All About Love

Tuesday, December 4, 2018

Tudung Diva Scarf Black Tag

10:56 AM
Tudung Diva Scarf Black Tag
Assalammualaikum
Black Pink Butterfly 
Siapa Peminat Tudung Bawal...Kamu sudah ada koleksi Tudung Bawal Diva Scarf???ini adalah antara tudung Diva Scarf  yang terbaru....Black Tag kain sangat berkualiti....sekiranya ada yang berminat mau dapatkan tudung Diva Scarf Boleh wasap MV 0168040362
songket bunga
Akad Nikah 
Songket Butterfly 
Songket Butterfly
Read More

Monday, December 3, 2018

Review: Aku Bukan Bola- A'je Fazlina

8:16 AM
Review: Aku Bukan Bola- A'je Fazlina
Aku Bukan Bola Aku Bukan Bola by A'je Fazlina
My rating: 4 of 5 stars

Mengisahkan percintaan seorang pemain bola bernama Kyrill Zafrie dengan Arisya yang mana kyrill memilih untuk bermain diluar negara dan menangguhkan perkahwinan mereka... Tanpa sokongan dan restu Ibunya Kyrill pergi berbekalkan cinta Arisya,,

Namun siapa menduga...dugaan dan godaan menanti kyrill di sana...bukan hanya kyrill namun arisya juga....namun cinta dan kesetiaan kyrill tetap utuh buat arisya,Malang hanya kerana salah faham dan emosi..Kyrill memutuskan perhubungan dan membiarkan arisya merana...

Tengku Fauzie mengambil peluang yang datang...SI jejaka kaya idaman wanita ..si playboy yang tiba2 berubah...mencintai dan memiliki arisya adalah satu kebahagiaan....saat arisya mula menerima Tengku Fauzie ...Kyrill datang menagih kasih...

Mampukah Arisya berbahagia??kyrill Atau Fauzie mejadi peneman hidupnya nanti??

Baca lah novel ni bagi siapa yang belum baca...ringan tak berat sangat ...jalan cerita yang menarik...dan yang pastiya bila baca novel ni..korang confirm akan terbayang pemain kedah dulu..haha Kyrill muhaimin.....serius...

View all my reviews
Read More

Sunday, December 2, 2018

Review novel Isteri untuk diiktiraf by Nurfaza Alisya

9:23 AM
Review novel Isteri untuk diiktiraf by Nurfaza Alisya

Assalammualaikum


Tengku Wildan Dan Safiyyah.. Bertemu Dan mempunyai cerita yang menyakitkan Hati safiyyah.. Siapa sangka pinangan yang atuk fiyya terima datangnya daripada Tan Sri Tengku Hairi iaitu ayah wildan

Perkahwinan terpaksa Dan Tanpa cinta ditambah Pula tanpa restu Puan Sri iaitu Ibu Wildan membuat fiyya terpaksa berlakon Dan bersabar

Apatah Lagi suaminya Pula bermadu kasih dengan sepupunya sendiri didepan Matanya...namun kemunculan Rafiq menambah derita fiyya kerana Wildan sering memfitnahnya... 

Rancangan ana Julia memerangkap Wildan dengan menuduh Dia merogol ana Julia menyebabkan hubungan wildan Dan fiyya semakin jauh.. 

Apatah lagi ketika itu berlaku Wildan sudah benar2 mencintai Dan menyayangi fiyya....apakah yg Akan terjadi Pada hubungan suami Isteri ini?? 

Kamu Kena Baca novel ni.. Best


Read More

Saturday, December 1, 2018

Majlis makan malam ajk tabika/taska kemas kpkps 2018

11:25 AM
Majlis makan malam ajk tabika/taska kemas kpkps 2018

Assalammualaikum


Alhamdulillah majlis makan yang dirancang berjalan lancar...majlis bertempat Di hotel tabung Haji dengan bayaran rm45 untuk dewasa.. 

Majlis makan malam untuk menghargai AJK Tabika/Taska Kemas 2018..terima kasih Araz penghargaan yang pihak Sekolah berikan.. Semoga hubungan ukhwah ini berkekalan... 

Majlis semalam semua ajk dapat cenderahati sebagai kenangan,sijil Dan hadiah Daripada pihak sekolah..terima kasih atas pemberian
Read More

Friday, November 30, 2018

Pemakaian Kasut Sekolah dan Stokin 2019

8:50 AM
Pemakaian Kasut Sekolah dan Stokin 2019

Assalammualaikum...


Pemakaian Kasut Sekolah dan Stokin 2019 ni MV dapat dari group whatsapp PIBG sekolah anak MV....untuk 2019 hingga 2020 pemakaian kasut bewarna putih masih dibenarkan,,,,dan pemakaian kasut bewarna hitam juga dibenarkan...

maksudnya untuk tempoh 2 tahun akan datang ...bukanlah perubahan drastik ibubapa kena belikan kasut bewarna hitam....tetapi ada etika pemakaian kasur dan stokin iaitu:-


  1. kasut putih + stokin putih
  2. kasut hitam + stokin hitam


sekiranya anak-anak memakai kasut hitam...dan stokin warna putih...adalah salah....dan pada tahun 2021 pemakaian kasut hitam berkuatkuasa sepenuhnya..so ibubapa yang sudah terbeli stok kasut putih atau hitam untuk tahun depan jangan risau ...sebab kedua-dua warna kasut masih boleh digunakan....
Read More

Thursday, November 29, 2018

Intermittent Fasting

11:21 AM
Intermittent Fasting
Assalammualaikum...

Intermittent Fasting iaitu berpuasa selama 16jam makan 8 jam ..semua tiba-tiba kecoh pasal ini sebab Lisa Surihani bagitau yang dia kurus sebab amalkan diet IF ni...kalau di Facebook sebenarnya memang dah ada group Diet IF ni klik SINI  untuk joined secara percuma untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba...

Petang semalam...ada satu video yang MV share di Facebook tentang kebaikan Intermittent Fasting oleh Dr Jue ..Klik sini untuk videonya ....apa yang Doktor ini share puasa 16 jam makan 8 jam mampu cegah kanser...

Mv baru juga mula dengan IF diet ni...tak sampai sebulan lagi ...semoga MV berjaya mengurangkan berat badan....

melalui video yang MV tonton semalam...antara kebaikan IF ni adalah :-

  1. Perubahan fungsi sel hormon iaitu Insulin drop ...Kita sedia maklum insulan adalah tidak bagus untuk badan ....so apabila kurang insulin dalam badan ...fat sel tidak akan berlaku 
  2. HSG(Grow Hormon)-membuat pengamal IF awet muda dan grow hormon meningkat 5 kali ganda dan akan menguruskan badan.
  3. Cellular repair
  4. genetik tahan lama iaitu jangka hayat
  5. brown fat banyak akan menyebabkan pembakaran white fat berlaku
  6. meningkatkan metobalisme
dan banyak lagi...ini yang MV ada tulis untuk panduan..korang kalau nak tau lebih lanjut..boleh tengok video yang MV sebut..

oh ya..sepanjang IF kita boleh minum air kosong,teh tanpa gula,green tea atau kopi tanpa gula... korang ada tak yang buat IF..cuba share
Read More

Wednesday, November 28, 2018

Nombor kedudukan dalam kelas bukan penentu

1:16 PM
Nombor kedudukan dalam kelas bukan penentu
Assalammualaikum...

No automatic alt text available.
ini result percubaan UPKK yang diguna pakai untuk keputusan ujian akhir tahun di sekolah agama anak

Penghujung tahun ramai yang berkongsi keputusan peperiksaan anak-anak....tahniah buat anak-anak anda yang berjaya naik ke pentas menerima anugerah....MV ucapkan tahniah juga buat anak-anak MV yang tidak berkesempatan naik ke pentas tahun ini...sebab di Sekolah rendah mereka tiada di buat majlis anugerah ..kenapa??panjang ceritanya hihi

MV cuma nak becerita sekarang ni tentang nombor kedudukan dalam kelas bukan penentu ...MV kongsikan result kakak Ayu di kelas sekolah agama....nampak tak 21/23 ,,,,,nak penghujung dah kan...dengan result keseluruhan 5A 3B,,,

mula-mula dia dapat keputusan macam ni  masa mula2 awal persekolahan tahun ni ..dia agak down..MV pun down..sebab org tanya anak dapat nombor berapa ....kita sebut jak..nombor yang tanya sdh buat muka riak ..sebab nombor anaknya kecil....

Bila Mr Velentine mula bersuara ..logik bah fikir..anak di kelas yang memang pandai2,,,dia nombor begitu pun result dia bukan gagal tapi lulus....peratus pun bukan rendah..start dari haritu MV sudah tak pandang nombor...MV lebih pentingkan gred purata dan peratus...


So pada kamu yang anak tak naik pentas tapi keputusan anak-anak meningkat..satu jak MV nak cakap..ucapkan lah juga tahniah..dan berikan mereka hadiah sebagai penaik semangat,,hadiah tak semestinya yang mahal....anak-anak ni asal dapat hadiah memang bahagia sudah 


Read More

Thursday, October 25, 2018

Sambal Petai Udang

10:37 AM
Sambal Petai Udang
Image may contain: food
Percubaan Pertama
Assalammualaikum..

Blog dah nak bersawang...mak ai...teruknya.Hari ni MV nak kongsi pengalaman MV memasak Sambal Petai Udang buat pertama kalinya..Serius sebelum memang tidak pernah masak yang berasaskan Petai...Kebetulan Mr Velentine beli petai dari kawan sekerja katanya sayang mau makan kan...abang beli lah...

dia nda tau yang bininya ni nda pernah masak petai hahaha....so semalam adalah kali pertama masak dan ya Ampun sedap yang amat hahaha...itu Anak dan suami yang cakap...dorang cakap sedap sambal ni..walaupun hakikatnya dorang nda makan pun petainya,,,pahit kunun..

Mv makan seorang lah petainya....rasa sambal mimi bilang pedas tapi sedap...sampai mau tambah nasi 2 pinggan..itu anak kecil memang suka makan pedas ....resepi simple jer semalam...

Macam buat sambal nasi lemak...beza MV masukkan udang dengan petai....perghhh teringat rasa sedap itu(**haha puji diri sendiri) ..Siapa peminat petai...kita geng walaupun saya berada jauh di Sabah haha
Read More

Wednesday, October 10, 2018

Review: I Love You, Stupid!-Melur Jelita

9:29 AM
Review: I Love You, Stupid!-Melur Jelita

Monday, October 1, 2018

Sabah Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2018

4:22 PM
Sabah Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2018
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Mv bersama Pemain import Sabah...Ogawa,hector ramos dan francis kasonde

Assalammualaikum....

Alhamdulillah rezeki Sabah Fa ke separuh akhir apabila menang 1-0 di Stadium Likas pada perlawanan timbal balik di Sabah 29.09.2018 dan agregat 2-2 dan sabah layak ke separuh akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan...

Sabah akan menentang Perak pada perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia tu nanti ....Ayo Penyokong Sabah rhinos mari kita sokong pasukan kita ...penuhkan stadium macam masa lawan Kelantan last week hari tu...

Chayok2..harap2 dapat lah tengok Sabah ke Final Piala Malaysia...mengulang zaman kegemilangan jurulatih sabah iaitu Julius Ating, borhan Ajui dan suharmin yusof...

#kemonsabah #radutatapradu #sabahtanahairku #sabahboleh...
Read More

Wednesday, September 12, 2018

Review Novel: Encik Montel Paling Sweet-Aini Effariza

10:36 AM
Review Novel: Encik Montel Paling Sweet-Aini Effariza
Encik Montel Paling Sweet Encik Montel Paling Sweet by Aini Effariza
My rating: 4 of 5 stars

Kamelia Dan Daniel..dua sahabat karib ..namun Daniel menyimpan perasaan terhadap Kamelia yang mana pernah menyebabkan hubungan persahabatan mereka terputus. Kamelia pula diuji pada ketika dia sakit dia ditinggalkan oleh Hakimi tunang yang paling dia cintai....

Hati Kamelia rosak...dan ada seorang penderma hati misteri yang mendermakan hatinya tanpa mau dia dikenali atau diberikan sebarang Ganjaran...namun sesuatu yang sangat pelik apabila hati baru lebih mendamaikan ketika dia bersama Daniel....

Haikal ,si konsultant yang ego mempunyai dendam terhadap Daniel dan Kemelia adalah batu loncatan untuk membalas dendam tersebut...Iri hati ddengan apa yang Daniel miliki membuatkan dia merancang untk membalas dendam

Namun dendam itu bukanlah dendam yang akan menyakitkan Daniel dan Kamelia namun sebaliknya,,,,Apatah lagi apabila identiti si penderma Hati telah diketahui...Siapa dan kenapa dia sanggup berbuat begitu....

**mengharapkan novel ini ada sambungannya..sebab mau tau ending antara mereka berdua,,hihi

View all my reviews
Read More

Thursday, September 6, 2018

Lengkap Akhirnya

3:51 PM
Lengkap Akhirnya
Assalammualaikum

No automatic alt text available.
Saya cup Hati awak tiada dalam gambar sebab kawan pinjam
Alhamdulillah rezeki MV dapat hadiah dari contest Penulis Zan Zarida ..dengan adanya hadiah novel bertajuk mas kahwinku rm22.50 lengkaplah koleksi novel tulisan Zan Zarida MV

Kenapa MV suka tulisannya..MV mula tertarik bila baca mas kahwinku rm22.50...selepas tue mula mencari buku tulisan beliau..alhamdulillah mv sudah baca semua novel beliau...Mv ska sebab watak novel nya campur..ada yg melayu..ada yg mat salih,dan ada yang apek..hihi

MV paling Suka "Saya CUp Hati Awak"
Read More

Wednesday, September 5, 2018

Sambutan Kemerdekaan Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS Anjuran Bersama Khazanah Bestari PSUPS

3:45 PM
Sambutan Kemerdekaan Tabika/Taska Permata  Kemas KPKPS Anjuran Bersama Khazanah Bestari PSUPS
keluarga Taska Permata bersama baju tradisional mereka
Assalammualaikum

Sambutan Kemerdekaan Tabika/Taska Permata  Kemas KPKPS Anjuran Bersama Khazanah Bestari PSUPS pada 30.08.2018...antara aktiviti semasa sambutan :-

  1. Perarakan kanak-kanak dengan iringan lagu Tanggal 31 
  2. pertandingan kolaj untuk kanak-kanak Tadika
  3. pertandingan pakaian tradisional kanak-kanak Taska
  4. Pertandingan Kuiz kemerdekaan kategori Ibubapa


No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
ready for kolaj
Alhamdulillah sambutan kali mendapat kerjasama yang sangat memberangsangkan dari kalangan ibubapa..terima kasih diucapkan...sesi kuiz kemerdekaan pun macam excited dorang ....MV pula hanya sediakan 12 soalan dan hadiah...

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
satu pasukan 3 orang 

Image may contain: 1 person, sitting
syamimi with team 
Pertandingan kanak-kanak pun berjalan lancar..tahniah buat AJK , Guru-guru dan pembantu ...Terima kasih keran sangat membantu dalam menjayakan majlis sambutan pada hari tersebut..

Image may contain: 2 people, child


Image may contain: 3 people, people sitting and child

Insyaallah tahun akan datang kita upgrade lagi majlis kita dengan tambahan yang lebih baik....
Image may contain: 2 people, people standing
ready for perarakan 

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 12 people, people standing
anak-anak taska bersedia untuk perarakan
Read More

Monday, September 3, 2018

Sayangi Malaysiaku 61 Tahun Kemerdekaan

11:20 AM
Sayangi Malaysiaku 61 Tahun Kemerdekaan
Image may contain: 1 person, walking, crowd and outdoor
Tentera TLDM angkat bendera Sabah
Assalammualaikum

Sayangi Malaysiaku 
Kita Punya Malaysia
Sabah Tanah Airku 

Alhamdulillah berkesempatan bersama-sama meraikan hari sambutan hari kemerdekaan ke 61 peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 31.08.218 bertempat di hadapan hotel Promanade  Kota Kinabalu

MV bawa HaikalAYuwaniMimi bagi dorang rasa pengalaman macam mana seronoknya sambutan kemerdekaan..sekaligus sebagai tanda sokongan kepada Kontinjen Gabungan Jabatan Persekutuan atas Nama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah..

Image may contain: 4 people, people smiling, child, close-up and outdoor
ready untuk tengok acara perbarisan 
Sepanjang acara perbarisan berlangsung anak-anak teruja dengan pakaian tradisional suku kaum yang ada di Sabah...suku kaum Cina, Dusun,Bajau,Murut,Sungai, Bisaya dan lain-lain...ditambah lagi perbarisan dari anak-anak sekolah yang memang mantap...

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and outdoor
bergambar dengan abang TUDM
Selepas habis perbarisan dari semua kontinjen ....kami disajikan lagi dengan perarakan kenderaan kembara Merdeka,aset-aset daripada unit beuniform PDRM,ATM,APM, IMIGRESEN,BOMBA DAN JPJ


Image may contain: one or more people and outdoor
perarakan kereta ATM

Buat pertama kalinya..dapat menyaksikan secara live kereta kebal yang selalu kita nampak di Televisyen ....tahniah MV ucapkan kepada semua ahli kontinjen Gabungan kerana dapat tempat ke empat bagi kategori  Jabatan Kerajaan Bukan beruniform..tahniah GUYs....
Image may contain: 13 people, including Paparith Dzakwan, Sainah Ummi, Jai Faizal, Siti Mariam and Yasriah Kasis Yasir, people smiling, people standing, hat and outdoor
Tahniah menang tempat ke empat 
Read More

Monday, August 13, 2018

Review Novel : Jangan Benci Cintaku -Emy Roberto

3:58 PM
Review Novel : Jangan Benci Cintaku -Emy Roberto
Jangan Benci Cintaku Jangan Benci Cintaku by Emy Roberto
My rating: 5 of 5 stars

Jangan Benci cintaku tidak seperti yang dalam drama...watak Faris dalam drama adalah Azwan....irwan pun tak lah sejahat dlam drama..hihi...begitu juga dengan watak Husna,,,Nek Pah pun nda lah sekejam yang kamu tengok..

Sa rasa kamu perlu baca novel ni...baru kamu nda terlampau sakit hati..hahaha,,serius ila baca novel rasa geram sama husna dan nek pah berkurangan....oh ya watak syazwi dalam drama ni tiada kaitan pun dengan Linda dan latisha...

memang lain dari yang lain..MV lebih suka version asal iaitu novel..tahniah buat penulisnya 

View all my reviews
Read More

Mee Kari Seafood

2:26 PM
Mee Kari Seafood
Image may contain: food

Assalammualaikum

Menu makan malam kami sekeluarga,,tanpa dirancang sebab terliur bila tengok kakak update yang dorang makan mee kari di kampung...Bila diingat bahannya ada ..maka terhasillah mee kari seafood...sedap nda sedap belakang cerita...

Janji anak-anak dan suami makan dengan puas hati sudah cukup berbaloi ...mv suka masak tapi nda berapa teror..jadi kalau memasak ni pakai resepi sendiri..kalau ikut buku resepi pun banyak mv derhaka hahaha....

orang suka tak makan mee kari..mee kari MV ni sayur takda sebab anak2 memilih makan sayur...macam syamimi cuma makan sayur pucuk manis,kangkung,taugeh,pucuk ubi...wani kubis...ayu sayur kampung...so jalan selamat hanya hiris timun,,,,

berapa bintang nak bagi Mee kari MV ni..hahaha..cari penyakit betul,.,jangan kmu komen yg deep ar haha
Read More

Sunday, August 5, 2018

Nombor digi diterminated

6:37 PM
Nombor digi diterminated

Assalammualaikum

Nombir digi yang mv pakai since 15 year kena terminated huhu...kesibukkan dan syamimi yang sakit buat mv lupa yg nombor tue dah lama nda kena reload...

Harini baru nak reload sekali nombor dah tak sah...huhu call digi helpline..katanya boleh dapatkan nombor tu semula sebagai nombor postpaid ...datang ke digi servis center dalam masa 5 hari...

Tadi sidah pergi ke 1borneo...ingatkan ble dapat terus ..rupanya kena mohon dulu ke hq digi di kuala lumpur..

Kena tunggu feedback dalam masa seminggu huhu...harap2 dapat balik lah nombor tu..sebab dah pakai 15 tahun ...lagipun semua urusan bank dan wasap guna nombor tu...

Doakan mv ya

Read More

Wednesday, August 1, 2018

Review Novel : Darlingku Minah Angau_Rabihah Nur Ridhuan

3:51 PM
Review Novel : Darlingku Minah Angau_Rabihah Nur Ridhuan
Darlingku Minah Angau Darlingku Minah Angau by Rabihah Nur Ridhuan
My rating: 4 of 5 stars

Anggun Danisha Dan Harith Mishka...dua nama yang punyai tarikan dan kisah tersendiri. Bagaimana Anggun memilih untuk mencari cintanya di Malaysia tanpa restu si Ayah...manakala Harith Mishka pula penyebab si ayah memilih untuk tidak pulang ke Malaysia...


Benar kata orang...jangan terlalu membenci nanti terjatuh hati....begitulah dua jiwa ini,anggun tak suka harith kerana baginya harith seorang yang menjengkelkan...lain pula dari sisi harith baginya anak dan bapa sama...bagaimana dia jatuh cinta dengan anak musuhnya sendiri.

Sehingga nekad kahwin lari.namun semuanya berubah setelah ikatan perkahwinan ..Harith Mishka menjadi seorang yg lain dari sebelum berkahwin.Bagaimana Anggun mula menyesal tidak mendengar atau menurut arahan ayahnya.

Badri ..si ayah yang merasakan dia adalah yang terbaik dan tak pernah buat salah..bagaimana dia diuji di saat2 akhir hayatnya...mampukah dia mendapatkan kemaafan dari Menantunya?

HIdup ini bukan semua sempurna seperti yang kita mahukan adakalanya kita diuji cuma bagaimana kita menerima dan menghadapi ujian tersebut,,Kuat atau sebaliknya...dan yang paling penting jangan pernah menyalahkan takdir

View all my reviews
Read More

Tuesday, July 31, 2018

Cegah penyakit Tangan Kaki Dan Mulut(HFMD)

10:49 AM
Cegah penyakit Tangan Kaki Dan Mulut(HFMD)
Image may contain: one or more people
Sumber SINI
Assalammualaikum....

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut atau lebih dikenali HFMD(Hand, Foot dan mouth disease) semakin hangat diperkatakan..Apatah lagi baru-baru ini satu kes kematian pertama penyakit ini.

Beberapa taska dan sekolah ada yang ditutup bagi mengelakkan penyakit ni menular...pengalaman anak-anak yang pernah kena penyakit HFMD ini membuatkan MV sentiasa berjaga-jaga...

pengalaman pertama ketika wani berumur 1 tahun lebih....memang masa tu blur..sebab mana kita stress anak asyik nangis...susu pulak bengkak sebab anak tak mau menyusu....memang ibu kena kental sikit...

Syamimi pula kena penyakit ini hampr 5 kali..bayangkan anak yang umurnya kurang dari 3 tahun...memang dugaan tau bila berhadapan dengan pesakit HFMD..apatah lagi yang umur  3 tahun ke bawah,,,

kini HFMD bukan hanya kanak-kanak tapi orang dewasa pun kena...So Mv kongsi sikit langkah pencegahan penyakit HFMD :-

  1. tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan 
  2. mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas 
  3. memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul 
Read More

Monday, July 30, 2018

Rezeki family day

4:02 PM
Rezeki family day
Assalammualaikum..

Image may contain: food
rezeki tahun 2018
21-07-2018 Sambutan Family Day PSUPS bertempat di STAR Tg Aru(Shang Ri La Tg ARu)..kali terakhir sambutan family day adalah pada tahun 2016..alhamdulillah masih sebagai AJK Kelab SUKSES dan terlibat secara langsung dalam pengurusan sambutan kali ini..

Macam biasa ..ada pertandingan sukaneka dan cabutan bertuah..Tahun ini MV berkesempatan Join acara berpasangan dengan Mr Velentine dalam acara APPLE DANCE...alhamdulillah rezeki kami di tempat ketiga...

anak-anak pun gembira sebab masing-masing dapat hadiah walaupun tak menang hadiah no.1,2, dan 3 acara individu tetapi menang acara berkumpul iaitu soccer kids (8-12 tahun ) Syamimi pula soccer kids(4-7 tahun)

untuk acara wajib iaitu tarik tali..tahun ni MV join group Timbalan Setiausaha Persekutuan (TSUP)....kami menang 2-0 keatas kumpulan SUP ...mau rematch balik dorang bilang...haha nda adil katanya haha...

setiap family yang datang diberi satu beg goodies (kit kat,corn flakes,susu dutch lady)..orang cakap kalau family day ni yang paling ditunggu ialah LUCKY DRAW...MV antara yang bertuah pada hari tersebut...

kerana membawa balik 2 hadiah lucky draw..iaitu kuali TEFAL size 30cm dengan cabutan no.19...dan tak disangka nama naik untuk cabutan 2nd Grand Lucky draw iaitu Microwave jenama Electrolux....

Semoga KELAB SUKSES akan terus sukses dan semoga hubungan kekeluarga kami di pejabat berkekalan.AMin
Read More

Tuesday, July 24, 2018

Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22

4:07 PM
Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22
Assalammualaikum

Dengan KPPA baru 
Ketua Pengarah Penjawat Awam Ke-22 Iaitu  YBhg Datuk Borhan Bin Dolah mantan KSU KPLB(Kementerian Pembangunan Luar Bandar ),,,merupakan mantan Setiausaha Persekutuan Sabah (bos MV dulu)

Sekarang YBhg Datuk dinaikkan pangkat sebagai KPPA baru..Tahniah Datuk Atas pelantikan ini semoga Datuk dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi ,,,pengalaman bekerja di bawah seliaan Datuk adalah satu kenangan yang paling indah buat warga PSUPS...

Semoga Datuk terus SUKSES....


Read More

Monday, July 23, 2018

Mari Membaca

3:55 PM
Mari Membaca
No automatic alt text available.
hasil belian di Signature Karamunsing 
Assalammualaikum...

Tajuk Entry Mari membaca ..haha ada kaitan kah...hihi ada lah kali kan..ini kisah MV dan anak-anak. semalam bawa 4 orang anak berjalan tanpa suami yang pastinya setiap mata memandang akan toleh atau dia stuck tengok kami..

Kenapa ??MV pun tiada jawapannya..Oh ya untuk makluman kamu sabahan Signature Karamunsing akan ditutup pada September 2018..sekarang dorang sedang buat sale clearance stock..macam biasa niat di hati mau pajak novel sekali datang clear sdh dapat lah dua novel ni dengan harga rm10 dua buku...

Kakak Ayu pula pilih buku UPKK ..nda lama lagi mau upkk kan jadi mau standby lah ni berkongsi dengan abang haikal...mimi pula MV belikan buku untuk membaca...untuk pra sekolah...

sempat juga grab pen khat 3 batang ..harga dalam RM6.++ harga asal RM4.80 sebatang,.,,ada beg star warz juga ...tapi warna putih..anak-anak nda minat..siapa-siapa yang berkelapangan bolehlah tengok-tengok..ada juga baju-baju dan barangan lain
Read More

Wednesday, July 11, 2018

Perancis Ke Final Piala Dunia 2018

10:19 AM
Perancis Ke Final Piala Dunia 2018
Assalammualaikum

Perancis Ke Final Piala Dunia 2018 mengalahkan Belgium dengan kemenangan tipis 1-0 melalui gol di separuh masa kedua oleh Samuel Umtiti....tapi kali ini Belgium tak terus dihantar balik tapi akan menanti keputusan perlawanan Antara England Vs Crotia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat...

Esok England Vs Crotia...kita tunggu siapa ke Final...MV pilih England Go England Go..apapun tahniah Perancis..mampu kah mereka mengulangi kejayaan di Piala Dunia pada tahun 1998


Read More

Tuesday, July 10, 2018

Menang Pertandingan Busana Kanak-kanak

4:12 PM
Menang Pertandingan Busana Kanak-kanak
tempat pertama kategori kanak-kanak perempuan
Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki anak-anak MV ahad masa Sambutan hari raya Masjid Bandaraya KOta Kinabalu...HaikalAyuwani Ikut pertandingan busana kanak-kanak...memang setiap tahun dorang join...

akhirnya tahun ni rezeki wani dan abang dapat menang...nda sangka bah buli menang..wani punya reaction macam menang miss world hahaha...

no,4 kanak-kanak lelaki 
oh ya ni sempenan sambutan raya Masjid Bandaraya..Memang taip tahun kami datang sebab dorang bersekolah di madrasah dekat bangunan masjid.tahun lepas menang pakaian sedondon..alhamdulillah tahun ni dapat hamper 2...

anak-anak ini sebenarnya join untuk suka-suka tapi dah rezeki menang gembira ...hampers pun di bahagikan sesama adik beradik ..siap bagi sepupu dan mama MV lagi..
Read More

Monday, July 9, 2018

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia Rusia 2018

8:16 AM
Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia  Rusia 2018
Assalammualaikum

Image may contain: text
Sumber SINI
4 Pasukan yang mara ke pusingan separuh akhir :-

  • Perancis 
  • Belgium 
  • England 
  • Crotia
Perancis mengalahkan Uruguay 2-0 di pusingan suku akhir, Belgium pula Menumpaskan Brazil 2-1 ...England pula mengalahkan Sweden 2-0 dan Crotia menyingkirkan tuan rumah melalui penentuan sepakan penalti  4-3 sebelum  seri 1-1

Hampir kesemua pasukan pilihan tersingkir kecuali Perancis...siapa sangka England yang orang sibuk canang main macam hawau , buruk boleh mara ke semifinal sebab bola itu bulat bah...

So siapa pilihan kamu??MV tatap England ..tapi dia lawan Crotia kan..so kalau England kalah pun tak kecewa sebab Crotia pilihan kedua MV  hihi..ni bukan lalang ok...kalau lalang dia pilih team yang menang..

Mv memang penyokong England dan Crotia ( zaman Davor Suker)...manalah tau kan tahun ni tahun England atau Crotia kan hihi

Read More

Thursday, July 5, 2018

Menu Sambutan Raya Sekolah

10:18 AM
Menu Sambutan Raya Sekolah
Assalammualaikum..

Image may contain: food
nasi kismis,ayam masak sos, dan bihun goreng 
hari ni sambutan raya di sekolah Haikalayuwani...dorang request nasi kismis,ayam masak sos dan bihun goreng ...So MV bangun seawal 3.00 pagi berperang di dapur kecilku bukan hanya itu berperang dengan mata yang mengantuk pergh...ini namanya pengorbanan seorang ibu....

MV ni tak pandai masak tapi suka masak..jadi resepi jangan ditanya..main derhaka saja....
Read More

Wednesday, July 4, 2018

UBAH

2:59 PM
UBAH
Assalammualaikum..

Al-Fatihah Buat #babyadam.. semoga kedua ibubapa nya tabah dan bersabar dengan dugaan dan ujian ini. Buat si pengasuh alahai apa di fikiran mu masih buat keputusan masukkan arwah ke dalam peti ais...

scroll Fb rata-rata semua menunjukkan kesedihan terhadap kes ini..tapi tak kurang juga yang menyalahkan ibu kenapa perlu hantar pengasuh...mula status membandingkan si ibu bekerja dan suri rumah sepenuh masa...

please stop lah dengan pemikiran kamu..patutnya benda ni hanya kita meluahkan rasa simpati bukan mencari salah ...mencari salah kenapa perlu anak hantar ke pengasuh sedangkan hakikatnya jawapan itu kita sendiri tahu...

tolong jaga sensitivity dengan rakan -rakan kita tak kisahlah suri rumah atau yang bekerja...jaga hati dan perasaan orang lain...
Read More

Jadual Suku Akhir Piala Dunia 2018

11:20 AM
Jadual Suku Akhir Piala Dunia 2018
No automatic alt text available.
Sumber  SINI
Assalammualaikum....

Berakhir sudah perlawanan round 16 dengan kemenangan England melalui penentuan Sepakan Penalti ke atas colombia...yeah akhirnya badi penalty England sudah berakhir,,,penyokong England pastinya gembira termasuk MV ..

berikut adalah jadual perlawanan suku akhir Piala dunia 2018

Uruguay vs france 
Brazil Vs Belgium 
Russia Vs Crotia 
Sweden Vs England

Adakah pasukan pilihan kamu masih ada lagi???MV England & Crotia...so kita tengok sapa yang balik di pusingan suku akhir..
Read More

Tuesday, July 3, 2018

Ilusi Tak bertepi-Hijau Daun Band

12:55 PM
Ilusi Tak bertepi-Hijau Daun Band

Assalammualaikum...


tak pernah lepas kau dalam ingatanku
tak pernah bisa aku melupakanmu
ku jatuh cinta pada orang yang sayang
kau kekasih sahabatku

rinduku ini bagaikan di ujung hati
cinta ini bagai ilusi yang tak bertepi

cinta mengapa singgah di hatiku
kau salah memilih tempat dan waktu
tak tahan aku menahan rasa
aku tersiksa woo ooo

cinta galau aku menimbang
rasaku atau sahabatku
pantaskah ku abaikan
hati yang menangis menginginkanmu



tak pernah lepas kau dalam ingatanku
tak pernah bisa aku melupakanmu
ku jatuh cinta pada orang yang sayang
kau kekasih sahabatku

rinduku ini bagaikan di ujung hati
cinta ini bagai ilusi yang tak bertepi

cinta mengapa singgah di hatiku, kau salah memilih tempat dan waktu
tak tahan aku menahan rasa, aku tersiksa woo ooo
cinta galau aku menimbang rasaku atau sahabatku
pantaskah ku abaikan hati yang menangis menginginkanmu

inta mengapa singgah di hatiku, kau salah memilih tempat dan waktu
tak tahan aku menahan rasa, aku tersiksa woo ooo
cinta galau aku menimbang rasaku atau sahabatku
pantaskah ku abaikan hati yang menangis menginginkanmu oooh


**berteman kan lagu ni buat kerja...busy dalam persiapan majlis raya penjawat awam sabah

Read More

Monday, July 2, 2018

Keputusan Luar duga world cup 2018

12:13 PM
Keputusan Luar duga world cup 2018
Assalammualaikum...

Germany tersingkir di Pusingan kumpulan...belum pun reda kali ini dikejutkan dengan kekalahan Argentina, Portugal dan Sepanyol di pusingan round 16..

Argentina kalah dengan France dengan jaringan 3-4...Portugal pula kalah kepada uruguay dengan jaringan 1-2...manakala semalam Sepanyol kalah dengan tuan rumah Rusia dengan jaringan penalty 3-4 

Pasukan mana lagi yang akan menyusul selepas ini???

No automatic alt text available.
sumber sini 
tinggal 4 perlawanan saja lagi...malam ni Brazil lagi yang dinanti dan pastinya seluruh asia menantikan perlawanan Belgium Vs Japan....mari sokong asia...mana tau macam korea kan mampu kalahkan germany . MV menantikan perlawanan terakhir round 16 England Vs Colombia...

Korang punya pasukan pilihan masih ada kah?
Read More