All About Love: Teks Bercerita Tema Kemerdekaan
Showing posts with label Teks Bercerita Tema Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Teks Bercerita Tema Kemerdekaan. Show all posts

Thursday, September 5, 2019

Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi

7:30 AM
Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi
Assalammualaikum dan selamat pagi  kepada pengerusi majlis,juri, guru-guru dan  rakan-rakan sekalian. Nama Saya Waznah Syamimi .Umur Saya enam tahun. Hari ini saya akan bercerita tentang “Sejarah Kemerdekaan Malaysia”.

Kawan-kawan,

Tahukah bila Malaysia Merdeka? Hari ini saya ingin bercerita tentang kemerdekaan Malaysia. Malaysia merdeka pada 31 ogos 1957. Kawan - kawan  pernah dengar lagu ini?

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh 
Merdeka merdeka tetaplah merdeka  (nyanyi)
Ia pasti menjadi sejarah 

Kawan-kawan ,

Pengumuman rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka dengan laungan sebanyak 7 kali seperti ini .

MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 

Ramai orang datang untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara kita pada masa itu . 

Sehingga hari ini sambutan kemerdekaan masih disambut meriah setiap tahun . Kini sudah 62 tahun negara kita merdeka .

Kawan-kawan

Marilah kita terus ingat sejarah kemerdekaan  ini kerana perjuangan untuk merdeka bukannya mudah. Saya berdoa agar  negara kita terus aman.

Selamat menyambut kemerdekaan buat semua.

Sekian terima kasih.


**MV kongsikan teks bercerita ini untuk rujukan..sebab MV bila dapat surat yang syamimi ikut pertandingan bercerita memang agak susah mencari teksnya.ini pun MV buat ikut kemampuan syamimi..


Syukur syamimi dapat hafal teks ni ,,,
Read More