Thursday, October 22, 2020
Belajar Nombor 1 Hingga 10 dalam bahasa Arab
Tuesday, October 20, 2020
Cabaran Ibubapa menjadi guru semasa PKPB
Assalammualaikum...
Masih lagi PKPB(PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT) di Sabah sehingga 26 Oktober 2020 .pembelajaran secara online anak-anak adalah cabaran kepada ibubapa .Kenapa?pertama mengujui kesabaran.
Part ni MV sangat tabik pada insan yang bernama GURU sebab mereka boleh mengajar berpuluh-puluh murid dalam satu kelas sedangkan kita yang menjadi guru semasa PKPB ini mahu ajar anak seorang pun boleh bergaduh,,hahaha
Macam MV ada empat orang anak yang perlu dipantau .Tahun 1 dan 4,tingkatan 1 dua orang.Paling mencabar bagi MV bila kena ajar matematik tingkatan 1 . Silibus sekarang dah tak sama macam kita dulu ,,,sekrang tingkatan 1 dah belajar persamaan linear dan ungkapan algebra.Memang menguji minda kita juga lah ,...dalam masa yg sama kita dapat guna ilmu yang kita belajar dulu..tengok masih ingat ker tak haha
Kalau untuk yang sekolah rendah tak susah sangat sebab silibus tahun 1 dan 4 ni lebih kurang jer. Cuma kalau kelas syamimi lebih pada video dan kreativiti..itu belum campur kelas sekolah agama syamimi dan wani.
Sebab itu MV kalau homework harini kena settle harini sebab kalau bertangguh akan jadi banyak..kebetulan BDR jadi boleh pantau anak-anak..tapi kalau kena time kerja lepas balik kerja terus settlekan homework anak.
Korang pula macam mana cerita PKPB anda?
Tuesday, October 13, 2020
Buku Skrap Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan ) Tahun 1
Assalammualaikum
KEPING
BUAH
BIJI
EKOR
BILAH
Menara KLCC Bentuk 3D
Assalammualaikum
Tuesday, September 22, 2020
Menang Pertandingan panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam
Assalammualaikum
Monday, September 21, 2020
Review Novel-Sesal Separuh Nyawa (Myra Ameer)
Assalammualaikum...
Review novel Sesal separuh nyawa hasil tulisan Myra Ameer....Novel ini sudah diadaptasi sebagai drama tapi MV tak tengok dramanya...
Ini sinopsis versi MV..
Bila ibu mereka bermusuhan akhirnya yang menjadi mangsa adalah si anak.Razlan dan Fara dua sekawan yang terpisah kerana permusuhan ibu mereka.Selepas 9 tahun mereka bertemu namun hanya Fara yang mengenali Razlan dan menjadi mangsa bulinya.
Ketika Razlan mula menyedari gadis yang selalu dia buli adalah Fara kawan baiknya dari kecil semuanya berubah.Namun percintaan mereka penuh halangan.Halangan dari kedua ibu mereka dan juga dari Melisa serta Fendi..
Saat mereka hampri berkahwin Razlan menghilangkan diri balik ke amsterdam dan berkahwin dengan adik angkatnya Melisa.Dek kerana kecewa Fara mula menjadi liar.Mabuk dan bertukar lelaki .Selepas 2 tahun Razlan kembali dan sekali lagi mereka hampir berkahwin.
Namun kali ini Fara juga ditinggalkan lagi ,,,mengubat kekecewaan dia membawa diri ke Melaka dan akhirnya berkahwin dengan Farid.Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari .Kehadiran Razlan selepas beberapa tahun menghilang membuatkan kehidupan Fara semakin kucar kacir.
Dek kerana dendam akhirnya dia menjadi pemusnah kehidupan Melisa,Fendi dan ibunya sendiri..Dan hubungannya bersama Farid serta Razlan...
Friday, September 18, 2020
PRU SABAH
Assalammualaikum...
26.09.2020 merupakan tarikh piliharaya Umum untuk Negeri Sabah.Pejam Celik Pejam Celik rupanya dah nak sampai tarikh yang dinanti..Raykat Sabah akan membuat pilihan untuk kerajaan baru yang mentadbir negeri bagi tempoh 5 tahun ankan datang ...
KAlau kamu di Sabah kamu pasti merasai kemeriahan pilihanraya....di tepi jalan sudah ada perang bendera dan poster ..Merupakan perubahan baru apabila semakin banyak parti yang bertanding...ada satu Dun sampai 11 penjuru...
Namun dalam kita sibuk mau berpilihanraya ada satu yang merisaukan kita..statistik jangkitan Covid19 di Sabah.Kluster benteng,kluster pula dan kelmarin kluster selamat pula.Dalam kesibukan kamu berkempen ingat jaga jarak,pakai pelitup muka
dan buat semua yang akan mengundi ikut sop yang telah ditetapkan ..kita jaga kita..semoga angka Covid19 di Sabah makin menurun .