa di luar spt hotel,,restoran & sebagainya..

Kalau Mrs Velentine,sya lebih suka buka puasa kat umah dgn anak2 dgn juadah disediakan oleh sya sendiri(*bukan riak)...alah juadah alah kadar jer...mee goreng...nasi goreng..kadang2 nasi putih ngan lauk..tgk kesempatan..sebab balik jer dh 5.30 ptg..so masak ikut yg sempat jer lah..

Mrs Velentine beruntung sebab dpt hubby yg kalau bab makanan tak memilih..apa yg kita masak dia mkn..kdg2 jer dia minta masak apa yg dia nak...

So niat nak berbuka kat luar 2 mmg kurenggg lah..apalagi dgn ada 3 hero heroin...gamaknya bukan nak berbuka tp terpaksa menjaga mereka pula..hehehe...Jadi lebih baik di rumah...makan sepah pun xpe..mak dia juga yg kemas...hehehe...

Hari ni...mcm nak buka puasa dgn tom yam...sempat ker???hehehe..harap2 sempat lah kan3x...korang punya menu berbuka hari ni apa???jom kongsi..
Read More

Malaysia Vs Manchester City:1-3

7:43 AM
Malaysia Vs Manchester City:1-3

Selepas kalah(*bermaruah ok) kepada Arsenal 1-2 minggu lalu..semalam harimau Malaya kalah 1-3 kepada Manchester city dalam perlawanan persahabatan semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Gol tunggal harimau malaya dijaringkan pada minit ke 87 oleh Azamuddin Akil..Tahniah buat Harimau Malaya..sekurang2nya ada juga gol kan...hehehe...


Manakala gol pelawat pula dijaringkan oleh Segio Aguero(minit 17),Carlos Teves(minit ke 48)dan gol ketiga oleh adam johnson pada minit 52...


Walaupun kita kalah tp Mrs Velentine tetap bangga sebab sekurang2nye ada juga gol buat team kita...tahniah buat Manchester City,,,dan tahniah juga buat Harimau Malaya...korang mmg terbaek...

Berita gembira utk kaki fotografi..Hantarkan gambar PERPADUAN sempena Hari Malaysia & menangi kamera SONY cyber-shot! Masuk Sini
Love your hometown? Make a film and show all Malaysians on ASTRO.Klik Here
Gajah Terbang???biar betul..jom tengok Sini
Read More

Monday, July 30, 2012

Lelaki yang layak digelar binatang

3:28 PM
Lelaki yang layak digelar binatang

Di bulan ramadan yang mulia ni..seorang lelaki  layak digelar binatang..Kenapa???sebab gagal mengawal nafsunya sehingga sanggup merogol dan meliwat seorang kanak2 perempuan  berusia 3 tahun yang dijaga oleh isterinya..


Mangsa  baru dijaga selama 2 bulan oleh isteri suspek,kejadian ni berlaku ketika si pengasuh keluar membeli barang di kedai..


“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.


Dunia2...apa lah tarikan budak berusia 3 tahun sehingga nafsu mu tak terkawal lagi wahai lelaki pemngsa..hish geram Mrs Velentine...kejam2x
Read More

Sudah dera lepas 2 biarkan saja mati di hospital..

3:13 PM
Sudah dera lepas 2 biarkan saja mati di hospital..

Astagfirullahalazim...ada juga manusia begini di dunia ni...Sepasang suami isteri dari Bandar Sri 
Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.Tetapi , kanak-kanak lelaki   malang  yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.


Yang paling menyakitkan hati apabila mereka melarikan diri selepas meghantar anak mereka ke unit kecemasan dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu diluar hospital..


Hish geram betul lah dgn mak bapak yg mcm ni...kalau x nak anak tak payah beranak..ni nyawa anak mcm tak berharga..langsung x nyesal dgn perbuatan mereka..sedarlah anak itu anugerah daripada Tuhan.Kalau Yang Kat Atas 2 x nak bagi lagi lepas ni baru nak mendah tangan ker???


Sorry mmg teremosi...sebab org lain snggup bersekang mata..bersusah payah jaga anak..tapi mereka pula senang2 nak dera anak smpi mati pas 2 tak nak bertanggungjwab..SubahanAllah...Dunia2...



Read More

Bersekang Mata..

1:50 PM
Bersekang Mata..

Niat di hati nak tido jap..hish apalah Mrs Velentine ni..hari2 nak tido..hohohohoho..sebenarnya petang semalam sebelum berbuka c adik wana demam..panas sgt...so tidokan dia awal lah tp dlm 7.00 petang mcm 2 dia bangun..badan mengigil..sejuk kot..

Masa 2 tgh kemas2 brg..sebab baru lepas sungkai(berbuka puasa)..panik juga lah...tp lepas lap badan dia ngan kain basah..suhu badannya trun sikit..."mama mau mamam bubur"...ah korang tau dia nak bubur apa???jeng3x...bubur ayam McD...atas hasutan c abg n kakak...So kitaorg bawaklah dia pg beli...

Bila dh siap mkn..dia pun nak tido...kira oklah..tp sebenarnya..dugaan bermula jam 11.00 mlm..bdn dia mula panas..tp dia x meragam..cuma Mrs Velentine kena berjaga2 sebab takut nnt ada apa2..tido2 ayam je..kejap2 bangun cek suhu badan dia...

Masa Sahur dia ada bangun..tp tido kat buai..so dptlah sahur sekejap...ntah tiba2 hujan lebat pula..siap ada guruh(tamparik org sabah bilang)...ini kali dugaan bertambah lagi..Sebab S Kakak pula lagi yg menangis sebab takut guruh...

So dijadikan cerita semalam adalah hari bersekang mata Mrs Velentine..hehehe..tp Utk mereka no hal lah..hehehe
Read More

Budak Hidup dengan lembu???

11:01 AM
Budak Hidup dengan lembu???

Pernah dengar budak hidup dengan lembu???Mrs Velentine baca paper Berita Harian hari ni...Di Moscow seorang kanak2 perempauan berusia 5 tahun di temui hidup dengan lebu & tidak boleh bercakap,,dia hanya mampu berkomunikasi dengan bunyi"moo"...

Dia diselamatkan pihak polis Rusia,,dan apa yang paling malang budak tersebut tidak mempunyai nama...tidak tahu cara makan yang betul...& lebih suka meminum susu dr periuk seperti seekor lemb & tidak berpakaian...

Dan ini bukan kes pertama tp pada tahun 2009...pernah seorg budak dibesarkan oleh seekor anjing..

Dunia2,,,ada anak tak mau jaga..ingat senang nak dapat ker???
Read More

Kelebihan Berpuasa

10:40 AM
Kelebihan Berpuasa

Pernah Mengalaminya?

10:32 AM
Pernah Mengalaminya?

Orang selalu cakap..hargai seseorang yang berada di sisi anda kerana mungkin masa itu anda x menghargainya tetapi setelah dia melangkah meninggalkan kita baru lah kita akan merinduinya tatkala dia  sudah pun melupakan kita.

Korang Pernah mengalami situasi ni???Mrs Velentine pun tak pernah...*moralnya sebab sentiasa menghargai semua di sisi sya*...tp minggu lepas...ada seseorang ni PM kat FB"raya ni balik kg Bfot ke Tak??"

Mrs Velentine balas "Ya,kenapa??"Nak tau apa dia balas???"nda lah kira mau p rumah sebab lama nda nampak kau"utk makluman org yg pm Mrs Velentine ni classmate masa form 5(lelaki) dah kawen ada anak 2 ke 3 mcm tue...

Jadi Mrs Velentine heran juga nape dia cakap mcm 2..x kan lah teringat kisah dlu2??hehehe,,,,korang tau ker ceta dlu2 yang Mrs Velentine maksudkan(*korang fikirlah sendiri)...hehehe...

Tak baik kan dia,...kesian wife dia...huhu..sya minta maaf...sebab sya lebih syangkan Mr Velentine sya..

Peminat Lisa Surihani & ingin bershopping serta beramal denganya di bulan ramadan ni??Masuk Sini
Video review produk kecantikan yang best dari Malaysia! :) jom tengok Di sini
Read More

Ada 3 atau 4??

9:40 AM
Ada 3 atau 4??

Salam semua??puasa ker??Sarapan apa Pagi ni(*nak kena empuk Mrs Velentine ni agaknye)..nampak tak pic kat atas 2...korang nampak berapa...hehehe...apapun jawapan korang bagi itulah yg sebenarnya..semuanya terletak pada diri anda,,,hehehe...

Bandar Tempat anda tinggal skrg Cool Ker???jom ketahuinya Di sini

Video review produk kecantikan yang best dari Malaysia! :) jom tengok Di sini

Peminat Lisa Surihani & ingin bershopping serta beramal denganya di bulan ramadan ni??Terjah sini
Read More

Friday, July 27, 2012

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

3:59 PM
Segmen: Kenangan Ramadhanku…
segmen

Sebagai tanda sokongan kepada Ahli GSF Dieyna So Mrs Velentine join segmen:Kenangan Ramadhanku...

Kenangan ramadhan yang Mrs Velentine nak kongsikan ialah pengalaman berpuasa di perantauan selama 2 tahun di tangkak,Johor ketika bertugas di Kolej Matrikulasi Johor.

Al-kisahnya...selama 2 tahun bepuasa diperantauan mmg teringat waktu berbuka puasa yang lebih awal di Sabah....hehehe..tiap kali berbuka adik2 ngan kakak akan call bagitau mereka dh berbuka...masa 2 kan famous dgn Video call...apalagi sya ngan Mr Velentine tension lah..sebab kadang2 depa buat video call masa depa tengah menikmati jaudah berbuka...mau tak tension..hehehe

Selama 2 tahun diperantauan jugalah selalu je Mrs Velentine jadi bahan gurauan rakan2 sepejabat..sebabnya..jeng2x...pernah 1 hari masa kat bazaar Mrs Velentine minta air susu kacang ngan budak yg jual air...tp yg heran budak 2 x bagi...smpi Mrs Velentine dok ulang2 permintaan 2..last2x adik 2 cakap dia x faham...kenapa sebab org Semenanjung x panggil susu kacang tapi air soya..
peristiwa ni bukan hanya berlaku di bazaar kat tangkak johor tp juga kat Giant,Nilai N.9...Nasiblah masa 2 kebetulan ada staf depa yg asal sabah...hehehe....rakan senegeri 2 cakap"org sini nda panggil susu kacang drg panggil air soya"

Dan sampai sekarang kalau ingat balik rasa lucu jer...sebab perkataan susu kacang 2 mmg popular di Sabah..hehehe



Read More

Jepun kejutkn juara euro(Spain)

9:23 AM
Jepun kejutkn juara euro(Spain)
Jepun mengejutkn juara euro 2012 dlm perlawanan bola sepak Olimpik London 2012 semalam apabila mengalahkn spain 1-0.Gol jepun dijaringkn pada minit ke 66..untuk makluman Pada minit 43 kalau x silap seorg pemain Spain tlh dikenakn kad merah.Walaupn kemenangan ni org pndg mcm nsb je tp ni lah hakikatnya bahawa jepun negara asia telah menewaskn Spain.yeah.tumpang bangga sebab Malaysia jg negara asia.tahniah.chayok2
Read More

Thursday, July 26, 2012

Dera Lagi Sehingga Pecah Usus

1:18 PM
Dera Lagi Sehingga Pecah Usus
Dera hingga pecah usus

Pantang Mrs Velentine dengar budak kena dera...tapi hari ni di bulan yg sama..selang berapa minggu jer...1 lagi kes dera bayi sehingga menyebabkan bayi berumur 8 bulan  tersebut sedang nazak akibat ususnya pecah.

Tolonglah wahai pelaku yang kononnya Teman Lelaki kepada Ibu Mangsa...Apa yang ko fikirkan time kau buat perbuatan 2...Mamanya kau mau tp anaknya kau pukul,,,org bagi amanah sama kau tolong jaga jap sebab Ibu nya pegi kerja...tp akhirnya ni yg kau bagi..

Memang Emosi skg ni...iyalah..kalau bercinta dgn ibunya kena lah menerima anaknya juga..jangan hanya mau ibu tp anak kau dera...(*sorry memang marah ni)

Samalah juga apabila seseorang itu mengambil keputusan utk berkahwin dgn pasangannya..maka dia akan menerima keseluruhan ahli keluarganya...

Mrs Velentine doakn bby ni sembuh...buat Ibu mangsa tabahkan hati.

Read More

Datuk Lee Chong Wei Jalani Ujian Dadah

12:27 PM
Datuk Lee Chong Wei Jalani Ujian Dadah

Belum pun bermula Sukan Olimpik  London 2012..Datuk Lee Chong Wei yang menjadi sandaran 28 juta rakyat malaysia dikejutkan dengan kehadiran pegawai Agensi Anti Dopping Dunia(WADA) untuk menjalani ujian dadah,semalam ketika sedang manjalani latihan di Bath University.

Namun ujian seperti ni adalah perkara biasa buat atlet terkemuka dunia seperti beliau..Dan ini bukan kali pertama menghadapi situasi seperti ni.dan beliau memberikan kerjasama dengan baik..

Bagi Mrs Velentine pula mungkin mereka takut ngan Datuk Lee Chong Wei kot..hehehe...tp kalau iya pun janganlah buat ujian tue sebelum olimpik bermula...

Dorang ni bagi tekanan psikologi betullah...apa2pun buat Datuk Lee Chong Wei...Rakyat Malaysia sokong anda...Chayok2...

Read More

Nur Suryani Menjadi Tumpuan Akhbar Dunia

11:40 AM
Nur Suryani Menjadi Tumpuan Akhbar Dunia
Sumber dr cik Google


 Nur Suryani Mohamed Taibi penembak negara yang akan beraksi di Olimpik London 2012 yang berazam untuk memenangi pingat menari tumpuan akhbar dunia kerana menyertai sukan olimpik dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan.

"Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi," jelasnya.

Berikut adalah kata2 drpd Nur Suryani...sebagai seorang wanita,ibu & rakyat Malaysia Mrs Velentine bangga dengan semangat Malaysia Boleh yang ada pada dri beliau..

Mrs Velentine berharap beliau berjaya dlm sukan olimpik yg x lama lagi..& semoga selamat melahirkan baby yg sihat n comel..

Chayok2...Malaysia Boleh!!Nur Suryani Boleh!!



Read More

Kapal Minyak MISC ship Bunga Alpinia Terbakar Di Labuan

9:44 AM
Kapal Minyak  MISC ship Bunga Alpinia Terbakar Di Labuan



Sumber dr Facebook  Malaysian Seaman Club's Page
Kebakaran kapal minyak Bunga Alpinia di Labuan pada 2.30 pagi tadi mengegarkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan...Memang mengejutkan sebab letupan yg kuat megegarkan & memecahkan cermin pejabat...

Ngeri & menakutkan sebab sehingga sekarang api masih belum dapat dipadamkan(*sumber drpd sepupu yang berada Di Labuan)..letupan sebanyak 3 x pada 2.30 pagi...yang kedua x pasti masa & yg ke-3 pada 7.00 pagi amat menakutkan...

Menurut khabar ada yg terkorban tp jumlah tidak diketahui..Penduduk di Kg rancha2 meninggalkan rumah mereka kerana kebakaran kapal berdekatan dengan kwasan kampung berkenaan..

Sama2lah kita mendoakan keselamatan penduduk di Labuan.Amin.


Read More

Syukur Atas Pemberian..Setengah bulan Gaji pun ok..

8:43 AM
Syukur Atas Pemberian..Setengah bulan Gaji pun ok..


Mrs Velentine bersyukur dengan berita yg diterima semalam...akhirnya pemberian bonus kepada semua kakitangan awam diumukan semalam..walaupun hanya setengah bulan gaji..ok juga bah..ada juga bikin tambah2....Syukur pada yang Esa atas rezeki yang kau berikan...

Mesti semua penjawat awam tersenyum dengar berita ni...tp ada juga yang x reti bersyukur mengeluh"alah setengah bulan jak???"hish agak2lah...setengah bulan lebih baik drpd tiada...sekurang2nya blelah digunakan utk keperluan raya....

Pesara juga menerima bayaran khas kewangan sebanyak RM500...ble lah mereka berbelanja utk raya...terima kasih buat Perdana Menteri kita...

Nak buat apa ngan duit bonus ni ek???chewah belum dpt nak fikir dh ditujukan kemana duit 2...Mrs Velentine rasanya duit2 tue utk beli persiapan My HaikalAyuWana..kalau ada lebih nak beli utk adik2 lagi...xpe tgu duit ada baru fikir kan3x...

Selamat berpuasa ke-6 buat semua..moga diberkati hendaknya


Read More

Wednesday, July 25, 2012

#wordless wednesday#

11:22 AM
#wordless wednesday#

Aku..Longkang & Kereta..

11:09 AM
Aku..Longkang & Kereta..



Ini cerita benar sebenarnya drpd Mr velentine....Tragedi ni berlaku masa Mrs Velentine darjah 1...Time ni masa cute lagi ok...skg pun cute juga bah....Dulu masa darjah 1 Mrs Velentine sekolah di labuan..Nama sekolah Mrs Velentine tue ialah SK Pekan 1.Betul2 dekat dgn masjid besar labuan.Siapa orang labuan @ sabah mesti tau sekolah ni...

Sek Mrs Velentine terletak di tepi jalan....so korang faham2 lah kat..tepi jalan mesti ada longkang aka parit....kalau x dlm pun yg cetek je,,,tp untuk pengetahuan kamuorg longkang dekat sekolah Mrs Velentine ni dalamnya mak oi....buli patah kaki geng....ngerikan3x..

Kebetulan pula...dulu2 di luar sekolah mesti ada penjaja berjualan...Kan3...sekolah kamuorg ada juga kah???Ehm kalo di luar sekolah Mrs Velentine jangan heran lah...ble buat pasar malam sudah ramainya org yg berjualan...nah apa tidak dr hujung ke hujung penuh...

Entah kenapa suatu hari yang malang..chewah malang kah???iya malanglah mungkin,,,,kamu mau tau kenapa???Jeng jeng jeng....Oleh kerana berjalan nda tengok depan...mata asyik melilau tgk org berjualan...padah akhirnya diterima oleh Mrs Velentine...

"Gedabommmm....",kamu tau apa yang jatuh???

"Woi...adik kau jatuh sana longkang",kawan kakak Mrs Velentine bgtau dia.

"Mari sini...bg tangan 2...mcm mn juga kau jalan ni??ok kah...sakit?"bebel kakakku dlm loghat Sabah.

"Sakitlah bah..mau tanya lagi..sudah orang jatuh tanya lagi sakit kah nda,"jawabku..

Nah dpt kamu bayangkan..nasiblah tiada tulang yg patah...itulah jalan nda pandang depan sibuk pandang org berjualan...natijahnya masuk ke longkang..apa kau rasa oren??hahaha..Nasib time 2 sa masi darjah 1...bayangkan kalau skg..mak ai malunya 2...huhu

Tak cukup dgn kejadian longkang...selang seminggu kemudian Mrs Velentine jadi si Badang lah pulak..Kisahnya..hari 2 balik sekolah seorang kakak ada kelas lagi tak tau kelas apa x ingat....darjah 1 x reti lagi menyeberang..tp selalu ingat pesan mak kalau mau seberang..seberang jalan di lintasan Zibra..

Maka dengan yakin..tanpa melihat kiri dan kanan Mrs velentine menyeberang...Gedabommm..& seiring 2 bunyi brek kereta kedengaran...korang nak tahu...apa yg Mrs Velentine buat...mesti kamuorg gelak ni...

Mrs Velentine tahan kereta 2 ngan kedua2 tapak tangan...huhu..lucu bila teringatkan peristiwa ni..tp kalau diikutkan bukan salah Mrs Velentine...dh tempat pelintas jalan kaki...yg kereta 2 jalan gak buat apa..nasib umur ni panjang lagi...kalau tak..tak dpt lah nak berblogging mcm ni ...n ikut segmen ni...

*sebenarnya entry ni utk Konspirasi Blogger Kreative 2012...join sebagai tanda support utk GSF sebab Mama Arina pun join..

Jom Join sama.. Mrs Velentine Tag Miss Banu & Cik Sweety




Read More

Tragedi Bulan Julai

8:42 AM
Tragedi Bulan Julai


Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober


Korang Semua tau kan lagu ni???apa??tak tau...hish2x sedih awie tau...hahahaha....alah ni lagu tragedi oktober....Sembilu 2 kan guna lagu ni.....alah masa awie tampar Amy mastura 2(*lupa2 ingat betul ker?)hehehe....


Tapi bukan ni yg Mrs Velentine nak beceloteh...Tragedi bulan julai...Tragedi Mrs Velentine 2 kali acident...tempat yag sama..situasi yg sama....jam yg sama....trauma berlipat kali ganda kesamaannya...


Macam ni jumaat (13 julai 2012) Seperti biasa lah,,,dah rutin Mrs Velentine kena ambil adik yg keja kat Kingfisher(kk Sabah *siapa yg tak tau buat2 tau ble..hehehe)...kalo korang  nak tau kat kingfisher ni Mrs Velentine kena kuar dr roundabout utk balik ke rumah(*indah permai..kk)...


Dijadikan cerita bila Mrs Velentine nak kuar dr roundabout tiba2 ada kereta yg laju so berhenti...tup2 dengar bunyi gedabom...tp x kuat...dlm hati ckp "habis kena langgar sudah ni kereta..marah lah abah ni"...tp bila kuar tiada apa2...n malas mau kecoh sebab proton Gen 2 yg melanggar ble2 kasi reverse keta dia & buat2 bodoh dlm keta nda mau kuar....Dasar nda bertanggungjwab betul...


Balik rumah bila Mr Velentine periksa bumper keta..dia bilang ok..xda apa2...tp mulut pot pet2x marah..lain kali hati2...Tp mcm mn nak hati2 kalau org lain x hati2 kan...hish2x


Semalam...selasa (24 Julai 2012)...di tempat yg sama...situasi yg sama...masa nak tgu clear @ tak utk keluar dr roundabout...sekali lagi...gedabommmmmmmmmm....kali ni bunyi kuat sebab impaknya menyebabkan Mrs velentine & adik terdorong kedepan...nasiblah ada tali pinggang keselamatan...kalo tak masuk hospital lah jwab...

Tapi kali ni si pelanggar namanya Fazrul...sempat lagi bertanya nama???bukan Mrs Velentine yg tanya ok..dia yg bagitau sendiri....sekurang2nya tak lah sakit hati mcm hari 2..dia siap minta maaf lagi...teruk juga keta Viva dia...Sebab Mrs Velentine pakai Troper(keta lama je)....

Apapun bersyukur sebab xda apa2...dan x telefon pun Fazrul sebab Mr Velentine cakap xpe calar skit je bumper 2.."kesian dia kalau minta bayar..lagipun keta dia lagi teruk..skg mau dekat raya sdh.."amboi baiknye hati My Hubby...

Doakan lepas ni xkan ada Kejadia mcm ni lagi berlaku dengan Mrs Velentine....Amin...



Read More

Malaysia vs Arsenal..

8:13 AM
Malaysia vs Arsenal..



Semalam ada berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa(*persahabatan ker??) Malaysia Vs Arsenal...tapi memandangkan Mrs Velentine kat Sabah so x dapat lah nak tgk live kat stadium(*alah kalau buat d Sabah pun blm tentu pg..anak2 sape mau jaga..hahaha)

Ada juga live di Astro tp rumah Mrs Velentine tiada melanggan Astro(*kesian kan..huhu) sebab malas mau terbeban dgn bayaran bulanan lagipun siaran Tv biasa ok  terangnya mcm astro gak..Jadi Mrs Velentine hanya tau yg Malaysia Kalah 2-1..

Tapi kalah pun bermaruah ok...Sebab apa???Sebab Malaysia Score dulu....Siapa yg kasi score??Azmi Muslim..Siapa dia ni???Mesti kamu nda kenal kan....Nah ni dia orgnya yang menjaringkan gol bertaraf dunia...
Credit to  http://nurzaituain.blogspot.com
Mrs Velentine ingat mungkin sejarah last year akan berulang...Arsenal sorry ok...hanya dua gol jak ok..credit utk penjaga gol kedua negara iaitu Farizal Marlias(keeper N9)...mmg terbaek lah wok..hehehe..dan kesemua pemain yg beraksi semalam...Mcm beginilah baru ok..teruskan pretasi yg baik....kalah pun takpe tp yg penting mutu permainan & semngat tue ada....

Tahniah lagi sekali...Sebab sdh tebus 2 drpd 4 gol yg kita kalah last year...chayok2....

Read More

Tuesday, July 24, 2012

Kawen Muda Isu juga Ker???

4:04 PM
Kawen Muda Isu juga Ker???

Hari ni bukak Fb adalah tersebar video perkahwinan pasangan muda ni syafiq (16 tahun) dgn pasangannya yana(14 tahun)...ramai jugalah yang mempertikaikan....awalnye kawen...kawen pakai duit mak bapak....hish2x...

Cuba baca Entry ni kan jodoh seseorang tue dh tertulis & siapa kita utk mempertikaikan apa yg berlaku...mungkin ada hikmah perkahwinan mereka ni...

Sekurang-kurangnya terjauhlah mereka drpd maksiat...tahu jelah zaman skg ni...bercinta jer tp kelakuan dh sama taraf dgn suami isteri..terkadang 2 terover lagi dr pasangan yang halal...

Ada juga pendapat yang 1 ni...kononnya Syafiq ni bertuah kerana dpt wife yg masih perawan  sebab skg ni susah nak cari anak dara yg still virgin...Tp Mrs Velentine tak sokong lah pendapat ni sebab masih ramai lagi anak gadis yg tau menjaga harga dirinya....Betulkan???

Apa2pun jangan jadikan perkahwinan mereka ni isu...sebab perkahwinan itu kan sunnah rasulullah...kawen awal pula terserah mungkin bagus mungkin tidak tp semua terpulang pada kaedaan..

Mcm Mrs Velentine pun kawen awal gak..umur 20...ramai yg ckp Gatal nak kawen awal tp dh jodoh 2 kat sana...apa nak buat...kita menerima apa yang telah disuratkan..

Korang kawen awal jugakah??

Read More

Resipi ikan masak cuka + lada putih.

3:50 PM
Resipi ikan masak cuka + lada putih.

Ada yang minta resepi ikan masak cuka + lada putih  kat sini...So Mrs Velentine nak kongsikan lah resepi ni utk siapa yg berminat...


Bahan2

  1. Ikan(x kisah jenis apa)
  2. Bawang besar
  3. Lada putih@lada bunga
  4. Cuka
  5. Bawang putih merah & halia
  6. Perasa(garam,aji,& lada sulah)
Cara penyediaan

  1. Goreng ikan tp jangan garing sgt nnt keras..
  2. Tumis bawang merah putih & halia yang ditumbuk @ dikisar
  3. Masukkan bawang besar..
  4. tambahkan cuka(ikut citarasa sendiri..nak masam atau sedang2)
  5. Masukkan ikan..
  6. Tambahkan perasa...
Ok selamat mencuba...
Read More

Menu berbuka Puasa Ke-3

11:35 AM
Menu berbuka Puasa Ke-3


Abaikan jer gambar hiasan yang lain kat belakang 2 ok..Semalam Mrs Velentine just masak nasi goreng ...Ikan masak cuka+lada putih...& ikan masak kunyit...


Alhamdulillah semua makanan habis oleh My VelentHaikalAyuWana...berbaloi masak bila tengok dorang berselera betul menikmati makanan...


Petang karang...mau masak mee goreng pula...hehehe,,,korang pula nak berbuka menu apa???




Dititipkan pic My HaikalAyuWana utk tatapan anda semua....comel kan mereka???mcm Mrs Velentine..ahaks!!jan marah....

Mau makanan dengan harga yang murah..Baca Sini
Think you have good street football skills? Here's your chance to win RM1,500 in cash AND appear on ESPN Asia!Read Here
Anak Malaysia sejati? Support & sertai Team Malaysia di sini...Di sini
jom ramai2 sokong Azizul pada olympic akan dtg & berpeluang menang hadiah..Baca Sini

Read More

Update fail Meja..

9:17 AM
Update fail Meja..

Salam.semua....memandangkan bulan julai semakin dekat ke hujungnya dan ogos pula menrpa...maka hari ni Mrs Velentine merajinkan diri mengupdate Fail Meja yg kena diupdate sebelum audit ISO...huhu...


Apa 2 Fail Meja?????Alah Fail ngan meja lah..hahaha....hehehe,,,jan marah..FAil meja sebenarnya:



Rujukan untuk individu di sesebuah jabatan
Berasaskan fungsi dan tanggungjawab individu
Satu FM untuk satu jawatan
Mengandungi maklumat atau panduan untuk mengendalikan tugas yang telah ditetapkan


Ok oleh kerana masa audit hari 2..ada teguran mengenai Fail Meja x update so Mrs Velentine pun ambil langkah keselamatan utk update Fail Meja sebelum kena NCR,,,huhu...

Nanti dh siap akan BW korang ok...
Read More

Monday, July 23, 2012

Takdir Kita

3:48 PM
Takdir Kita
 
Ketika umur kita 4 bulan dlm perut ibu, ditiupkan roh, ditulis siapa jodoh kita, bila rezeki kita, bila kita mati dan sbgainya. soal jodoh itu adalah urusanNya, cepat ke lambat, sekejap atau hingga akhir hayatkah. masing2 ade bahagiannya, jadi taksohlah nak berbangga sbb kita tak tahu mcm mana pengakhiran hdup kita! ☻
 Soal Jodoh ni sebenarnya sensitif...jadi jangan sesekali mempersoalkan kenapa? seseorang tue tak kawen lagi...Bila?seseorang tu nak kawen..Siapa?jodoh seseorang 2,,,
Sama jugalah dgn perceraian...benda ni pun sensitif...jangan sesekali kita mempertikaikan sesebuah perceraian itu..bukan mereka pinta pun..kalau sdh jodoh takat smpi di situ..cinta mcm mn pun akan hilang juga...
 Benar kita telah ditentukan bahagian dlm hidup...cuma kita tak tahu pengakhirannya mcm mn...tak semestinya dia belum berkahwin hidupnya menderita...dan tak semestinya berkahwin akan bahagia...
Semua itu telah disuratkan dlm takdir hidup kita yg tidak pernah akan kita tahu sehinggalah waktunya...
Read More

Al-Kisah My Haikal

3:39 PM
Al-Kisah My Haikal

Pagi tadi sahur mmg Mrs Velentine sengaja tak bangunkan My Haikal sebab masa 2 awal lagi baru 3.30 am..bukak bilik dia tgk tgh lelap tido...kesian pulak nak bangunkan sebab dia pun tido dh lewat semalam...

Pas 2 sebelum pg sekolah dia mkn 3 sudu nasi jer....sebab nnt kat sekolah kan ada sediakan makanan gak...Tapi al-kisahnya hari ni tiba2 nak ambik depa awal jam 3.00 petang...bila dtg nampak Abg Haikal dr tandas dgn muka pucat...

Mrs Velentine tanya"kenapa?abg sakit perutkah??"Abg Haikal Jwab"iya..abg puasa..."lah bila pulak dia puasa..budak2..dia x faham lagi kot puasa 2 apa...

Nak jadikan hal pula..penjaga taska pula ingat dia betul2 puasa...kesian..skg tgh baring kat sofa tak larat..sahur takde tiba2 puasa smpi jam 3...Abg2x...Esok pagi mama bangunkan sahur ok..

Sorry ya nak...nasiblah nda pengsan....kalau tak mau kena marah ngan Mr Velentine....huhu...
Read More

Puasa Ke-3...Aku Pulak???

1:51 PM
Puasa Ke-3...Aku Pulak???

Sekarang sudah hari ke-3 puasa....Kesian Mr Velentine sebab berbuka seorang jer...Kenapa???Sebab Mrs Velentine cuti...hanya sempat berpuasa sehingga jam 3.00 petang je pada hari pertama...kesian kan...nnt nak kena ganti ni..huhuhu

Korang mesti full lagi kan puasa???kalau dah namanya perempuan ni..mmg susah nak full...huhu...masa budak2 jelah...tp masa 2 x juga full...hehehe..sebab hari ke-30 dh malas nak puasa sebab asyik dok ingat kuih raya ngan minuman yg belambak kat umah...hahaha...kenagan betul...

 My HaikalAyu pulak..ehm...Ayu puasa takat jam 8.00 pagi jer masa puasa pertama sebab dia x tahan tgk Adik Wana dok makan depan dia...dugaan..."lapar bah mama"..hehehe...Abg Haikal pulak smpi jam 10 pagi.,.kalau ikut dia tak nak bukak puasa tp atuk dia takut dia pengsan...tp tahun depan no excuse sdh...hehehe

So petang ni oleh kerana Mrs Velentine x puasa...hari ni balik rumah nak sediakan makanan berbuka utk Mr Velentine tersayang..menu tgh fikir...tgk apa yg ada kat umah...

Utk korang semua pulak...kalo pg bazar 2 jan over2...hehehehe...nnt bajet raya hilag pulak...hahaha..jan marah
Read More

Ini dia Si Hitam Yang Jadi Tanda TAnya

10:24 AM
Ini dia Si Hitam Yang Jadi Tanda TAnya

Salam semua...maaf yea buat entry tp takda apa2..sebenarnya online dr HP..tup2 line x ok..x perasaan pulak terpulish entry tue...Sebenarnya si Hitam 2 kucing Family Velentine...Mr Velentine kutip dr kedai kat KingFisher(kk,Sabah) last year...pas 2 bulan 4 hari 2 Si Hitam ni selamatlah beranak kan 2 ekor anak...


Tp oleh kerana Si Hitam ni asyik nak angkat2 anak dia..So seekor mati lepas 2 hari....tinggalnya si Tempok hitam kuning....yg anak kucing ni mmg jadi kesayangan Mr Velentine Ngan HaikalAyuWana...Mrs Velentine je kureng sikit...


Yg Sedihnya....anak kucing kami hilang..nda tahu ke mana..puas sdh mencari 1 rumah & di perumahan....My Wana pula balik2 sdh tanya mana anak kucing???


Si Hitam lagi kesian...oleh kerana anaknya hilang...susu nya bengkak ...mcm perempuan yg BF jugalah kalo anak tak nyusu 1 hari pun bengkak ni kan pulak mau 5 hari....


Ni lah Si Hitam
Thank pada semua yg doakan kesihatan mak mentua Mrs Velentine..mudah2an MIL cepat sembuh amin.
Think you have good street football skills? Here's your chance to win RM1,500 in cash AND appear on ESPN Asia!Terjah sini
Anak Malaysia sejati? Support & sertai Team Malaysia di siniTerjah Sini
jom ramai2 sokong Azizul pada olympic akan dtg & berpeluang menang hadiah..Baca Sini
Read More

Saturday, July 21, 2012

Bila Si Hitam Rindukan Anaknya

10:28 AM
Bila Si Hitam Rindukan Anaknya

Selamat Berpuasa

8:07 AM
Selamat  Berpuasa
Salam pertama ramadan yg penuh keberkatan.syukur dpt menunaikn kewajipan d hr pertama ni semoga d berkati hendaknya. Semoga my HaikalAyu berjaya berpuasa utk setengah hr.utk permulaan..Amin.korang pn selamat berpuasa k.Skg on the way blk ranau sbb my MIL(mom in law) masuk wad.so nk blk jga kt hosp.doakn mak mentua Mrs velentine cpt sembuh..oklh update gn hp je ni.doakn kmi selamat smpi ke destinasi.amin
Read More

Friday, July 20, 2012

Puasa "Hari Syak"

1:41 PM
Puasa "Hari Syak"
Hari "syak" juga dilarang berpuasa padanya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
39- عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه أبو داود والترمذي)
39- Dari `Amar bin Yasir r.a., katanya: "Barangsiapa berpuasa pada hari yang diragukan maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada (Rasul Allah) Aba al-Qasim s.a.w."(1)
(Hadith Hasan Sahih - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
"Hari syak" atau "hari yang diragukan" yang tersebut ialah hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban, kerana rukyah mengenainya (yang diperkatakan orang pada 29 Sya'ban) tidak sabit atau saksi yang melihatnya tidak diterima pengakuannya oleh pihak yang berkuasa disebabkan fasiknya dan sebagainya.
Larangan yang tersebut haram hukumnya dan tidak sah puasanya.(2)
Dalam pada itu ada pengecualian, iaitu kalau seorang pada hari itu mengerjakan puasa qadha atau puasa nazar, maka yang demikian tidak dilarang.
Demikian juga kalau ia biasa mengerjakan puasa sunat yang tertentu seperti "puasa hari Isnin" dan kebetulan jatuhnya pada "hari syak" yang tersebut maka itu tidak dilarang.
Yang dilarang ialah mengerjakan puasa yang tidak bersebab atau "Hari syak" itu diniatkan dari bulan Ramadhan.



*Copy from my friend Fb..
Read More

Akan Follow & Bw Korang Kemudian

1:38 PM
Akan Follow & Bw Korang Kemudian

Semalam Mrs Velentine tak sihat...So x dpt nak Bw & Follow blogger yg sudi follow blog yg x seberapa ni..Jam 2.00 ptg ni pula ada mesyurat pengurusan so mmg x dpt nak Bw..ni pun curi2 kejap..huhu...

Pagi tadi pula busy dgn taklimat keselamatan perlindungan oleh CGSO...alah kan hari 2 Mrs Velentine ada bgtau kena buat follow upBaca sini.....tapi Mrs Velentine x dpt follow up semua sebab petang semalam Mrs Velentine balik awal sebab demam yg agak teruk gak..kesian kan..terpaksa mengagahkan diri drive balik..huhuMr Velentine pula bising2 marah sebab "Kenapa nak g keja kalau demam??degil kan???"..

Nak Tau apa jawapan Mrs Velentine yg degil ni..."alah kan tadi pagi kena hujan time mau masuk keta",,,itulah hakikatnya..hahaha...dh tau tak sedap badan pas 2 mcm org kuat x pakai payung,.,,nah ambik lah kan dh demam...

Kalau ikut betul hari ni x ok lagi tp kena pg gak sebab byk benda nak buat...yg penting ubat kena sambung ikut timenya..

So kepada ahli GSF Mrs Velentine minta maaf ok..nnt terjah blog kamuorg..pada yg follow tq nnt akan follow balik...
Read More

Thursday, July 19, 2012

Anda seorang yang sabar???

9:53 AM
Anda seorang yang sabar???

Nak tahu anda seorang yang penyabar atau tidak???Jom baca ayat kat bawah...



1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
... 4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k.......................
6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja



*Jika anda habis membaca ayat diatas tanpa merungut,ikut arahan,tak tinggalkan mana2 ayat..maka anda memang seorang yg sangat penyabar...Macam Mana???Mrs Velentine berjaya..hahaha...tp dlm hati mengeluh juga..sebab ayat ni takkan habis punya...


Cuba try test,,
Read More