All About Love

Monday, November 20, 2017

HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH 2017

5:30 PM
HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH 2017


Assalammualaikum..

HARI MESRA PELANGGAN PEJABAT PTPTN NEGERI SABAH


Tarikh: 25 NOVEMBER 2017
Hari: SABTU
Waktu: 9.00 AM - 3.00 PM
Tempat: PERKARANGAN WISMA UTC SABAH

Pelbagai program & aktiviti:

  1. Pertandingan mewarna 
  2. Pecah tabung 
  3. Musical chair
  4. IQ puzzle
  5. Roda impian 
  6. Pertandingan tiup belon
  7. Cabutan tiket hadiah 
  8. Program derma darah



Yang paling best, buka akaun SSPN-i Plus anda boleh dapat cenderahati eksklusif sempena Ulangtahun PTPTN ke 20 tahun iaitu Tabung Maskot PTPTN

Selain itu kita ada banyak lagi pelbagai hadiah menarik untuk dibawa pulang 
  • payung
  • alat tulis
  • beg sekolah
  • set mewarna
  • bekas makanan
  • Dan banyak lagi!!!!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Hari Mesra Pelanggan Pejabat PTPTN Negeri Sabah pada 25 NOVEMBER 2017 bertempat di Perkarangan Wisma UTC Sabah dan nikmati juga pelepasan taksiran cukai hingga RM12,000 !
Read More

32 Tahun

5:17 PM
32 Tahun
Assalammualaikum....

No automatic alt text available.
hadiah dari kakak ayu 
18 November 2017 genaplah usia MV 32 tahun...tambah lagi 1 angka...alhamdulillah masih lai bernafas di bumi ini.Birthday kali ni tiada kek...sebab biasa birthday mv yang urus kek..ni birthday MV xkan MV juga urus kek  haha...

Lagipun 18.11 haritu MV bekerja..bertugas di kejohanan futsal piala setiausaha persekutuan Sabah 2017 selaku urusetia...jadi malam baru Mr Velentine belanja Makan..tq my love tiada hadiah pun tidak apa..janji ingatan..dan menjadi orang pertama yang wish..tepat jam 12.00 pagi
ni hadiah paling bermakna ...
Terima kasih buat anak2 MV...walaupun hadiah yang dorang bagi murah tapi amat bermakna buat MV..terima kasih anak-anak mama...syamimi cakap kenapa mama hari jadi tiada kek...jadi marilah kita buat kek viral 2 bahan untuk dimakan...


Terima kasih juga buat semua yang mendoakan dan ucapan birthday buat MV..
Read More

Friday, November 17, 2017

Majlis Konvokesyen Kemas

2:56 PM
Majlis Konvokesyen Kemas
No automatic alt text available.
Tahniah Syamimi...Tempat kedua kanak-kanak cemerlang Taska Kemas KPKPS..
Assalammualaikum...

Majlis Konvokesyen Kemas Parlimen Sepanggar..MV bawa syamimi ke majlis konvokesyen ni..Syamimi graduate Taska Kemas...seronok tengok anak akan melangkah ke alam pra sekolah...

Tahniah buat MY syamimi...mendapat tempat kedua kanak-kanak cemerlang Taska Kemas KPKPS..sangat bangga dengan adik...semoga adik terus sukses di masa hadapan...
Image may contain: 1 person
my syamimi ....with patung tupainya

Read More

Wednesday, November 15, 2017

Sengatan obor-obor

9:10 AM
Sengatan obor-obor

Assalammualaikum

Mv kongsikan apa yang patut dilakukan dan tidak boleh dilakukan sekiranya terkena sengatan obor-obor ..

Lakukan
1.curah cuka makanan ke atas bahagian kulit yang disengat selama 30 saat

2. Buangkan sesunggut obor2 yg masih berada di atas kulit(sebaik-baiknya gunakan penyepit/sarung tangan)

3. Bawa ke jabatan kecemasan.

Jangan lakukan.
1.basuh dengan air tawar,mineral,paip dan lain2
2.curah alkohol / air kencing
3. Sapu sebarang gel,minyak,krim
4.gosok dengan pasir / batu
5.rendam dalam air sejuk/panas
6. Jumpa bomoh/dukun

Read More

Tuesday, November 14, 2017

Review: Tidak Pernah Sesal-umie nadzimah

3:25 PM
Review: Tidak Pernah Sesal-umie nadzimah
Tidak Pernah Sesal Tidak Pernah Sesal by Umie Nadzimah
My rating: 5 of 5 stars

"kasihku ibarat air lautan,tak luak dek angin,ribut atau taufan yang melanda..."

Jatuh cinta pada 2 orang yang berbeza namun punya rupa yang sama.Syed Azeem si jejaka yang full pakej nya...menjadi rebutan si dara.Syarifah Zalia Bekas tunang yang meninggalkan dia di hari perkahwinan.Lia Hana gadis seiras Zalia namun berlainan perwatakkan sehingga membuat Azeem benar2 jatuh cinta...

Perbezaan darjat dan keturunan..membuat kan perhubungan Lia Hana dan Syed Azeem tidak direstui oleh ibulia hana...pengalaman dan trauma yang Jamalia terima membuatkan dia tidak mempercayai cinta lelaki kaya...

Di tambah pula bapa Azeem yang mementingkan keturunan ..permintaan ibu yang sangat di luar dugaan..Abang Naim perlu jadi suami sedangkan yang dia tau abg naim adalah abangnya..

Kenapa lia hana dan zalia seiras??kenapa bukan rasa benci yang datang dalam pertemuan antara mereka ?sebaliknya rasa ingin saling kenal dan merindui....Korang kena baca ni..bagaimana seorang anak dibenci ibunya sendiri...seorang ayah menanggung rindu rindukan anak sendiri selama 20 tahun,,

bagaimana seorang suami terpaksa melepaskan isteri yang tersayang demi keselamatannya...bagaimana seorang isteri sanggup berkorban demi kebahagian lelaki yang di cintai..

Bagaimana seorang wanita yang langsung tidak punya pertalian dengan seorang anak tetapi benar-benar menyayangi anak itu ..."lia Hana...nama yang penuh makna bagi dua insan...Jamalia dan Syed hanafi"




View all my reviews
Read More

Bisnes Dadih

11:59 AM
Bisnes Dadih





Assalammualaikum...

Bisnes dadih..Anak dara MV yang seorang ni berbisnes Dadih di sekolah..dia ambik order dari whatsapp...hari ni merupakan hari kedua dia berbisnes....dapat lah hasil 24.00 ringgit oklah kan ...

Belajar mencari duit katanya..so mama pun tolonglah dia buat dadih ni..nanti nak ajar dia pula buat sendiri...kan dah besar....anak-anak MV memang ada minat ke arah perniagaan..mv dan suami pun mempunyai minat yang sama...

Suami ada part time job jual beli kereta...MV dengan bisnes jeruk MV...anak-anak pula dengan bisnes dorang...pandai jer dorang ni cari apa yang nak di jual....semoga anak-anak Mv berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ...amin 



Read More

Monday, November 13, 2017

Menang Reward 8share Lagi

4:43 PM
Menang Reward 8share Lagi
Yeahh dapat RM10.00

Assalammualaikum...

Alhamdulillah menang lagi mission 8share..menang 2 dari 4 mission yang dia bagi...dapatlah earning extra RM5.00 kali dua...dapat RM10.00 terus earning bertambah menjadi rm52.78...dah boleh cashout...Ini yang sayang dengan 8share ni...sayang sangat hihi


Korang yang join 8share ada yang menang juga...rezeki bulan november ni...dapat lucky draw ..ni dapat reward earning pula....Semoga MV dimurahkan rezeki lagi...AMin 
Read More