All About Love

Thursday, September 26, 2013

Selamat Pengantin Baru Adam & Fiza Elite

2:48 PM
Selamat Pengantin Baru Adam & Fiza Elite
Assalammualaikum...

Walaupun sudah ramai yang buat entry pasal perkahwinan Adam AF & Fiza Elite..MV nak juga menyibuk..sebab dulu2 kan MV minat kat adam ni...sampai nombor hotline digi MV save kat hp dengan nama Adam AF...

See keterujaan itu..sampai My Hubby(**masa tue baru Boyfriend) tanya dari mana dapat nombor Adam AF,,,MV suruh dia dial terus dia senyum hahaha...rupa2nya digi bah pula...

Dan hari ini 26.09.2013 merupakan hari bersejarah buat Adam & Fiza apabila mereka selamat diijabkabulkan pada jam 10.30 pagi tadi bertempat di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam .

Tahniah..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...buat Adam selamat memikul tanggungjawab sebagai seorang suami & ayah buat anak2 Fiza...

#77 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#92 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#80 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

#25 Adam AF Selamat Bergelar Suami Kepada Fiza Elite - ROTIKAYA

**Gambar-gambar credit untuk ROTIKAYA

Selamat Pengantin baru AdamFiza..semoga berkelan hingga ke akhir hayat.....



Dan lagu ni khas MV..hahahaha





Read More

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Azizan Abdul Razak Meninggal Dunia

1:52 PM
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Azizan Abdul Razak  Meninggal Dunia
Assalammualaikum....
Sumber dari google
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Seri Azizan Abdul Razak telah  Meninggal Dunia pada jam 11.15 pagi di  Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)...perkara ini telah di sahkan oleh Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Muhkriz Mahathir. 

Semalam Arwah yang berumur 69 tahun yang juga merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau dilaporkan dalam keadaan kritikal, selepas mengalami komplikasi jantung yang serius dipercayai akibat jangkitan kuman.

Kalau korang mengikuti kisah hidup arwah ,Pada 9 Mei lalu, arwah  menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan diabetes selepas dipindahkan dari Kedah Medical Centre (KMC).

Arwah  yang mempertahankan kedudukan sebagai ADUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB mulai 13 Ogos lalu. (sumber dari SINI)


Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah dotempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin

Salam Takziah buat keluarga arwah.
Read More

Special Day For Kak Niena Rizal

9:16 AM
Special Day For Kak Niena Rizal
Assalammualaikum...

pinjam dari FB kak Niena Rizal
Allah selamatkan kamu 
Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan Kak Niena
Allah selamatkan Kamu....

Selamat hari jadi kak Niena..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yang sempurna..diberikan kebahagiaan dalam keluarga....

Kita punya minat yang serupa...
Cuma bezanya kita menyokong negeri yang berbeza,,,
bermain juga di liga yang berbeza,,,
Ya Bola Sepak & Kak Niena takkan terpisah...
Begitu juga MV & Sabahawksnya....
Tapi kita tetap bersama dengan Harimau Malaya
Dan kita adalah rakyat Malaysia..

Dan  apa yang pastinya kita tetap sama 
iaitu makhluk ciptaanNya yang serba kekurangan...


Selamat hari jadi sekali lagi buat kak Niena..hanya entry penghubung kita..bersua muka di alam maya..harap ikatan persaudaraan kekal selamanya..AMin...

SELAMAT HARI JADI KAK NIENA

Read More

Tambahan 2 CPUV Baru untuk September

8:18 AM
Tambahan 2 CPUV Baru untuk September
Assalammualaikum...

ada 8 be tengah running...alhamdulillah
Alhamdulillah rezeki daripadaNYa..MV dapat dua lagi BE/CPUV untuk bulan September ni...iaitu nescafe cans Dengan KL Sogo trendsetter online..dengan tambahan dua lagi cpuv menjadikan BE sedang running di blog MV..meriah memang meriah....

Earningnya pun alhamdulillah juga...tak banyak mana tapi berbaloi lah dengan pencapaian blog MV ni..So kalau korang nampak iklan2 ni...cer try klik2...hehehehe


Nescafe cans..People Power
Tabung HAW
Read More