All About Love

Tuesday, September 17, 2013

TomYam Oh TomYam...

4:51 PM
TomYam Oh TomYam...
Assalammualaikum..

Malam semalam tiba2 jer nak makan tom yam..tapi masa tue dah jam 11.30 malam...huhu..mmg tak der tomyam lah jawabnya MV and baby kat perut...huhu...


Kelaparan melanda sebab last makan jam 5.30 petang..itupun kongsi nasi ayam dengan wani...biasalah kalau dgn wani..maknanya dia makan mesti lebih dari maknya...sebab dia mmg berselera...hehehe


Dek kerana aduan MV yg mengadu lapaq kat Hubby,maka dapat sandwich tuna handmade dari air tangan hubby..hehehe...maka dapatlah tidur dengan lena..kerana dijanjikan akan buat misi tomyam lunch esok(hari ni)


Malangnya takde tomyam pun lunch tadi yang ada hanya 2 ketul kuih ubi & karipap..sebab ada perjumpaan dengan TKSUK JPM Dato' Othman...so kena cari hari khamis...

Malam ni dah tak leh makan sedap,..esok kena cek darah lagi kena puasa malam ni....pergh...mmg esok makan kena jaga...huhu...malam ni jam 10.00 kena puasa dah...nak cek kandungan gula dalam darah...

Pergh mmg seksa sebab tiap bulan kena check walaupun ok...huhu...sebab benda ni lah berat badan MV naik 0.5 kg jer sepanjang mengandung..dari 72 kg ke 72.5 kg....tapi yang penting baby dalam perut ni sihat...

kena GDM on Diet pun apa leh buat..huhuhu
Read More

MIMPI KE BINTANG MUSIM KE-2

4:15 PM
MIMPI KE BINTANG MUSIM KE-2
ASSALAMMUALAIKUM...


UJIBAKAT 2013 MYGEMPAK MIMPI KE BINTANG MUSIM KE-2

SARAWAK (23 - 29 SEPT)

PULAU PINANG (30SEPT - 6 OKT)

TERENGGANU (7 - 3 OKT)

JOHOR BAHRU (14 - 20 OKT)

SABAH (21 - 27 OKT)

PUTRAJAYA (28OKT -3 NOV)

Tunggu Apa Lagi Ready Semua Yg Berbakat...Untuk Magician + Illusionist Mari Sama2 Berentap Di Pentas ...Bukan Di Belakang Pentas Atau Menumpang Pentas Orang... Jom!!!!(SUMBER DR ZAINI BAYANG @ ZB)

Ada sesiapa yang mengikuti Program rancangan realiti bakat tv  Mimpi Ke Bintang Musim Pertama???yang ditayangkan di TV2...dimana Wan Rull Puppet diangkat sebagai juaranya...

Sebelum ini ...Mimpi Ke Bintang @ MKB dikenali dengan nama Bakat TV..yang dijuarai oleh Razali Rahim(Schoolmate MV) yang bermain alat kulintangan...

Kali MKB bersiaran lagi...mencari bakat2  unik dari seluruh pelusuk rakyat Malaysia..adakah anda seorang yang mempunyai bakat luar biasa???apa kata datang ke uji bakat mimpi ke bintang mengikut tarikh yang ditetapkan..

Manalah tahu tahun ni rezeki anda pula...tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia siapa yang tahu kan....

Pastinya MV mendoakan Zaini Bayang berjaya melepasi ujibakat MKB nanti...mudah2an rezeki ZB tahun ni amin...Persediaan pun telah beliau buat...dan buat yang mengenali ZB ni jom sokong ZB...

Photo: Habisla MKB nak dekat..en ZB kita ni..dah start bertukang balik..apa lA yg dia nk buat Kali ni...:-)
sumber Sini(tengok persiapan ZB mmg terbaek)
sumber sini(ZB 2.0 suka dengan baju ni)
dan buat kamu semua...pastikan temujanji kita dengan MKB ni..pastinya anda akan terhibur...pelbagai bakat unik rakyat Malaysia dapat kita lihat..dan MV yakin My HaikalAyuWani pasti akan teruja tengok MKB ni...

Zaini Bayang Chayok2x...
Read More

Monday, September 16, 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50

12:00 AM
Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50
Assalammualaikum...

16.09.1963..hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan..sebalum tahun 2010 hanya Negeri Sabah Yang akan bercuti pada tarikh ini kerana ianya merupakan tarikh harijadi TYT Ngeri Sabah..

Pada 16 Oktober 2010..Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 16 September merupakan cuti umum di seluruh Malaysia sempena meraikan Hari Malaysia untuk memperingati penubuhan Malaysia Selepas Sabah & Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963..

Itu dia sedikit pelajaran sejarah dari Cikgu MV..ehehe...korang apa khabar???sihat...pastinya semua tengah cuti kan..sebab hari ni sambutan hari Malaysia yang Ke-50 tahun..MV bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang aman damai ni..

Program-program sempena Sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia
Pelancaran  Kemerdekaan   Peringkat  Negeri Sabah  telah berlangsung pada  1 Julai 2013 di  Sandakan dan ini termasuklah pelancaran  logo   50  Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia, tema sambutan dan  iaitu ‘Sabah Maju  Jaya’  dan juga lagu tema bertajuk ‘Sabah Maju Jaya’. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin.

Antara acara-acara menarik sempena sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia adalah Ambang Merdeka   Peringkat Negeri  Sabah  2013 yang akan diadakan pada   30 Ogos  2013 jam 5 petang hingga 12 tengah malam di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu yang akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah,  YAB  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Perbarisan  Hari Kebangsaan  Peringkat Negeri Sabah   2013 akan dilangsungkan pada  31 Ogos  2013  di Kompleks Sukan  Kota Kinabalu bermula jam 6.30 pagi hingga 11 pagi yang akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah,  YAB  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan para pembesar negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Hari Malaysia  Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada  16  September  2013  di Prince Philip Park   Tanjung Aru, Kota Kinabalu yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Yang DiPertuan Agung   dan  YAB  Perdana Menteri.(Sumber dari SINI)

So pada yang berada di KOta Kinabalu boleh ramai2 datang memeriahkan lagi sambutan hari Malaysia yang Ke-50...
Read More

Saturday, September 14, 2013

MALAYSIA JUARA PESTA BOLA MERDEKA 2013

11:04 PM
MALAYSIA JUARA PESTA BOLA MERDEKA 2013
Assalammualaikum...

Sekalung tahniah buat Harimau Muda..mengalahkan myanmar 2 - 0 untuk merangkul kejuaraan kali ke-12 pesta bola merdeka...

Gol oleh sabahan rozaimi dan junior eldstal...gola ,asa tambahan mmg sangat menyenangkan hati..tahniah buat penjaga gol izham tarmizi...tanpa dia malaysia takkan menang kerana myanmar banyak menyerang...

Tahniah buat penjaring gol trbanyak rozaimi dan pemain trbaik wan zach haikal..bagi mv semua mereka adalah yang trbaek,,buat harimau malaya sila renung2kan..

Memang sakit jantung yengok game ni.ditambah lagi dgn rrff yg aduiyai berat sebelah dgm permainan yg keras..tapi akhirnya malaysia menang juga..

Keputusan penuh pesta bola merdeka 2013
1.malaysia
2.myanmar
3.singapura
4.thailand

TAHNIAH BUAT ONG KIM SWEE YANG MEMANG BETUL2 ONG..TRUSKAN MISI HARIMAU MUDA UNTUK SEA GAME

posted from Bloggeroid

Read More