All About Love

Saturday, December 9, 2017

Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017

7:00 AM
Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017
anak-anak with teacher dan kakak-kakak
Assalammualaikum...

Jamuan Akhir Tahun Taska Permata KPKPS 2017 berlangsung pada jumaat 08.12.2017..Alhamdulillah berjalan lancar...meriah walaupun hanya konsep pot luck....yang penting anak-anak happy ...MV pula hanya bawa jelly2..aiskrim air..dan biskut koala kids,,

antara pemenang cabutan bertuah
Ada juga cabutan bertuah...alhamdulillah sekali lagi ...rezeki MV dapat hadiah dalam cabutan bertuah..syukur walaupun hadiah tak semewah mana..yang penting niat yang memberi dan menerima tu ...insyaallah pasti mengembirakan
sambutan birthday september hingga disember
Ada juga sambutan hari lahir buat anak-anak yang lahir bulan september hingga disember...syamimi pun termasuk..tapi MV tak bawakan dia kek sebab 21.12 nanti dia akan buat sambutan birthday juga di Taska...kiranya syamimi tumpang kek kawan sajalah hihi...
bila MV berucap sepatah dua kata..
Antara menu yang ada ..Laksa penang,soto,ayam goreng,mee goreng, kek, kuih muih dan air coctail ....terima kasih buat ibubapa ..Mv selaku pengerusi sangat memandang tinggi komitmen ibubapa yang hadir pada hari ini...
yeah bertuah juga kuikui 
mimi tumpang kek..sebab nanti 21.12 baru sambut 
Anak-anak pula mendapat hadiah daripada pihak taska...set mandian anakku ,buku,warna dan set berus gigi.Oh ya penyerahan tabung pun ada..nanti MV kongsikan cerita mengenai tabung syamimi...
acara potong kek 

Read More

Friday, December 8, 2017

Review Novel:Sengal Punya Mamat-UMMU WAFA

4:14 PM
Review Novel:Sengal Punya Mamat-UMMU WAFA

Asslammualaikum

"Aku ingat lover rupanya hater!"

Siti Ajira dan Farhan ..diumpamakan sebagai "Beauty and the beast"..Siti Ajira seorang gadis yang oversize dan dari keluarga yang kurang berada  manakala Farhan seorang jejaka yang sangat kacak dan berasal dari keluarga kaya.

Namun mereka punya dua persamaan :
1.tidak percaya kepada cinta.Farhan tidak ingin berkahwin kerana melihat kehidupan ibu dan ayahnya ..ibunya yg tidak suka dengan mertuanya sendiri.Manakala siti membenci lelaki kerana ayah tirinya yang selalu memukul ibunya.

2.kedua-dua mempunya perangainya yang sama iaitu seorang sengal seorang pelawak hahaha.

Apabila Farhan dipaksa berkahwin dan siti pula menghadapi masalah kewangan maka terjalinlah satu perjanjian dan temetrai lah sebuah perkahwinan...

Demi menebus tanah pusaka siti dan bertahan dengan dugaan yang diterima dari mertua dan suami.Tanpa di sangka Farhan berubah menjadi seorang yang menyakitkan hati...

Cinta Husien ,dan kemunculan Adam membuatkan rumahtangga mereka retak menanti belah...tidak tahan dengan apa yg dialami...

siti  membawa diri...jauh dari Farhan dan berusaha menjadi seorang yg berbeza..kehilangan siti membuatkan farhan jadi tak keruan..

Pertemuan antara siti yang baru dengan Farhan membuatkan dia terkejut?kenapa?

Isteri yang menghilang dijumpai menjadi orang yang berbeza..Mampukah rumahtangga mereka diselamatkan lagi ...

antara Adam dan farhan siapa yang dapat merai cinta siti.

Read More

Throwback Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017

7:30 AM
Throwback Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017
Assalammualaikum,,


bersama Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Dr. Jamaludin Bin Mohd Ali
Throwback Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 2017 yang diadakan di Tawau pada 01.12.2017.Semuanya berjalan lancar walaupun hari hujan..Perarakan diteruskan dan kami berarak dalam hujan...

posing selagi mampu sebelum hujan hihi
Semangat menyambut hari kelahiran Rasulullah kita ..hujan pun bukan menjadi halangan .Paling di tabik spring kontijen di belakang Jabatan Kami..Jabatan Bomba...sambil berkawad mereka berselawat dan ramai orang awam memberi tepukan kepada mereka.

semangat berarak walaupun hujan


Kali ni tema baju jabatan MV..Biru dan hijau...baju ni unik sikit coraknya..seakan2 corak naga... sampai orang kalau nampak kami akan pandang dua kali...cantik katanya...hahaha kami pula menggelarkan kami sebagai team naga,,haha
Bersama Datuk Nor Rizan Bin Mohd Thani Setiausaha Persekutuan Sabah

Biarpun hujan ..ALhamdulillah perarakan haritu berjalan lancar..tak rasa pun penat..mungkin sebab cuaca sejuk kan...ada kah kmu yang terlibat dengan Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni...

Ini merupakan tahun keke-6 atau ke 7 MV terlibat dengan Sambutan Maulidur Rasul...
Semua kaki posing 

Read More

Thursday, December 7, 2017

Review Novel :Kekasihku jangan marah-Zan Zarida

9:04 AM
Review Novel :Kekasihku jangan marah-Zan Zarida
Assalammualaikum
"nak lawan,takut dosa."
"Nak marah,sayang gila"


Safi Awadah si gadis yang belum temuduga sudah gagal dan direject oleh abg seri"serigala"...idan jauhari jejaka yang dua kali bertunang dan 2 kali juga kehilangan tunangnya.

Safi ...bertunang tapi akhirnya terpaksa mencari pengantin baru buat tunangnya kerana mereka tidak boleh berkahwin.

Bermula dengan insiden direject ...sehinggalah safi diterima bekerja tetapi bukan di bawah idan jauhari..safi bekerja dengan kakak idan jauhari .HAJAR

MAKA bermulalah misi membina cinta Safi dengan abg seri..biarpun mukanya garang dan tak suka dengan safi..si gadis tetap buat tak tahu...

Sehinggalah satu perkataan yang dilontarkan kepada safi akhirnya membuatkan idan jauhari menjadi sewel."Bangsat" kerana perkataan inilah ..doa safi semasa dia direject ketika temuduga seakan terkena pada idan jauhari..

"huh,jangan sombong! Encik juga tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua.Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yg nak terima encik jadi menantu.Tak pun terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati!"-safi awadah

pelbagai usaha idan jauhari buat untuk memujuk tapi tak berjaya..apatah lah safi ingin berkahwin dengan arif zikri sebagai isteri kedua..

makin bertambah sewellah si abg seri...mampukah dia merebut cinta dan memujuk safi saat tok kadi sudah menggenggam tangan lelaki lain?

Read More

Tuesday, December 5, 2017

Review novel:Saya cup hati awak!- Zan Zarida

11:11 AM
Review novel:Saya cup hati awak!- Zan Zarida
Assalammualaikum

"Andai cinta sudah menyapa,jiwa dan raga sudah tak terbendung lagi"

Saya Cup Hati Awak!!

Juita dan Jeffrey..tidak kenal tetapi terikat kerana satu lamaran yang tak tersengaja dan yang mnerima pun tidak sengaja menerima.

Juita...pemilik syarikat pembinaan tetapi tidak mendedahkan siapa dia yamg sebenarnya..di tambah lagi apabila abang sendiri merendah2kan dan menghina dia.

Satu persamaan mereka adalah mereka berdua tidak sehaluan dengan ayah mereka.Kenapa?layanan yg ayah juita berikan membuat dia beranggapan dia tak disayang padahal sebaliknya..

Jeffrey pula membenci ayah sendiri tanpa mengetahui kebenarannya.sedangkan kebenaran itu ada pada isterinya.

Apa hubungan Benjamin Lai dengan juita?kenapa juita merahsiakan apa yang dia miliki.Kenapa abg juita sangat membenci dia?

korang baca novel ni..mv suka jalan ceritanya kerana ia bukan sekadar cinta

Read More

Monday, December 4, 2017

Throwback sambutan birthday

12:32 PM
Throwback sambutan birthday

ni yang mama dapat sediakan untuk kakak ayu 

Assalammualaikm

01.12.2017 haritu genaplah usia kakak ayu 10 tahun.Mama wish birthday dari jauh..sebab mama outstation ada sambutan maulidur rasul peringkat negeri sabah 2017 di tawau ..

Kakak ayu wani dan abang haikal tinggal di Ranau.Mv sediakan kek dan hadiah untuk kakak ayu.seperti biasa kek chesse kegemaran mereka mv order..

Korang nampak kah tu kek..ada orang curi makan hahaha..syamimi pegi korek kek tu nasib lah tak ketara...drg sambut birthday dgn sepupu
with wani,abang dan sepupu

Menu dorang malam tu my biras yang sediakan..cucur jagung dengan kuah kacang,spagethi dan bread..tq biras mv atas bantuannya..
chesse cake ....

Buat kecil2 jak..asal orang yg birthday happy dan yg datang pun gembira...nanti 21.12 kita celebrate syamimi punya birthday lagi ya..
simple menu..tq to my biras
buat kecil-kecilan tanpa mama babah dan adik 
Read More

Sunday, December 3, 2017

Selesai berkhattan

8:32 AM
Selesai berkhattan

Asslammualaikum

Alhamdulillah selesai sunat abang haikal.walaupun tanpa dirancang akhirnya syukur selesai juga.Abang haikal bersunat di ranau .Di klinik dr.afifi pakai kaedah laser dengan bayaran rm 140...

Mulanya atuk dia rancang bawa pada minggu kedua  tapi bila kemarin pegi yg ada slot kosong hanya kemarin ..

Selesai lah dia bersunat dalam jam 5.30 petang.terima kasih dengan ayah mentua dan abang ipar yang tolong urus

Sebab mv baru balik kemarin petang ke ranau ...sebab ada perarakan maulidur rasul di tawau..

Jadinya bujangan sdh anak mv..adakah tips penjagaan lepas bersunat ble korang share.tq

Read More

Saturday, December 2, 2017

Review novel Aduhai bos bertuah!!! Zan zarida

2:55 PM
Review novel Aduhai bos bertuah!!! Zan zarida

Assalammualaikum

"Andai ada benci mengapa sempat merindu"

kecewa dengan cinta yang tak memberi bahagia.Akhirnya dian bersetuju dengan pilihan keluarga untuk dikahwinkan dengan bekas tunangnya.

tanpa cinta Dian dan Zamil berkahwin dan membina keluarga mereka sekaligus menyintai satu sama lain walaupun perkahwinan mereka dibina tanpa cinta.

Satu peristiwa membuatkan Dian menghilang sekaligus membuatkan hidup zamil merana.Kenapa dian pergi tanpa mendengar penjelasan.

Ida terpaksa mengupah asmidar untuk mengurat bos gedang aka zamil tapi jangan sampai jatuh cinta.dalam masa yg sama asmidar sebenarnya teman rapat dian.

konflik makin bertambah apabila danish kembali menagih cinta dari dian yg masih isteri orang...

satu rahsia yang terungkai akhirnya menyelamatkan rumah tangga dian dan zamil!!

apa rahsianya ..korang kena baca

Read More

Wednesday, November 29, 2017

Drama Pretty Li Hui Zhen

5:02 PM
Drama Pretty Li Hui Zhen
Assalammualaikum


Pretty Li Hui Zhen

Life’s many challenges can have a tremendous impact on your outward appearance.

Li Hui Zhen (Dilmurat Dilraba) was a beauty in her younger years, but years of hardship on her family has taken a toll on her physical appearance. Her childhood friend Bai Hao Yu (Peter Sheng) experiences a reverse fortune and his dapper good looks in adulthood is an outward manifestation of his prosperity later in life. When Hao Yu tracks down Hui Zhen and wants to reconnect, Hui Zhen is embarrassed by her current appearance and sends her stylish best friend and roommate, Xia Qiao (Sierra Li), in her place. But when Hui Zhen lands an internship at a company that she has been trying to break into, she is shocked to find out that Hao Yu is her new boss.

As Hui Zhen tries to hide her true identity from Hao Yu, magazine reporter Lin Yi Mu (Zhang Bin Bin) begins to show an interest in her. How long can Hui Zhen keep up the charade with Hao Yu?(sumber SINI)


Drama ni ditayangkan di 8tv...oleh kerana best so MV tonton di internet..MV tengok kat kissasian...MV suka jalan ceritanya....terjebak hahaha...
Read More

Fight Song Titanium Choir Show 4O SKUM 2017

4:55 PM
Fight Song Titanium Choir Show 4O SKUM 2017




Assalammualaikum...

Video persembahan kakak ayu dan abang haikal masa majlis anugerah pelajar sekolah mereka...Fight Song Titanium Choir Show 4O SKUM 2017,,,share di blog.bila dorang besar nanti dorang ble tengok ....

video ni ada di you tube..di penghujung video ni kakak ayu ada buat gerakan split jump..terkejut MV tengok...selalu dia buat d rumah tapi nda macam dalam video ni 




Read More

Tuesday, November 28, 2017

Popular bookstore 1borneo sabah

5:42 PM
Popular bookstore 1borneo sabah

Assalammualaikum

Cuti hari ni tak dirancang..mula-mula ingat nak keluar dengan izin saja untuk bawa abang haikal review mata...tapi bila syamimi pun cuti minggu ni  makanya mv cuti sebab susah juga nak kawal 4 org anak kat library..

So bercutilah jawabnya..kebetulan anak-anak minta mv bawa ke popular book store di 1borneo ..mau beli buku dorang bilang
Tapi mv limitkan seorang hanya  boleh beli 1 buku cerita atau komik...then selebihnya boleh beli buku aktiviti untuk sekolah rendah. .

Nampaknya mama silap...buku ceRita dan komik dorang sdh hbs baca tadi...haha..lepas tu rq lagi mau beli komik haha..

Bulan depan lah ya..oh ya tgh sale skg kat popular ...so korang yang nak beli buku n bahan bacaan ble lah pegi..
Read More

Sunday, November 26, 2017

Review novel:Bunuhan

10:22 PM
Review novel:Bunuhan

Assalammmualaikum...

4 cerita dalam satu  buku .bermula dengan kisah sakura samseng jalan.Bagaimana seorang anak yang baru tau dia mewarisi satu kongsi gelap yang diketuai oleh ayah nya dahulu.Betul jangan terlalu percayakan orang yang rapat dengan kita.Buktinya orang yg paling sakura percaya adalah pembunuh ibubapanya dan pemusnah kehidupannya.

"Tren" kisah cinta ..kisah dendam..pengkhiantan dan hasad dengki..demi menjatuhkan seseorang itu dia sanggup berpura2 mencintai tapi sebenarnya untuk menjatuhkan..Dia inspektor yang sepatutnya menjadi pelindung rupa2nya musuh yang paling utama.Yang menjadi mangsa penumpang tren yang terkorban..akhirnya dia tewas tanpa menang apa2

cerita ketiga lagi tragis ceritanya..cinta top secret versi 1.0...cinta yg tak terungkap dan x kesampaian..bagaimana jade mampu menunaikan permintaan olga ..gadis yg dia cintai tapi tak dapat diakui cintanya..

jejak hantu..bila kekejaman berleluasa dan emosi mula menguasai itulah yg terjadi...dia menjadi mangsa.menjadi pembunuh bukan kerana dia rela tapi diterapkan sedari kecil..bila dia mula berubah..semua yg disentuhnya hilang nyawa..bagaimana dia harus berdepan dgn semuanya..namun 4 jiwa menjadi mangsanya...mampukah mereka menewaskan kuasa utama



Read More

Wednesday, November 22, 2017

PERTANDINGAN MEWARNA TASKA PERMATA KPKPS SEMPENA HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN PSUPS 2017

7:00 AM
PERTANDINGAN MEWARNA TASKA PERMATA KPKPS SEMPENA HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN PSUPS 2017
No automatic alt text available.
ANTARA HASIL MEWARNA YANG DIPILIH UNTUK DIPAMERKAN 
ASSALAMMUALAIKUM...

MV KONGSIKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA TASKA PERMATA KPKPS SEMPENA HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN PSUPS 2017 YANG BERJALAN KELMARIN...SEMUA DAPAT HADIAH ..CUMA UNTUK PEMENANG 1 HINGGA 3 HADIAHNYA ISTIMEWA SEDIKIT 
No automatic alt text available.
PEMENANG TEMPAT KE3

No automatic alt text available.
PEMENANG TEMPAT KEDUA 
JURI ADALAH DIKALANGAN GURU-GURU TABIKA ...MV HANYA PENGANJUR TAKDA KENA MENGENA DENGAN NI KEPUTUSAN HAHAHA...TAHNIAH BUAT SYAMIMI...2 KALI DAH MENANG PERTANDINGAN MEWARNA,,,
No automatic alt text available.
PEMENANG PERTAMA (**juri dari cikgu tau mv hanya penganjur haha)
KALAU DULU MASA DIA 3 TAHUN MANALAH DIA PANDAI MEWARNA MACAM NI 
Read More

Tuesday, November 21, 2017

Throwback Majlis Mini Konvokesyen Syamimi

4:42 PM
Throwback Majlis Mini Konvokesyen Syamimi

Assalammualaikum...

Girlfriend abah katanya....throwback gambar dia di majlis mini konvokesyen minggu lepas...gambar atas pentas dengan YB Datuk Hajah Jainab Adun N12 Karambunai ...Gambar ni bayar ke Taska RM10 so MV tinggal cari frame lagilah 

Waznah syamimi..tapi selalu orang salah sebut Maznah Syamimi...hihi,,,maksudnya 

Waznah ===Pencari keadilan Syamimi ===Keharumanku

Read More

Hari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah 2017

3:58 PM
Hari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah 2017
Assalammualaikum...

Image may contain: one or more people and child
ready mau mewarna 
Sempena Sambutan Hari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah 2017 ...Sekali lagi dengan kerjasama Tabika/Taska Permata Kemas KPKPS aktiviti untuk hari perpustakaan melibatkan anak-anak warisan negara...

Terdapat 3 pertandingan yang dianjurkan pada kali ini iaitu :-


  1. Mewarna (Taska)
  2. Membaca (kanak-kanak Tabika)
  3. Menulis ( Kanak- kanak Tabika)
Juri bagi semua acara pertandingan adalah di kalangan guru-guru Taska dan Tabika...Library sebagai penganjur akan menyediakan hadiah buat pertandingan tersebut.


Image may contain: 1 person, sitting and indoor
pertandingan membaca 

Image may contain: 1 person, child
macam-macam gaya ada 

Image may contain: one or more people and indoor
mewarna didi n friend
Selain aktiviti bersama kanak-kanak...Perpustakaan kami juga ada menganugerahkan Pembaca Aktif 2017 iaitu terbahagi kepada dua kategori :-

  1. Dalaman(untuk semua staf pejabat)
  2. Luar( untuk staf yang berada d Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah 
Hadiah berupa buku dan wang tunai..Tahniah buat pemenang.Jumaat nanti sila datang untuk penyampaian hadiah ya,,kalau nda hadiah Mv punya hahaha

Image may contain: one or more people, people sitting and child
apa yang dibincang tue

Image may contain: one or more people
pertandingan menulis

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, table and indoor
pertandingan menulis..
Ada juga satu pertandingan penjenamaan semula perpustakaan .Ini cadangan daripada Datuk Sup ...nanti MV share nama baru library MV k..untuk kategori ni hadiah wang tunai dan hamper menjadi milik pemenang.
Image may contain: 3 people, people sitting
susah sangat kah nak tulis tu siap garu kepala lagi 

Image may contain: 15 people, people smiling, people sitting
Taska Permata KPKPS

Image may contain: 15 people, people smiling, indoor
Tabika Kemas KPKPS

Image may contain: 13 people, people smiling, indoor
girl semua 

Image may contain: 16 people, people smiling, indoor
hero Tabika Kemas KPKPS


Read More

Monday, November 20, 2017

HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH 2017

5:30 PM
HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH 2017


Assalammualaikum..

HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH


Tarikh: 25 NOVEMBER 2017
Hari: SABTU
Waktu: 9.00 AM - 3.00 PM
Tempat: PERKARANGAN WISMA UTC SABAH

Pelbagai program & aktiviti:

  1. Pertandingan mewarna 
  2. Pecah tabung 
  3. Musical chair
  4. IQ puzzle
  5. Roda impian 
  6. Pertandingan tiup belon
  7. Cabutan tiket hadiah 
  8. Program derma darah



Yang paling best, buka akaun SSPN-i Plus anda boleh dapat cenderahati eksklusif sempena Ulangtahun PTPTN ke 20 tahun iaitu Tabung Maskot PTPTN

Selain itu kita ada banyak lagi pelbagai hadiah menarik untuk dibawa pulang 
  • payung
  • alat tulis
  • beg sekolah
  • set mewarna
  • bekas makanan
  • Dan banyak lagi!!!!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Hari Mesra Pelanggan Pejabat PTPTN Negeri Sabah pada 25 NOVEMBER 2017 bertempat di Perkarangan Wisma UTC Sabah dan nikmati juga pelepasan taksiran cukai hingga RM12,000 !
Read More

32 Tahun

5:17 PM
32 Tahun
Assalammualaikum....

No automatic alt text available.
hadiah dari kakak ayu 
18 November 2017 genaplah usia MV 32 tahun...tambah lagi 1 angka...alhamdulillah masih lai bernafas di bumi ini.Birthday kali ni tiada kek...sebab biasa birthday mv yang urus kek..ni birthday MV xkan MV juga urus kek  haha...

Lagipun 18.11 haritu MV bekerja..bertugas di kejohanan futsal piala setiausaha persekutuan Sabah 2017 selaku urusetia...jadi malam baru Mr Velentine belanja Makan..tq my love tiada hadiah pun tidak apa..janji ingatan..dan menjadi orang pertama yang wish..tepat jam 12.00 pagi
ni hadiah paling bermakna ...
Terima kasih buat anak2 MV...walaupun hadiah yang dorang bagi murah tapi amat bermakna buat MV..terima kasih anak-anak mama...syamimi cakap kenapa mama hari jadi tiada kek...jadi marilah kita buat kek viral 2 bahan untuk dimakan...


Terima kasih juga buat semua yang mendoakan dan ucapan birthday buat MV..
Read More