All About Love

Sunday, January 8, 2017

Malu kerana bertudung

9:46 AM
Malu kerana bertudung

Assalammualaikum

"Ustaz,

Semenjak saya berkahwin,

Suami saya suruh saya jadi baik.

Suami paksa dan Suruh Saya pakai tudung dan jaga aurat

Di Tempat kerja saya,

Tiada seorang pun yang  memakai tudung.

Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung

Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit.

Sekarang saya di sisihkan kerana  pakai tudung.

Ekonomi saya pun jatuh.

Sedihlah ustaz..

Saya tahu wajib dan lain-lain.

Tapi...

Lemah semangat..

Boleh beri sedikit nasihat pada saya?

Jawab Ustaz

"Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.

Allah sayang puan..

Dulu ketika saya darjah 6,

Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..

"Ada seekor rusa yang sangat cantik,

Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.

"Wah cantiknya tanduk aku.." bisik rusa itu penuh bangga

Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..

Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air.

Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat Melihat tapak kakinya..

Suatu hari,

Dia di kejar harimau,

Kakinya itu berlari selajunya..

Sehabis kudrat,

Untuk mempertahankan dirinya...

Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya..

Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..

dia cuba tarik,

Tetapi gagal.

Dia menangis...

Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat,

Dia berkata

"Wahai tanduk yang ku banggakan,

hari Ini kau telah membinasakan diriku..

Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati...

Wahai kaki yang selalu aku hina,

Hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku..

Tapi inilah akhirnya.."

Kakinya tidak berhenti menyelamatkan dirinya.

Berjuang Sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya...

Terus berusaha berlari untuk selamatkan diri Sehingga harimau dekat.

Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau,

Kaki yang selama ini dia cemuh itu terus bergelut dengan harimau.

Sehinggalah dia disiat satu persatu..

Kaki buruk yang dia anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir...

Begitulah dalam dunia kita,

Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat

Sehingga...

kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat..

Kita malu dengan sunnah Nabi saw..

kita malu dengan perintah Allah.

Kita takut kita dimalukan kerananya..

Tetapi,

Kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..

berbaloi susah untuknya.

Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.

*Moga beroleh manfaat*

Read More

Saturday, January 7, 2017

Filem Adiwiraku Mac 2017

1:29 PM
Filem Adiwiraku Mac 2017
Assalammualaikum...


"Sakit itu sementara... kegemilangan itu selamanya.."


Adiwiraku adalah berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Dengan penggambaran sepenuhnya di Sungai Petani, Adiwiraku menghidupkan kisah bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.(credit to  Adiwiraku)


Nda sabar mau tengok ni filem...macam best jak ..



Read More

Friday, January 6, 2017

MAKANAN FOR BEKAL SEKOLAH

11:39 PM
MAKANAN FOR BEKAL SEKOLAH

Assalammualaikum


Ni antara menu yg mv sediakan untk bekal anak2 ke sekolah...yang simple saja...antaranya spagehti,nasi lemak,nasi goreng....

Ada yg mv sempat gambar dan ada yg x..sebabnya x sempat mau snap..hihi

Ni pula mee goreng  .menu makan malas sebab penat ...mv sediakan jak..ni time cuti..spya ptg blk sklh ank dah ble makan

Mv tak pandai sgt masak tp berusaha untuk tunaikan permintaan anak2
Read More

Cpuv Nuffnang 2017

9:14 AM
Cpuv Nuffnang 2017

Assalammualaikum...

ada 6 cpuv baru januari 2017
Cerita NUffnang 2017..alhamdulillah ada cpuv baru untuk MV..walaupun x banyak tapi boleh lah menambah tabung yang ada... dan MV juga gembira ..akhirnya MV dapat Uniques View 1++ ...kiranya dia maintain 1++ setiap hari.....

itu yang buat best jak mau berblog lagi....dan rasanya MV tau kenapa ...sebab entry Cowboy Town Tuaran...alhamdulillah..semoga 2017 ni memberikan lagi semangat MV untuk terus menulis dan menulis....
akhirnya dapat juga UV 1++  
 hari ni MV start kerja setelah 3 hari bercuti..kalau 3 hari sebelum ni...sebagai surirumah..hari ni...surirumah + ibu bekerja...berperang didapur menyediakan bekal anak2..dan sarapan...

keywords yang menaikkan UV

Memang mau bekalkan anak2 bekal...nanti MV share ..bekal yang MV sediakan...dan insyallah nnt akan balas BW kawan2 ya..
Read More

Wednesday, January 4, 2017

First day sekolah

11:31 PM
First day sekolah

Assalammualaikum

Biar gambar berbicara..hahaha....pakai hp ni taip best jer time publish problem so mv share gambar jer lah.....

Gambar masa hari pertama wani pg sk agama dan rendah

Read More

Tuesday, January 3, 2017

Sambutan Tahun Baru 2017

7:00 AM
Sambutan Tahun Baru 2017
Assalammualaikum...


Sambutan tahun baru 2017..MV balik ke kampung Lohan Ranau untuk ambil anak-anak..setelah bercuti sekolah di sana...kebetulan keluarga sebelah suami ada buat sambutan tahun baru.



Ada sedikit acara makan-makan..sambutan birthday disember dan januari...and pertukaran hadiah....ni memang tiap tahun di sambut oleh keluarga sebelah suami MV.....cuma tahun ni berkesempatan lah join....

Image may contain: 3 people, selfie and closeup
last wefie 2016

tapi MV tak tunggu lama..sebab suami nda berapa sihat..datang sekejap jak pegi makan then balik sebab suami nda larat dan syamimi mengantuk...
Read More

Monday, January 2, 2017

Rezeki awal tahun 2017

1:51 PM
Rezeki awal tahun 2017
rezeki awal tahun 2017

Assalammualaikum...


Alhamdulillah menang END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS..pembuka tirai 2017...menang GA setelah tahun 2016 rezeki tak menyebelahi....

Oh ya hari ni MV kerja..walaupun sebenarnya cuti..huhu..terpaksa turun kerja..ada orang guna bilik seminar..sedikit kelam kabut jugalah sebab tak ready untuk bertugas...terpaksa pergi ambik kunci dulu di rumah kawan...

Then so sorry to cikgu2 yang lama menunggu....nasib baiklah mereka memahami...sekarang masih lagi di ofis...tadi sempat balik sekejap ...pergi iron baju anak..then cuci baju yang tak cuci lagi..

kena tunggu adik balik dari kampung bawa bajuk sekolah agama pula...then malam nnti nak iron baju tue lagi...barang2  sekolah semalam sudah susun..pakai balik barang lama yang masih boleh pki...

Sebabnya...MR Velentine(**baru masuk keja kan..harap2 bulan ni adalah)..xda gaji,so MV kena cover apa yang patut....esok dan rabu MV cuti ...uruskan sekolah anak2...selamat tahun baru 2017 ya kawan2
Read More