All About Love

Wednesday, December 26, 2012

CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'

4:21 PM
CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'
Assalammualaikum...


Join CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE' by norzibeautilicious house..Mv ditag oleh ahli GSF KINA...So kina akak menyempatkan diri menjoin Contest ni...



Klik SIni Utk Join
Syarat-syarat Am :
1) Mempunyai blog, bukan GA blog
2) Warganegara Malaysia , menetap dan beralamat Malaysia

Syarat Penyertaan:
1) Follow blog Norzi Beautilicious House(nyatakan follower ke berapa di entry)
2) Follow Blog  NORZI FOODILICIOUS HOUSE (nyatakan follower ke berapa di entry)
3) Like page FACEBOOK (nyatakan klik like ke berapa di entry)
4) Buat satu entry  CONTEST ' NAK SKIRT DARI NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE'
5) Ambil gambar di atas dah letakkan pada entry , linkkan ke entry ini.
6) Sila tag rakan anda sekurangnya 2 orang , jika lebih bonus.
7)Tinggalkan jejak entry anda di bawah entry ini, tunggu link anda di approve.

So utk memenuhi syarat penganjur..MV mau maklumkan yg MV :
  1. Follower ke 549 Norzi Beautilicious House
  2. Follower ke 79 NORZI FOODILICIOUS HOUSE
  3. Like ke 18,349 page FACEBOOK
Dan MV taq :
Read More

Menyerah Kalah!!

3:23 PM
Menyerah Kalah!!
Assalammualaikum...

Ekoran dr entry pembukaan tadi DI sini ..akhirnya My AYuWAni tertidur surender..akhirnya keaktifan mereka berdua kian suram..hahaha...ni semua sebab lepas makan lunch tadi..hehehe..

Tapi kesian bah ni dua beradik tidur bawah meja mama...andu bah..sian dorang..dan buat seketika library telah menjadi library kembali....sudah sunyi kalau tadi..andu bah mcm pasar ni...

Photo: Tido sudah.kesian bah di bawah meja tido

Tabung HAW



Read More

Pembuka Bicara

12:25 PM
Pembuka Bicara
Assalammualaikum..

Baru naik keja harini..tp apa pun x le buat..huhu...Sebabnya??ada Ayu & wani kat library ni...Taska Wani tutup...ntah kenapa tutup pula..tak bagitau pulak tue...terpaksalah bawak wani..dah aktif semcm..mmg satu keja pun nda tebuat bah..huhu...

Sorry sedang berusaha membalas jejak kamu...sorry sgt..banyak hutang BW yg mau dibayar...Dan keja ofis pun banyak juga menunggu..adui mmg pening..ni kalilah...huhuhuhu..

Nnt baru up entry aktiviti sepanjang cuti..mmg best sebab jumpa blogger..blogger pertama yg MV jumpa..rasanya ada yg tahu sdh kan..hehehehe




Read More

Tuesday, December 25, 2012

Rahim Jatuh

8:30 PM
Rahim Jatuh
Assalammualaikum...

Rahim Jatuh!!!bukan org yg bernama rahim tau..ini Rahim yg berkaitan dgn org perempuan...Rahim Jatuh...pernah dengar kes mcm ni...RAhim Jatuh juga dikenali sebagai"prolapse'.

"Prolapse" yang berasal daripada perkataan Latin,Procidere yang bermaksud jatuh@ terkeluar.

MAsalah rahim jatuh kerap dialami oleh Wanita terutamanya yang pernah melahirkan anak.Masalah ini boleh menganggu hidup wanita pada ambang menopaus .Masalah ini tidak mempunyai gejala & sukar dikesan teruatamanya pada wanita yang mempunyai ramai anak.

Hanya 10-20% wanita yang mengalami prolapse mempunyai gejala & umur juga mempengaruhi.Lebih separuh kes ini berlaku pada wanita yg berusia 60 tahun ke atas.

Rahim jatuh ni terbahagi kepada 3 peringkat bergantung kepada kedudukan rahim:


  • Tahap 1 - apabila rahim turun dari kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj
  • tahap 2 - apabila sebahgian rahim keluar dari lubang faraj
  • tahap 3 - apabila seluruh rahim berada di luar faraj
Faktor yg menyebabkan masalah ni terjadi:
  1. kelemahan otot & ligamen pelvik
  2. trauma /kecederaan /kekurangan keanjalan pada otot & ligamen berkenaan
  3. kecederaan boleh berlaku pada mereka yg melahirkan anak besar/melahirkan anak secara vacum
  4. wanita yg memiliki berat badan berlebihan
  5. kelemahan otot juga berlaku pada individu yg mengalami sindrom Marfan@ ehlan Danlos
  6. Masalah batul @ sembelit kronik,ketumbuhan besar dalam abdomen
  7. sering melakukan kerja berat & mengangkat benda berat.
MV kongsikan ni utk semua rakan2 wanita MV..sebab rahim ni kita kena jaga baik2...kalau rasa rahim terturun pergilah berurut.Tukang urut yg MV pergi oesan kalau kentut angin ke depan itu tandanya rahim terturun..huhu...


Read More