All About Love

Thursday, September 5, 2019

Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi

7:30 AM
Teks Bercerita Tema Kemerdekaan Syamimi
Assalammualaikum dan selamat pagi  kepada pengerusi majlis,juri, guru-guru dan  rakan-rakan sekalian. Nama Saya Waznah Syamimi .Umur Saya enam tahun. Hari ini saya akan bercerita tentang “Sejarah Kemerdekaan Malaysia”.

Kawan-kawan,

Tahukah bila Malaysia Merdeka? Hari ini saya ingin bercerita tentang kemerdekaan Malaysia. Malaysia merdeka pada 31 ogos 1957. Kawan - kawan  pernah dengar lagu ini?

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh 
Merdeka merdeka tetaplah merdeka  (nyanyi)
Ia pasti menjadi sejarah 

Kawan-kawan ,

Pengumuman rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka dengan laungan sebanyak 7 kali seperti ini .

MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 
MERDEKA 

Ramai orang datang untuk sama-sama meraikan kemerdekaan negara kita pada masa itu . 

Sehingga hari ini sambutan kemerdekaan masih disambut meriah setiap tahun . Kini sudah 62 tahun negara kita merdeka .

Kawan-kawan

Marilah kita terus ingat sejarah kemerdekaan  ini kerana perjuangan untuk merdeka bukannya mudah. Saya berdoa agar  negara kita terus aman.

Selamat menyambut kemerdekaan buat semua.

Sekian terima kasih.


**MV kongsikan teks bercerita ini untuk rujukan..sebab MV bila dapat surat yang syamimi ikut pertandingan bercerita memang agak susah mencari teksnya.ini pun MV buat ikut kemampuan syamimi..


Syukur syamimi dapat hafal teks ni ,,,
Read More

Wednesday, September 4, 2019

Menang Sajak Kemerdekaan

7:00 AM
Menang Sajak Kemerdekaan


Assalammualaikum...

Alhamdulillah rezeki wani menang pertandingan Sajak sempena sambutan kemerdekaan di sekolah agama dia..dia menang kategori Tahun 3....memang tiap tahun dia ikut ..tahun lepas takda rezekinya dapat no.4 jak sebab digabungkan semua darjah ...


Image may contain: 3 people, people standing

alhamdulillah tahun ni dia dapat johan....tahun depan dia mau join lagi katanya ...sajak yang dia bawa haritu 

SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA
ZAINAL ABIDIN AHMAD
BTP

Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.
 

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.
 

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.



Read More

Tuesday, September 3, 2019

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke 62

3:49 PM
Sambutan Kemerdekaan  Malaysia Ke 62
Image may contain: one or more people, crowd, sky and outdoor

Assalammualaikum...

Berkesempatan menyambut hari kemerdekaan yang ke 62 Tahun 31 ogos 2019 yang lepas. Alhamdulillah tercapai hajat bawa anak-anak untuk menyaksikan perbarisan sempena sambutan kemerdekaan...

Image may contain: one or more people, people standing and shoes

Ini merupakan tahun kedua kami,kali ni MV , Mr Velentine , syamimi dan wani sahaja yang pergi HaikalAyu pula ke kelas tambahan UPSR...

Image may contain: 5 people, including Safi Suzyaney Shafie, people smiling, child, tree and outdoor

Tahun ni agak meriah sambutan kemerdekaan ...yang join perbarisan pun ramai...semoga tahun akan datang dapat peluang macam ni lagi...
Read More

Friday, August 30, 2019

Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas

4:22 PM
Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Kemerdekaan Tabika Kemas
Assalammualaikum


Image may contain: 1 person
ready to go
29.08.2019 sambutan kemerdekaan peringkat tabika tempat Syamimi belajar dan syamimi terpilih untuk menyertai Pertandingan Bercerita dengan 6 orang kawannya yang lain. Ini adalah kali pertama syamimi Join pertandingan bercerita

Image may contain: 2 people, including Norlelah Madi El-rayyan
bersama Puan Ratna 
Dia excited tapi terstuck ketika di awal bercerita kerana mencari juri di mana...haha sebab opening ceritanya ada sebut juri jadi dia mau cari juri untuk ditunjuk...nasib baiklah dia sambung ceritanya dan hafal...
Image may contain: 4 people
antara peserta pertandingan bercerita 
Mula-mula tue takut juga yang dia nda boleh hafal cerita ni sebab bertemakan kemerdekaan dan agak panjang ceritanya...alhamdulillah dalam tempoh cuti sekolah yang baru-baru ni dia dapat hafal kiranya berbaloi jugalah dia berlatih akhirnya jadi johan,.,
Image may contain: 1 person, indoor
Johan Pertandingan Bercerita
terima kasih kepada cikgu syamimi yang memberi peluang untuk syamimi menyertai pertandingan ini...ini adalah pengalaman pertama dia..semangat dia mau join lagi untuk akan datang...


Image may contain: 1 person, standing
Saguhati mewarna dan pertandingan pakaian tradisional

Syamimi juga ada join mewarna dan pertandingan pakaian tradisional syukur dapat juga saguhati....Alhamdulillah semoga kejayaan kali ini menjadi pembakar semangat dan permulaan syamimi untuk terus berjaya
Read More

Monday, August 5, 2019

Review Novel : Jangan Benci Cintaku 2-Emy Roberto

11:51 AM
Review Novel : Jangan Benci Cintaku 2-Emy Roberto
Jangan Benci Cintaku 2 Jangan Benci Cintaku 2 by Emy Roberto
My rating: 5 of 5 stars

Sekali lagi rumahtangga Rafeeqa Dan Shahrizal diuji...Kehilangan anak mereka menyebabkan Shah membenci Rafeeqa ...Rafeeqa cuai .baginya rasa cinta terhadap Rafeeqa sudah hilang ditambah lagi dia tak boleh memaafkan apa yang sudah berlaku,,,

Rafeeqa cuba untuk menyelamatkan rumahtangga mereka namun usahanya tidak dipandang Shah...Rafeeqa terpaksa bercuti tanpa Shah dan dia berkenalan dengan Joe ,,,namun Joe tidak menyimpan apa2 perasaan kepada Pika

Kembalinya dia ke Malaysia lafaz cerai yang dia terima sangat menyakitkan ....kalau dia ingin selamatkan rumahtangga kembalikan semula nyawa anak mereka yang sudah tiada...siapa sangka selepas talak itu dilafazkan ada benih cinta yang hadir di rahim Pika,,

Mampukah pika menghadapi ujian kali ini...


Isteri ketika dia disakiti dan suami ingin kembali ,dia boleh menerima namun sekali salah si isteri kebaikan yang lain terus dilupai

View all my reviews
Read More

Thursday, August 1, 2019

Review Novel: Projek Thriller: VAPE by Zaifuzaman Ahmad

3:11 PM
Review Novel: Projek Thriller: VAPE by Zaifuzaman Ahmad
Projek Thriller: VAPE Projek Thriller: VAPE by Zaifuzaman Ahmad
My rating: 5 of 5 stars

4 Cerita ...berlandaskan satu benda yang sama iaitu Vape..

1 ) Nyamuk
Bila mana wang diperlukan untuk merawat insa yang tersayang ,Persahabatan pun sanggup dikhianati.Yang menjadi mangsa pula tanpa sedar telah meragut nyawa ahli keluarganya.

2) Pendekar
Hanya kerana berbeza keturunan dan pangkat.Dendam disimpan sehingga ke sudah yang mana akhirnya menjadikan kehidupan yang lain menjadi mangsa.

3) Alfian dan Dunia Misterius
Hidup dalam dunia khayalan sehingga tanpa sedar dia semakin jauh dari orang keliling.Bila dia mula bergaul satu tragedi besar terjadi.

4) Kod
Bila manusia mula lupa asal usulnya sehingga berani melawan ketentuan Tuhan. Ramai yang menjadi mangsa namun hanya darah seseorang mampu mengubatinya.




View all my reviews
Read More

Monday, July 22, 2019

Review: Projek Thriller: UBAT by NAIM TAMDJIS

4:18 PM
Review: Projek Thriller: UBAT by NAIM TAMDJIS
Projek Thriller: UBAT Projek Thriller: UBAT by Naim Tamdjis
My rating: 5 of 5 stars

3 cerita iaitu

UBETOK – NAIM TAMDJIS
Seorang pembunuh upahan ditugaskan untuk menculik seorang ahli sains yang menghasilkan Ubetok demi kemewahan hidupnya namun akhirnya dia memilih untuk berkorban untuk menyelamatkan beribu pesakit kanser dengan mengadaikan nyawanya sendiri



POTRET SYAPUTRA – S.KAUSARI
Hanya kerana dia selalu nampak sesuatu yang orang lain tak nampak dia dianggap gila dna terpaksa makan ubat walaupun hakikatnya semua yang dia lihat itu adalah suatu kebenaran yang berkait rapat dengan dirinya

TABU – RESMANSHAH

Sedar sahaja daripada koma dia dikejutkan dengan keadaan negara seperti diserang zombie.Ditinggalkan satu nota alamat sebuah rumah yang mana penghuninya adalah seorang ibu yang mempunya anak seiras dia.Ancaman daripada tentera Isreal memaksa dia bertahan dan meyerang..Akhirnya satu rahsia terungkai,rupa-rupanya wajah yang seiras itu bukan satu kebetulan tapi suatu ikatan.



**best baca bila sudah baca satu tajuk rasa mau tau penghujungnya...terutamanya TABU

View all my reviews
Read More