All About Love

Thursday, June 28, 2012

Disleksia

1:48 PM
Disleksia


Apa itu Disleksia?
Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.
Mrs Velentine kongsikan ini sebab kanak2 pra sekolah sering mengalami masalah ni...jadi jangan marah anak2 kita jika dia keliru huruf2 atau angka..
Read More

Jari-jari Kita

12:19 PM
Jari-jari Kita


Rahsia Jari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. 
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan 
angkatkan ke atas. Laungkan ...  "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam 
yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan 
solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. 
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja 
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula 
daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". 
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. 
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan 
sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja 
menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan 
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. 
Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman 
remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta 
kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantuhantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu 
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas 
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti 
dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah 
SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia 
sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap 
usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang 
kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan 
dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan 
mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau 
dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang 
tua atau yang berpengalaman. Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. 
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" 
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke 
hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?


Hi semua....dimana pun kita sekarang...cuba letakkan jari di meja kemudia angkat jari manis tanpa menggerakkan jari2 yang lain....

DApat Kah???tidak kan...sebab jari manis ni utk perkahwinan....perkahwinan itu sendiri perlu kekuatan pada diri individu tersebut untuk melaluinya....

Ada sesiapa yang setuju???
Read More

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday

4:40 PM
Wordless Wednesday


Jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu ‘kesempitan’ wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Read More

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ

9:15 AM
SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ


Salam...tgh blogwalking sana sini ternampak pula segmen ni di blog Yumida...so disebabkan sdh lama nda bersegmen..hari ni sekali lagi join segmen abg Nasz iaitu SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ....


Senang jak mau ikut segmen ni cuma perlu jawab "Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".
     = Sebab apa sya suka terjah blog Nasz sebab dia rajin sgt buat segmen2 yang membantu menambah follower bagi blog yang masih kurang follower mcm blog Mrs Velentine ni....


Ok..kalo siapa2 mau join just Klik Sini.. tarikh tutup hari ni iaitu 27.06.2012 jam 10.00 mlm...jom....

Read More