All About Love

Tuesday, June 26, 2018

Mata Gatal Dan Pedih

10:18 AM
Mata Gatal Dan Pedih
Assalammualaikum..

Mata gatal dan pedih.Ini Yang MV alami sekarang..tiba-tiba mata MV pedih dan gatal yang amat..terutamya bila terkena udara dari angin dan aircond...gatal dan pedih sampai berair dan kemerahan...

dan bila bangun pagi banyak tahi mata  dari biasa ...kalau mau cakap red eye nda juga..sebab dia merah sekejap jak..dan akan jadi teruk jika kena aircond atau kipas..dan bila MV cari carian di google

Antara faktor adalah proses penuaan,proses kehamilan dan radang permukaan mata...mungkin usia yang semakin bertambah kot tu yang terjadi macam ni...ada ketidakselesaan bila simpton ni melanda...

Silau ketika memandu...mata tiba2 berair dan kabur....nampaknya kena jumpa pakar mata untuk dapatkan rawatan ..cuma nak tanya ..ada tak di kalangan rakan2 yang pernah mengalami simpton ini?

Boleh tak kongsikan dengan MV 


Read More

Monday, June 25, 2018

Biskut raya

10:36 AM
Biskut raya
antara biskut raya yang ada 
Assalammualaikum 

Salam 11 Syawal...mula bekerja setelah seminggu bercuti..mood datang ofis tadi bawa biskut raya untuk ofismate..wani pun bawa untuk kawan sekolahnya..oh ya biskut raya kami banyak lagi..sebab takda orang datang beraya kat rumah..

lagipun masa raya keempat haritu MV ada buat 2 biskut sebab bosan duduk rumah temankan suami yang on call time tue...semalam pun ada buat biskut coklat...ada orang tempah...jadi bertambah lagi lah biskut kami....

biskut nestum tue tinggal separuh anak2 MV yang beraya...Sebab tue mama dia rajin buat biskut raya sendiri sebab anak2 semua suka makan biskut raya...siap ada adik sepupu suru MV open order biskut raya nestum & biskut 3 bahan tahun depan...

Sedap katanya..tq lah....mv buat untuk bawa balik kampung mak dan mentua..ada lebih simpan sikit kat rumah buat anak-anak bawa ke sekolah...dan manalah tau kan ada yang nak beraya...

korang biskut raya banyak lagi ker...Selamat hari raya maaf zahir batin...
Read More

Saturday, June 2, 2018

Review novel:Chocolate Mousse vs chesse cake -syahirah ibrahim

1:22 AM
Review novel:Chocolate Mousse vs chesse cake -syahirah ibrahim

Assalammualaikum

Chocolate mousse vs chesse cake ...Hakimi vs zhafri...pekerja vs bos..abang angkat vs suami...dan mengaitkan lagi mereka adalah Amnani.

Hanya kerana ego akhirnya Zhafri dan Amnani mendirikn rumah tangga...rumah tangga yang tidak seperti pasangan lain..rumahtangga yang penuh pergolakan

ditambah pula kehadiran abg angkat merangkap jejaka yang pernah nani cintai...rasa bencinya terhadap hakimi  mendatangkan cemburu kepada zhafri..kenapa?

bila semakin lama ..rupanya zhafri dan hakimi berkomplot ..membuatkan dia terikat kepada perkahwinan ini...bila mana hati amnani mula mencintai...zhafri juga tidak bileh hidup tanpa amnani..

hakimi hadir menghulur maaf dan menagih janji..siapa yang amnani pilih?

*mungkin novel ni dianggap berat...tapi mv suka jalan ceritanya....bila.kuasa dan wang disalah guna maka itu hakimi sanggup menyakiti nani...

dalam perhubungan perlu ada kepercayaan jangan ada syak wasangka...

sebagai mertua jangan masuk campur hal rumahtangga anak...apatah lagi membela anak sendiri...sebaiknya nasihatkan kedua2nya

Read More

Tuesday, May 29, 2018

Review novel : Mak Datin Isteri Cikgu - Dannie Sofea

4:26 PM
Review novel : Mak Datin Isteri Cikgu - Dannie Sofea

Assalammualaikum

Mak Datin isteri cikgu...mula2 sebelum baca ingat cikgu tu bini nya datin hahahah..serius mmg nda sangka..rupanya mak dia datin wife dia cikgu...

Mengisahkan Ayra seorang cikgu dengan suaminya Shahin Adiy ...perkahwinan yang tak dirancang..perkahwinan kerana niat busuk dan hasad dengki kawan baik ayra sendiri.

Satu tragedi membuatkan ayra menyimpan cerita itu sendiri..namun siapa sangka..jodoh pergi mana kalau sudah jodoh pasti bersatu jua..

Namun bukan semudah yang disangka..apabila ayra terpaksa berdepan denga mak mertua dan kakak ipar yang tidak boleh menerimanya..

ditambah lagi musuh cintanya adalah kawan baiknya sendiri..bagaimana dia kehilangan kawan kerana kembali bersama suaminya sendiri..bukan seorang tapi hampir semua kawannya

bagaimana shahin adiy mampu mempertahankan rumahtangganya dan memperbaiki kesilapannya yang lalu..6 tahun mencari kemudian terjumpa.nikah hanya sekali katanya..dia akan mempertahankan rumahtangganya..

novel ni mengangkat kundasang sabah ,uitm kangar dan ipoh perak...penggunaan bahasa sabah dalam novel ini pun menarik tetapi lebih menarik sekiranya penggunaan bahasa dusun bagi keluarga ayra kerana kundasang lebih pada bangsa dusun(pendapat mv sahaja)

kebencian kalau lawannya kesabaran insyaallah pasti akan hilang kebencian itu.begitulah Mak mertua ayra datin fadhillah yang mana akhirnya menerima ayra sebagai menantu.

Read More

Review #88 love life vol.2 by diana rikasari

11:06 AM
Review #88 love life vol.2 by diana rikasari

Assalammualaikum

buku yang menarik..simple english bagi mv mudah difahami dan memberi kita sedikit motovasi dalam hidup buku hanya dalam kehidupan peribadi tetapi menyeluruh bagi seorang wanita.

"no matter how good you try to be,some people will just find a reason to project their negativity,which, i think,are actually grown out of their own insecurities.Therefore,see the bigger picture. All the hate comments you're receiving are actually not personal to you-it's all about the haters themselves and what is missing inside of them"

"happiness comes in many forms.we just need to learn how to see it"

"when you practice good professionalism at work,you will automatically unconsiously apply professionalism in your daily life as well"

"life feels simple when you don't have too many excuses, even simpler when you don't  need to make any"

"love is like baking.You need the right amount of ingredients to make it work.But life ,life is like cooking.You can keep experimenting and just follow yiur instinct because sometimes,it ends up tasting better"

banyak lagi kata2 yang menarik...kamu ble baca buku ni..insyaallah ada yang sedikit ilmu yang akan kita dapat

Read More

Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie

10:40 AM
Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie

Assalammualaikum

Syarina Azwana dan syarina Azwani..kembar yang berbeza personaliti.Kehadiran mereka dalam hidup Hairul Zafrel membuatkan hidup mereka jadi merana.

kerana rasa cinta dan ketidaksabaran haiarul tersilap meluahkan perasaan dan tersilap pinang isteri.mencintai zwani tapi terpinang dan meluah perasaan kepada zwana.

dek kerana itu,ibu zwani mula pilih kasih.zwana semakin disayangi.apabila hairul menyedari sdh terlambat kerana zwani memilih untuk mengalah.

namun rasa cinta yang masih ada membuatkan dia jadi orang ketiga dalam rumah tangga kakak kembarnya sendiri..

kehadiran kekasih lama syahrul zikri akhirnya membuatkan zwani melupakan hairul demi kebahagiaan kakaknya..

syahrul zikri yg juga sepupu hairul memilih zwani bukan hanya kerana cinta tetapi juga untuk menyelamatkan maruah keluarga zwani dan hairul.

novel ni ceritanya tak berat dan hanya berkisar tentang konflik  perhubungan antara keempat2 watak..bagaimana salah seorang daripada mereka kena berkorban demi kebahagiaan orang lain.

benar ..orang kata tak kenal maka tak cinta.bila ada di sisi kita buat tak endah ..bila sudah tiada baru merasai kehilangannya.

dalam novel ini juga...mengangkat kasih seorang ayah,encik rustam yang menyayangi kedua anak kembarnya berbanding isterinya yg mula membezakan anak hanya kerana status bakal suami zwana adalah anak datuk

nagi mv novel ni biasa2 saja..x membosankan juga walaupun plot ceritanya mendatar sahaja..tetapi masih ada yang menarik minat untuk dibaca...

Read More

Wednesday, May 23, 2018

GAGAL ITU BIASA

7:00 AM
GAGAL ITU BIASA
Image may contain: text
sumber google 
Assalammualaikum..

GAGAL ITU BIASA
TERUS BERUSAHA ITU BARU LUAR BIASA 


Semua orang pasti akan menemui atau pernah mengalami kegagalan ...kegagalan dalam pelajaran,percintaan , pekerjaan,perniagaan dan mungkin juga kehidupan.Itu biasa kita lihat kadang ada yang terus merasa gagal dengan kegagalan yang diterima

tapi luar biasa sekiranya biarpun dia gagal  tapi dia terus bersemangat untuk berusaha...YA ITU SANGAT LUAR BIASA...MARI SAMA-SAMA KITA JADI LUAR BIASA



Read More