All About Love

Tuesday, November 26, 2019

Spagethi Carbonara vs Spagethi Bolognese

2:22 PM
Spagethi Carbonara vs Spagethi Bolognese
spagethi bolognese(belum gaul kuahnya)
Assalammualaikum,,,

Alkisahnya pergi makan di Kingfisher lunch kelmarin anak-anak ni ada order spagethi bolognese tapi kecewa pekerja nya bilang mee spagethinya tiada habis..bilang dorang tu jak 99 speedmart boleh jak beli pun sana hahaha....
spagethi carbonara (pun belum d gaul hihi)
Jadi MV belilah bahan-bahan spagethi di sana kelmarin untuk masak malam di rumah..beli dua bungkus ...Spagethi brandnya lupa tapi RM2.99 jak sebungkus...so malam MV buat spagethi carbonara...dengan hanya menggunakan isi ayam dan sosej.Jimat lah asal ada rasa spagethi..

Ini kali pertama MV buat yang carbonara selalunya buat bolognese....Alhamdulillah anak-anak suka makan..Siap repeat order lagi mau breakfast spagethi ,,,,makanya siaplah spagethi bolognese untuk sarapan...

Anak-anak minta lah apa jak yang kamu mau makan tapi janji yang kamu minta ni mama pandai masak hahaha
Read More

Sunday, November 24, 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi 2019

8:18 PM
Majlis Anugerah  Kecemerlangan & Graduasi 2019
Assalammualaikum

Image may contain: 3 people, people smiling, text
anugerah pelajar cemerlang UPKK 8A 2018

Throwback hari graduasi sk agama haikalayu yang disekalikan dengan majlis anugerah pelajar..alhamdulillah kakak ayu dapat anugerah pelajar terbaik upkk 8A 2018 ....

pelajar tahun 6 2019
Ada sesi penerima sijil tamat sekolah tahun 6 . Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar ustazah dan ustaz selama 6 tahun haikalayu bersekolah disini. Banyak yang mereka belajar di sekolah ini.


Image may contain: 4 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, people sitting and close-up
team pink
28.11.19 keputusan sijil ugama rendah akan diumumkan,berdebar menunggu result anak2 ni...semoga mereka mendapat keputusan yang baik.

Read More

Friday, November 22, 2019

Keputusan UPSR 2019

4:28 PM
Keputusan UPSR 2019
Assalammualaikum

alhamdulillah 

Alhamdulillah tahniah my kembar tahun .Syukur ke hadrat illahi dengan keputusan anak-anak MV ini.Sangat terharu dengan usaha dorang.Mungkin bagi sesetengah orang result UPSR mereka tidak lah cemerlang tapi cukup cemerlang di mata ibu , ayah dan sekolah.

Kerana sekolah mereka adalah sekolah yang memperolehi lonjakan peratusan yang tertinggi di seluruh negeri sabah ...Dari 54.++ peratus ke 87.++ ..Tahniah Sk API API ,Tahniah kepada GURU,PIBG,MURID DAN IBUBAPA.

Bagi MV keputusan kembar tahun ini sangat mengejutkan ...nda menyangka keputusan seperti ini sebab sepanjang percubaan abang nda pernah lulus...Kakak Ayu pula hanya dapat keputusan yang asal lulus.Jadi bila dapat keputusan ni semalam MV memang bangga dengan anak-anak ini.

Doakan untuk keputusan Sijil Rendah Ugama mereka yang sepatutnya semalam tapi ditangguhkan pada 28.11.19...Semoga keputusan mereka mencapai tahap yang mereka kehendaki .Amin
Read More

Monday, November 18, 2019

Menu Jamuan Akhir Tahun

11:10 AM
Menu Jamuan Akhir Tahun
Assalammualaikum

Image may contain: food
Menu Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber Abang Haikal-18-11-19-
Alhamdulillah selesai part jamuan akhir tahun ..sudah terbiasa bawa yang masak dari rumah so inilah menu yang sempat disediakan masa hari jamuan....kalau rajin jadi lah macam yang gambar di atas..

nasi , ayam kicap ,sayur ...kalau sederhana rajin jadilah macam gambar kedua ni...Bihun goreng tomyam dan chicken popcorn ....

Menu Jamuan Akhir Tahun Kelas Tahun 6 SK -13-11-19-
dan kalau betul-betul rajin(**hahaha kalau MV ini memang memerlukan kerajinan yang tinggi)... siaplah kek marble resepi campak-campak...nasib baik menjadi .....

Image may contain: food
Menu Jamuan Akhir Tahun Kelas Tahun 6 Sk Agama-7-11-19-
Read More

Wednesday, November 13, 2019

Majlis Khatam Al-Quran

4:20 PM
Majlis Khatam Al-Quran
Assalammualaikum..

No photo description available.

Alhamdulillah anak-anak berkesempatan bersama-sama dalam mahlis khatam al-quran di sekolah rendah..ini kali keempat kalau tidak silap anak-anak ni khatam al-quran..Ya Allah sejuk hati mama babah...

Image may contain: 17 people, including Lela Nlela, people sitting

Walaupun anak mama tidak cemerlang dalam akademik namun dari agama alhamdulillah sangat menyenangkan hati....Semoga anak-anak mama terus istiqamah ....terus belajar dan jadikan agama sebagai teras kehidupan ...

Image may contain: 8 people, including Dayang Deno and Marliana Abd Malek

Mama doakan anak-anak mama dapat keputusan yang terbaik dalam UPSR dan SRU 2019...mama nda mengharap A,,,cukuplah kamu lulus kedua-duanya..AMin

Image may contain: 13 people, people sitting
Read More

Tuesday, November 12, 2019

Salam Maulidur Rasul

7:30 AM
Salam Maulidur Rasul
Assalammualaikum

Image may contain: 3 people, people smiling, close-up

Salam maulidur rasul..alhamdulillah diberikan rezeki untuk sama-sama berarak sempenan sambutan maulidur rasul peringkat negeri sabah bertempat dari  Harbour City ke Masjid Negeri pada 9.11.19 ....

Image may contain: 6 people, including Safi Suzyaney Shafie and Sarisya Norza, people smiling, close-up

Syukur masih berpeluang untuk sama-sama dalam kalangan 71 kontinjen perarakan...Masih bersama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dengan pakaian free tajaan ofis yang pastinya akan menjadi kenangan terindah dalam hidup ...

Image may contain: 7 people, including Asrol Said, people smiling, people standing and outdoor

Semoga perarakan seperti ini diteruskan untuk memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah dan semoga menjadi ukhwah antara seluruh umat islam 

Image may contain: 1 person, smiling, standing and outdoor

Image may contain: 2 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, selfie and close-up


Image may contain: 5 people, including Norzanah Madirin, Safi Suzyaney Shafie and Sarisya Norza, people smiling, outdoor
Read More

Monday, November 11, 2019

Tarikh Keputusan UPSR 2019

2:54 PM
Tarikh Keputusan UPSR 2019
Assalammualaikum

Image may contain: text


Ibubapa calon UPSR 2019 boleh membuat semakan keputusan pada 21.11.2019 bermula jam 10.00 pagi melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip 


UPSR<jarak> AngkaGiliran dan sms ke 15888

atau 

PASR<jarak> AngkaGiliran dan sms ke 15888(bagi murid berkeperluan khas@ MBK)


**berdebar sebab anak Mv dua org...dan untuk makluman keputusan Sijil Rendah Ugama pun keluar hari yang sama)
Read More

Wednesday, November 6, 2019

Soto Ayam Kegemaran Anak

3:21 PM
Soto Ayam Kegemaran Anak
Assalammualaikum 


Image may contain: one or more people, people eating and food
permintaan syamimi
Semalam MV masak soto ayam versi MV..Syamimi request mau makan soto ayam ,kiranya mama belanja lah dia dapat nombor dua..jadi balik rumah jak terus berperabg di dapur....rebus ayam ,potong apa yang patut,,

Alhamdulillah 3 kali juga dia menambah...syamimi ni paling simple lah makan bihun,sup dan ayam ...sayur ,tauhu tu dia nda makan...jadi memang senang mau kasi makan ni anak...

Lepas siap makan sempat buat jeruk mangga..dapatlah 10 bekas...so malam ni mau buat jeruk betik lagi ....

Image may contain: food
Read More

Tuesday, November 5, 2019

Hari Apresiasi Tabika Kemas Dun Karambunai

2:59 PM
Hari Apresiasi Tabika Kemas Dun Karambunai
Assalammualaikum

Image may contain: 1 person, smiling

Alhamdulillah selesai sudah hari apresiasi Tabika Kemas KPKPS ....setelah 2 tahun belajar di Tabika Kemas akhirnya tahun depan melangkah ke alam persekolahan sekolah rendah..Tahniah My Syamimi dapat anugerah kanak-kanak cemerlang tempat kedua..Syukur Ya Allah..Semoga anugerah ini menjadi penaik semangat untuk syamimi terus rajin belajar

No photo description available.

Terima kasih buat semua warga pendidik di Tabika Kemas KPKPS yang sudah mengajar anak MV selama dua tahun ..Tak lupa juga buat warga pendidik di Taska Permata Kemas KPKPS ...Selama 4 tahun berada di Taska & Tabika banyak perkembangan yang dapat dilihat...

Image may contain: 2 people, including Safi Suzyaney Shafie, child and close-up

Dari tidak mengenal huruf sampai sudah boleh membaca...Terima kasih sangat2..Kesemua anak-anak MV bersekolah di Tabika Kemas yang sama dari anak pertama sehingga yang keempat..Semoga KEMAS terus gah dalam mengajar anak-anak di alam pra sekolah...

Image may contain: 2 people, people smiling

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 6 people, including Fie Fonny and Saliza Abd Hamid, people smiling, people standing

Rezeki syamimi harini ...bukan satu jambangan bunga dia dapat tapi 4 ...semua hadiah daripada kawan-kawan mama...Semoga mereka yang memberikan bunga kepada syamimi dimurahkan rezeki.Amin 

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, standing
Read More

Monday, November 4, 2019

Happylicious Perpustakaan Komuniti UTC KERAMAT

11:58 AM
Happylicious Perpustakaan Komuniti UTC KERAMAT
Assalammualaikum...

Image may contain: 1 person, smiling, text


Sebagai salah seorang warga Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) ,,,MV berkongsi maklumat yang MV dapat dari Page Facebook Perpustakaan Negara Malaysia(PNM)...

Bak Kata Ketua Pengarah..Kalau seorang share di facebook apa-apa program library nanti akan ramai yang tahu...

10.11.2019 (Ahad) sertai Mohana Gill dalam Happylicious pada 10 November 2019, 11.00 pagi di Perpustakaan Komuniti UTC Keramat. Penyertaan adalah percuma.Jangan lepaskan peluang anda.


Read More

Karnival Semarak Jawi 2019

11:52 AM
Karnival Semarak Jawi 2019
Assalammualaikum


No photo description available.


Karnival Semarak Jawi 2019 pada 16 hingga 17 november 2019 (Sabtu & Ahad). Berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pada 9.30 pagi hingga 4.00 petang di Pustaka Negeri Sarawak.


Semua yang berdekatan dijemput hadir. Marilah kita sama-sama semarakkan tulisan Jawi. 

#BudayaIlmu
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#SemarakJawi2019
#MalaysiaMembaca


Read More

Monday, September 23, 2019

Review Novel : Perangkap 2 Hati- Farisya Natasha

11:27 AM
Review Novel : Perangkap 2 Hati- Farisya Natasha
Perangkap 2 Hati Perangkap 2 Hati by Farisya Natasha
My rating: 5 of 5 stars

Perangkap 2 hati ...Kisah cinta Nuh Qays dengan Qisya Zulaikha. Cinta yang disimpan lama tanpa diluahkan.Satu tragedi menyatukan mereka. Perkahwinan yang terjalin sebenarnya amat diimpikan Nuh dan pada masa yang sama ingin memastikan adakah benar segala tuduhan yang kembarnya lemparkan terhadap Qisya.

Namun perkahwinan mereka bukannya mudah.Bahagia namun ada saja yang mendatang..Dengan fitnah daripada Afiah sepupu qisya yang memang membencinya. Adik kembar Nuh dan Izdiyad yang dari dulu mengejar cinta Qisya..

Keguguran anak kembar mereka membuatkan Qisya mengambil keputusan untuk berpisah sementara dengan Nuh...mampukah Nuh mendapatkan isterinya kembali...




View all my reviews
Read More

Friday, September 20, 2019

Review Novel : Bukan Isteri Simpanan-Mia Kiff

3:49 PM
Review Novel : Bukan Isteri Simpanan-Mia Kiff
Bukan Isteri Simpanan Bukan Isteri Simpanan by Mia Kiff
My rating: 5 of 5 stars

Dania diduga dalam kehidupan.Kehilangan ayahnya kerana dendam Budin yang ditolak cintanya.Khalif lelaki yang banyak membantu dia dan sangat mencintai dia.Dan tanpa dia sedar dia mencintai Afif abang tiri Khalif tanpa pernah bersua muka.

Dia menerima lamaran Afif tanpa tau siapa Afif sebenarnya.Kenapa Afif berkahwin dengannya. Rasa benci terhadao Khalif kerana merosakkan rumah tangganya tanpa dia sedar semua itu angkara Afif.Ketika rasa cinta datang kepada Afif Dania bahagia bersama Khalif...

Ketika Dania merasa bahagia sekali lagi dia diuji.Khalif pergi meninggalkannya...dengan satu permintaan agar dia berkahwin semula dengan Afif...Bagaimana rasa jijik Dania dan lukanya terhadap Afif mampu terubati..

Mampukah Afif mengembalikan cinta Dania

View all my reviews
Read More

Thursday, September 19, 2019

Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5- Illya Abdullah

4:20 PM
Review Novel : Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5- Illya Abdullah
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5 Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5 by Illya Abdullah
My rating: 5 of 5 stars

Terdapat kisah seram

Pulangkan (Illya Abdullah),
Kerana seutas loket akhirnya hidupnya berantakan sehingga nyawa tergadai.

Tumpang (Syasya Bellyna),


Selfie (Aziah Zainal),
Kerana ingin cantik sanggup memilih jalan singkat ,Lawa hanya sementara akhirnya nyawa menjadi balasannya

Jin Hitam (Saidee Nor Azam).
Jin Hitam aka hantu raya jangan terpedaya dengannya kelak padah jawabnya.

Olahan cerita yang sangat menarik...memang tak rugi beli

View all my reviews
Read More

Friday, September 13, 2019

Review Novel : Projek Thriller: RANTAI-Arman Jazee

2:25 PM
Review Novel : Projek Thriller: RANTAI-Arman Jazee
Projek Thriller: RANTAI Projek Thriller: RANTAI by Arman Jazee
My rating: 5 of 5 stars

3 cerita namun berkisah satu benda yang sama iaitu Rantai.

RANTAI BERNYAWA- Arman Jazee

Rantai bernyawa mengisahkan Seorang pecuri profesional yang mencuri lukisan bernilai jutaan ringgit,berlian bernilai jutaan dollar, barang kemas yang bernilai jutaan euro menjadi sasarannya. namun ketika dia mencuri satu lukisan dia tertarik untuk mengambil seutas rantai. Rantai yang diambilnya mempunyai roh seorang ahli sihir yang jahat...dia terpaksa berdepan dengan bahaya dan kehilangan orang yang dianggap sebagai ayah. Dan kerana rantai itu dia dan musuhnya bersatu hati melawan kuasa jahat yg datang dari rantai tersebut

RANTAI SAKTI-Saidee Nor Azam

Rantau memakai seutas rantai yang dibuat daripada batu yang gugur dari langit.Kerana batu itu dia kehilangan ayah dan abangnya. Semuanya kerana Penghulu Naning. Hanya Kerana abangnya bermain cinta dengan anak penghulu naning abangnya mati dibunuh. Ayahnya pula mati kerana dituduh mencuri batu dari langit tersebut. Dengan adanya rantai yang dibuat dari batu sakti itu Rantau membalas dendam atas kematian ayah dan abangnya.



RANTAI EMAS-Arifful Baqi

Misteri kaminari kembali menjadi bualan apabila Kumpulan Black Chilli merompak Rizqi sehingga terlantar koma di hospital. Farah isteri Rizqi merupakan bekas pembunuh upahan menjejaki ahli kumpulan Black Chilli demi menuntut bela di atas apa yang terjadi terhadap suaminya..

Ifwat pula memang sedang menjejak Kaminari, Ammar merupakan pembantunya sudah puas menjejak Kaminari yang sering menjadi sebutan ketuanya. Kaminari itu seorang lelaki kenapa tiba-tiba ada Kaminari perempuan.

Rupa-rupanya Ammar dan Farah adalah kembar. Dan paling tak disangka Kebenaran tentang Rizqi itu siapa yang mengejutkan



View all my reviews
Read More

Wednesday, September 11, 2019

UPSR DONE

2:37 PM
UPSR DONE

Assalammualaikum

11.9.2019 hari ini merupakan hari terakhir UPSR 2019 subjek Sains...lega semoga anak-anak Mv lulus untuk upsr ni...

Lepas ni boleh fokus sekolah agama pulak...exam sijil rendah ugama (SRU) pada bulan 10 nanti...study untuk upsr sudah ...


Lepas ni kena study untuk sekolah agama....semoga anak anak mv berjaya...walaupun agak struggle tapi insyaallah doakan anak anak mv dapat menduduki exam sru dengan tenang 




Read More

Thursday, September 5, 2019

Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi

7:30 AM
Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi
Assalammualaikum dan selamat pagi  kepada pengerusi majlis,juri, guru-guru dan  rakan-rakan sekalian. Nama Saya Waznah Syamimi .Umur Saya enam tahun. Hari ini saya akan bercerita tentang “Sejarah Kemerdekaan Malaysia”.

Kawan-kawan,

Tahukah bila Malaysia Merdeka? Hari ini saya ingin bercerita tentang kemerdekaan Malaysia. Malaysia merdeka pada 31 ogos 1957. Kawan - kawan  pernah dengar lagu ini?

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh 
Merdeka merdeka tetaplah merdeka  (nyanyi)
Ia pasti menjadi sejarah 

Kawan-kawan ,

Pengumuman rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka dengan laungan sebanyak 7 kali seperti ini .

MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 

Ramai orang datang untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara kita pada masa itu . 

Sehingga hari ini sambutan kemerdekaan masih disambut meriah setiap tahun . Kini sudah 62 tahun negara kita merdeka .

Kawan-kawan

Marilah kita terus ingat sejarah kemerdekaan  ini kerana perjuangan untuk merdeka bukannya mudah. Saya berdoa agar  negara kita terus aman.

Selamat menyambut kemerdekaan buat semua.

Sekian terima kasih.


**MV kongsikan teks bercerita ini untuk rujukan..sebab MV bila dapat surat yang syamimi ikut pertandingan bercerita memang agak susah mencari teksnya.ini pun MV buat ikut kemampuan syamimi..


Syukur syamimi dapat hafal teks ni ,,,
Read More

Wednesday, September 4, 2019

Menang Sajak Kemerdekaan

7:00 AM
Menang Sajak Kemerdekaan


Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki wani menang pertandingan Sajak sempena sambutan kemerdekaan di sekolah agama dia..dia menang kategori Tahun 3....memang tiap tahun dia ikut ..tahun lepas takda rezekinya dapat no.4 jak sebab digabungkan semua darjah ...


Image may contain: 3 people, people standing

alhamdulillah tahun ni dia dapat johan....tahun depan dia mau join lagi katanya ...sajak yang dia bawa haritu 

SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA
ZAINAL ABIDIN AHMAD
BTP

Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.
 

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.
 

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.



Read More

Tuesday, September 3, 2019

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke 62

3:49 PM
Sambutan Kemerdekaan  Malaysia Ke 62
Image may contain: one or more people, crowd, sky and outdoor

Assalammualaikum...

Berkesempatan menyambut hari kemerdekaan yang ke 62 Tahun 31 ogos 2019 yang lepas. Alhamdulillah tercapai hajat bawa anak-anak untuk menyaksikan perbarisan sempena sambutan kemerdekaan...

Image may contain: one or more people, people standing and shoes

Ini merupakan tahun kedua kami,kali ni MV , Mr Velentine , syamimi dan wani sahaja yang pergi HaikalAyu pula ke kelas tambahan UPSR...

Image may contain: 5 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, child, tree and outdoor

Tahun ni agak meriah sambutan kemerdekaan ...yang join perbarisan pun ramai...semoga tahun akan datang dapat peluang macam ni lagi...
Read More

Friday, August 30, 2019

Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas

4:22 PM
Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas
Assalammualaikum


Image may contain: 1 person
ready to go
29.08.2019 sambutan kemerdekaan peringkat tabika tempat Syamimi belajar dan syamimi terpilih untuk menyertai Pertandingan Bercerita dengan 6 orang kawannya yang lain. Ini adalah kali pertama syamimi Join pertandingan bercerita

Image may contain: 2 people, including Norlelah Madi El-rayyan
bersama Puan Ratna 
Dia excited tapi terstuck ketika di awal bercerita kerana mencari juri di mana...haha sebab opening ceritanya ada sebut juri jadi dia mau cari juri untuk ditunjuk...nasib baiklah dia sambung ceritanya dan hafal...
Image may contain: 4 people
antara peserta pertandingan bercerita 
Mula-mula tue takut juga yang dia nda boleh hafal cerita ni sebab bertemakan kemerdekaan dan agak panjang ceritanya...alhamdulillah dalam tempoh cuti sekolah yang baru-baru ni dia dapat hafal kiranya berbaloi jugalah dia berlatih akhirnya jadi johan,.,
Image may contain: 1 person, indoor
Johan Pertandingan Bercerita
terima kasih kepada cikgu syamimi yang memberi peluang untuk syamimi menyertai pertandingan ini...ini adalah pengalaman pertama dia..semangat dia mau join lagi untuk akan datang...


Image may contain: 1 person, standing
Saguhati mewarna dan pertandingan pakaian tradisional

Syamimi juga ada join mewarna dan pertandingan pakaian tradisional syukur dapat juga saguhati....Alhamdulillah semoga kejayaan kali ini menjadi pembakar semangat dan permulaan syamimi untuk terus berjaya
Read More

Monday, August 5, 2019

Review Novel : Jangan Benci Cintaku 2-Emy Roberto

11:51 AM
Review Novel : Jangan Benci Cintaku 2-Emy Roberto
Jangan Benci Cintaku 2 Jangan Benci Cintaku 2 by Emy Roberto
My rating: 5 of 5 stars

Sekali lagi rumahtangga Rafeeqa Dan Shahrizal diuji...Kehilangan anak mereka menyebabkan Shah membenci Rafeeqa ...Rafeeqa cuai .baginya rasa cinta terhadap Rafeeqa sudah hilang ditambah lagi dia tak boleh memaafkan apa yang sudah berlaku,,,

Rafeeqa cuba untuk menyelamatkan rumahtangga mereka namun usahanya tidak dipandang Shah...Rafeeqa terpaksa bercuti tanpa Shah dan dia berkenalan dengan Joe ,,,namun Joe tidak menyimpan apa2 perasaan kepada Pika

Kembalinya dia ke Malaysia lafaz cerai yang dia terima sangat menyakitkan ....kalau dia ingin selamatkan rumahtangga kembalikan semula nyawa anak mereka yang sudah tiada...siapa sangka selepas talak itu dilafazkan ada benih cinta yang hadir di rahim Pika,,

Mampukah pika menghadapi ujian kali ini...


Isteri ketika dia disakiti dan suami ingin kembali ,dia boleh menerima namun sekali salah si isteri kebaikan yang lain terus dilupai

View all my reviews
Read More