All About Love

Wednesday, May 23, 2018

GAGAL ITU BIASA

7:00 AM
GAGAL ITU BIASA
Image may contain: text
sumber google 
Assalammualaikum..

GAGAL ITU BIASA
TERUS BERUSAHA ITU BARU LUAR BIASA 


Semua orang pasti akan menemui atau pernah mengalami kegagalan ...kegagalan dalam pelajaran,percintaan , pekerjaan,perniagaan dan mungkin juga kehidupan.Itu biasa kita lihat kadang ada yang terus merasa gagal dengan kegagalan yang diterima

tapi luar biasa sekiranya biarpun dia gagal  tapi dia terus bersemangat untuk berusaha...YA ITU SANGAT LUAR BIASA...MARI SAMA-SAMA KITA JADI LUAR BIASA



Read More

Tuesday, May 22, 2018

Review Novel : Designer Abang Cengeh by Mastura Abdullah

8:31 AM
Review Novel : Designer Abang Cengeh by Mastura Abdullah
Designer Abang Cengeh Designer Abang Cengeh by Mastura Abdullah
My rating: 4 of 5 stars

Syed Badiuzzaman Si cerewet dalam berfesyen sehinggakan dia mengupah designernya sendiri. Stesen Minyak Gunung Semanggol dia bertemu Ainul Mardhiah sehingga membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.

Tapi diduga Ainul adalah designer yang menepati citarasa nya....sehingga dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ain sehingga menimbulkan tanda tanya pada AIN sendiri..dan menimbulkan kemarahan pada bondanya Syarifah Abiyah yang hanya mahu bermenantukan darah keturunan syed dan syarifah...

Antara Suami dan Impian dua2 utama namun setelah memahami dan mengenali syed Badi akhirnya dia merasakan Suaminya adalah pilihan tepat dan terbaik..Cuma Bagaimana dia mampu membuka hati bonda mertuanya untuk menerima dia...

Pangkat ,darjat dan keturunan masih ada lagi masyarakat kita yang mementingkan keturunan dalam soal jodoh anak-anak...dalam novel ni pun watak syarifah Abiyah seorang yang mementingkan keturunan....

Perkahwinan tanpa restu, bagaimana ain sebagai isteri bersabar dan menerima hinaan bonda. Dan sabarnya ain memujuk Syed Badi untuk berbaik dengan bonda. Kesabaran pasti dibayar dengan sesuatu yang indah dan berharga....

Baca novel ni pasti buat kamu tersenyum dengan kisah anak ayah dan anak emak

View all my reviews
Read More

Monday, May 21, 2018

Review Novel : Sayangku Cik Tiramisu by Herna Diana

10:52 AM
Review Novel : Sayangku Cik Tiramisu by Herna Diana
Sayangku Cik Tiramisu Sayangku Cik Tiramisu by Herna Diana
My rating: 4 of 5 stars

Intan Dan Faiz dua kawan baik dari kecil berjanji akan berjumpa semula selepas 19 Tahun.Namun mereka ditemukan lebih awal dan saling tak mengenali serta berebutkan kek tiramisu...Bagi Faiz intan adalah Cik Singa Comel kerana adiknya Fatin selalu mengadu pasal cikgu yang selalu marah dan denda Fatin..

Bagi Intan Faiz adalah si nyamuk tiruk haha..sampai macam tu sekali..namun pertemuan yang seperti drancang akhirnya membawa kepada sebuah ikatan perkahwinan..Ibu Faiz , Ayah Faiz dan Fatin semua x menerima Intan seadanya...

Nasihat yang diberi oleh ibu Intan membuatkan dia kuat untuk berhadapan dengan Keluarga Faiz...Bagaimana dia mampu untuk membuka pintu hati ibu dan bapa mertuanya?dan si anak murid aka adik iparnya...

Bila semua seakan seperti sudah menerima Faiz pula yang berubah...Bak Kata Intan dia kuat hanya kerana Faiz ada disisi..kalau Faiz pun sdh berubah maknanya dia tidak perlu duduk di rumah itu lagi..

Adakah penantian intan dan faiz selama 19 tahun akan berakhir dengan satu kemusnahan rumahtangga..Jom baca novel ni..tak berat sangat..bahsa pun mudah difahami....siap ada watak Mr London & Ms Langkawi lagi tau....kalau nak tau perkembangan ML & ML kena baca novel ni...

View all my reviews
Read More

Friday, May 18, 2018

GELOMBANG TUN M

3:17 PM
GELOMBANG TUN M
Assalammualaikum,,

Pen Pilot dan Artline Kini Menjadi Sebutan  kerana kedua-dua pen ini adalah pen yang digunakan Oleh Perdana Menteri Kita Yang Ke7 iaitu Tun Dr Mahathir...heboh dilaman sosial  semua pun sibuk mau mencari pen ini..

sumber google

sumber google

sumber google

Harini pula selipar bata jenis sandal pula menjadi sebutan..Pun kerana TUN M memakai selipar tersebut...di mana-mana semua dilanda ombak gelombang TUN M...

orang yang dulu tak suka membaca pun dan mula rajin membaca sebab TUN M seorang yang suka membaca...
sumber google

Buku TUN yang betajuk A DOCTOR IN THE HOUSE (DOKTOR UMUM) mula menjadi carian...bukan hanya TUN M tapi buku Isteri Tun Pun"MY NAME IS HASMAH"


sumber google
Read More

Thursday, May 17, 2018

Salam Ramadan

2:51 PM
Salam Ramadan
Assalamualaikum..

Alhamdulillah ...Masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadan tahun ni...Bersahur pagi tadi hanya sup ayam untuk suami dan anak-anak(itupun mr velentine masak hihi)..MV hanis green coffee dan 2 biji kurma..

Oh ya ..MV ni tergolong dalam kategori tak dapat makan awal pagi..paling awal pun biasanya dalam jam 8.00 pagi..korang pulak sahur apa pago tadi...syamimi join sahur tapi jam 6.00 dia makan balik..hahaha...

Salam Ramadan,,,kisah ramadan hari pertama MV dihiasi kesibukan menguruskan bazar ramadan KPKPS ..so siapa area berdekatan boleh lah singgah bazar ramadan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah bermula jam 12.00 tengahari...
Read More

Tuesday, May 15, 2018

Move ON

9:30 AM
Move ON
Assalammualaikum..

Move On ..Kenapa?hahaha..bukan apa semua orang asyik post pasal politik...tak kira lah..Facebook,Whatsapp dan IG(ni dari pengalaman MV)...bukan cakap tak suka politik tapi cara mereka tu yang buat MV rasa...ok cukuplah..Move On..

Tahniah kepada Kerajaan Baru Kita atas kemenangan Pakatan Harapan Dalam PRU 14 baru-baru ini...Malaysia Memilih dan rakyat Memilih untuk UBAH ....bukan hanya kerajaan persekutuan namun di kerajaan Negeri..termasuk lah di Sabah...

Rasanya cukup-cukuplah...kerajaan baru sudah ada...tapi rakyat masih berbalah..masih dengan komen menyakitkan hati sesama sendiri ..Hanya kerana berlainan parti...Kita terima sahaja keputusan yang sudah dibuat...

Kalau yang merasa pilihannya menang janganlah suka suka membodohkan orang..membanggangkan orang..memacaikan orang..mendedakkan orang... ni sana sini komen provoke...so henti-hentikanlah ya...

Apa yang patut kita buat adalah teruskan hidup dengan lebih banyak perubahan ke arah kebaikan(MV pun x sebaik mana)..So kita memilih untuk UBAH jadi jangan harapkan hanya kerajaan yang ubah tapi diri kita sendiri tidak..

***maaf terbebel ..jangan jadikan isu berlainan parti politik punca kita tidak sehaluan..
Read More