All About Love: Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie
Showing posts with label Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie. Show all posts
Showing posts with label Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie. Show all posts

Tuesday, May 29, 2018

Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie

10:40 AM
Review novel: Tersilap pinang isteri - niesya hanie

Assalammualaikum

Syarina Azwana dan syarina Azwani..kembar yang berbeza personaliti.Kehadiran mereka dalam hidup Hairul Zafrel membuatkan hidup mereka jadi merana.

kerana rasa cinta dan ketidaksabaran haiarul tersilap meluahkan perasaan dan tersilap pinang isteri.mencintai zwani tapi terpinang dan meluah perasaan kepada zwana.

dek kerana itu,ibu zwani mula pilih kasih.zwana semakin disayangi.apabila hairul menyedari sdh terlambat kerana zwani memilih untuk mengalah.

namun rasa cinta yang masih ada membuatkan dia jadi orang ketiga dalam rumah tangga kakak kembarnya sendiri..

kehadiran kekasih lama syahrul zikri akhirnya membuatkan zwani melupakan hairul demi kebahagiaan kakaknya..

syahrul zikri yg juga sepupu hairul memilih zwani bukan hanya kerana cinta tetapi juga untuk menyelamatkan maruah keluarga zwani dan hairul.

novel ni ceritanya tak berat dan hanya berkisar tentang konflik  perhubungan antara keempat2 watak..bagaimana salah seorang daripada mereka kena berkorban demi kebahagiaan orang lain.

benar ..orang kata tak kenal maka tak cinta.bila ada di sisi kita buat tak endah ..bila sudah tiada baru merasai kehilangannya.

dalam novel ini juga...mengangkat kasih seorang ayah,encik rustam yang menyayangi kedua anak kembarnya berbanding isterinya yg mula membezakan anak hanya kerana status bakal suami zwana adalah anak datuk

nagi mv novel ni biasa2 saja..x membosankan juga walaupun plot ceritanya mendatar sahaja..tetapi masih ada yang menarik minat untuk dibaca...

Read More