All About Love

Wednesday, April 3, 2013

Ucapan langsung PM di TV

11:47 AM
Ucapan langsung PM di TV
Assalammualaikum...


KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan berucap secara langsung di televisyen dari pejabatnya di sini, pukul 11.30 pagi ini, kata kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Ucapan tersebut dipercayai bagi mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.credit :UTUSAN


Siapa Yang sedang tengok ucapan PM kat TV sekarang...MV kat Ofis ni..Kat Library ni takde TV pulak..Live streaming untuk ucapan ni ada tak???

Dengar-dengar Parlimen sudah dibubarkan???bah siapa yang ada info cua share2

Read More

Sedetik Cinta Slot Akasia Bermula 03.04.2013

9:29 AM
Sedetik Cinta Slot Akasia Bermula 03.04.2013
Assalammualaikum...

Sedetik Cinta lakonan Awal Ashari(lama tak tengok dia berlakon) dengan Hanez suraya akan mengantikan drama Rindu Bertamu DI Abu Dhabi...Tengok sinopsis macam best...Macam cerita satu novel yang MV baca..tajuknya"ada cinta di hati"...

Jom baca sinopsisnya :


Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga. 

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya. 

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi. 

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi  terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (**Credit untuk SINI)

Nah terpanjang sudah sinopsis...macam best kan..lagipun lama nda tengok awal berlakon....

Adakah drama ni akan sehangat Setia Hujung Nyawa??atau sesedih RBDAD???Sama-sama kita saksikan nanti
Read More

Ending Rindu Bertamu Di ABu Dhabi Dan Cinta Qaseh

8:46 AM
Ending Rindu Bertamu Di ABu Dhabi Dan Cinta Qaseh
Assalammualaikum...

Semalam Epidod Akhir untuk drama RIndu Bertamu Di Abu Dhabi dan Cinta Qaseh..pastinya segala tanda tanya kita terjawab kan...Cuma agak kurang berpuas hati dengan ending RBDAD...

Kenapa???Sebab taknak Firdaus kahwin dengan Fatin Zahara...Kesian kat Adam..huhu(**emosi pulak)....Siapa sangka kan..seorang suami yang cukup sempurna di depan mata Hajah Kirana sebenarnya pernah berbuat dosa...

Seorang lelaki bergelar Haji..melakukan Perbuatan Zina...dan sanggup mengarahkan Salina untuk mengugurkan kandungannya....MV suka drama ni...jangan kita ingat seorang perempuan yang bekerja di Kelab malam adalah hina...(**mesej dari drama semalam)..

Manakala Faiz & fifie meninggal dunia kerana excident...akhirnya pada hujung2 nyawa Faiz mengaku yang dia telah memfitnah Firdaus..Sampai pengsan Haji Ilham...Tapi bagi MV kalau si Faiz tak buat mcm tue...Haji Ilham takkan tahu yang Firdaus adalah anak kandung dia....(**dramalah katakan..)

Salina seorang ibu yang terlalu sayangkan anaknya tapi dicengkam dendam akhirnya menjadi tidak waras namun Firdaus tetap menyayangi sebagai seorang ibu kandung....Yang menjadi tanda tanya MV...Kenapa dalam majlis perkahwinan tue ain kirana takde(**hehehe jangan marah)...

MV mengharapkan yang kahwin tue Farish & mira tapi sebaliknya..MV suka ayat dorang.."KITA TENGOK PERJALANAN JODOH KITA MACAM MANA"(**lebih kuranglah.kalau salah sila betulkan...

Bagi drama Cinta Qaseh endingnya memang happy ending..sebab Qaseh pilih suami dia iaitu cinta sejati...Memang dia masih menyayangi Arash tapi dia lebih mencintai Wahyu iaitu suaminya....

Perjalanan mereka ke India mengembalikan ingatan Qaseh...memang mula2 saspen juga..sebab yang dia ingat Arash...tapi lepas ingatan dia pada wahyu yang banyak...dia tanya Arash mana Wahyu??

Kat situ dah tau yang dia pilih wahyu dan bukannya arash...tapi paling saspen bila Qaseh minta maaf kat Wahyu tapi Wahyu buat muka kelat..hehehe...masa tu MV ingat mungkin Qaseh akan kembali kepada Arash sebab Wahyu berfikiran Qaseh lebih mencintai Arash..

Rupa2nya saspen jer...wahyu berjanji takkan tinggalkan qaseh lagi..oh so sweet...(**apa ni jiwang2)...

Alamak terpanjang pula entry ni..sorry..hehehe

Read More

video Zaini Bayang (Mimpi Ke Bintang Quarter Final)

7:30 AM
video Zaini Bayang (Mimpi Ke Bintang Quarter Final)
Assalammualaikum...


Video Zaini Bayang ketika saingan suku akhir Mimpi ke Bintang,,,MV kongsikan untuk semua....



**ini entry autopublish

Read More